feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS MULAKAN PERANG TUDUHAN KE ATAS UMNO DI DALAM BULAN RAMADHAN

HUSAM MEMFITNAH LAGI.HUSAM BANYAK MENGEMBEK MACAM KAMBING
Sumber : Utusan On line


Oleh HERMAN HAMID
KOTA BHARU 27 Sept
. – UMNO Kelantan menyifatkan dakwaan Pas kononnya parti itu berusaha membawa masuk 40,000 warga Myanmar untuk didaftarkan sebagai sebagai pengundi di negeri ini sesuatu tuduhan tidak berasas dan menggambarkan ketakutan melampau pimpinan parti itu.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Annuar Musa berkata, ia sebagai suatu langkah mempersiapkan alasan sekiranya Kelantan yang merupakan benteng terakhir Pas dikuasai oleh UMNO kelak.Katanya, dakwaan sebegitu tidak masuk akal kerana taktik seperti ini secara terang-terangan akan boleh dihidu apabila adanya 40,000 pengundi baru didaftar di 15 kawasan Parlimen di negeri ini.

Katanya, malah dari segi fakta sendiri pun seseorang warga asing tidak akan boleh didaftarkan sebagai pengundi kerana mereka bukan warganegara dan tidak mempunyai kad pengenalan.
“Justeru saya seru hentikanlah pembohongan di bulan Ramadan yang mulia ini. Kenyataan ini satu ‘perang psikologi’ yang sudah terlalu merapu, sampai tidak masuk akal.“Memang saya nampak kenyataan seperti ini hanya mempersiapkan alasan lebih awal sekiranya gagal mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Terdahulu ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri semalam, Naib Presiden Pas, Husam Musa mendakwa terdapat usaha pihak tertentu yang cuba membawa masuk pendatang Myanmar bagi didaftarkan sebagai pengundi di negeri ini sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang.Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, daripada maklumat awal yang diperoleh, dipercayai jumlah yang cuba didaftarkan itu mencecah sehingga 40,000 orang.Menurut Husam, jika benar, ia adalah satu pencabulan kepada hak rakyat negara ini sendiri untuk menentukan kerajaan.
“Ini yang paling kita bimbangkan kerana saya rasa mungkin pilihan raya akan dilakukan selepas nama-nama ini disahkan,” katanya.

Ditanya bagaimana beliau memperoleh maklumat mengenai gerakan membawa masuk warga Myanmar sebagai pengundi berdaftar di negeri ini, Husam berkata, maklumat itu diperoleh daripada pegawai dan kakitangan kerajaan sendiri.Husam mendakwa, ini termasuk mereka yang berkhidmat di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya sendiri.Dalam pada itu berhubung saranan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya tarikh pilihan raya umum dipertimbangkan agar tidak diadakan pada musim Haji, Husam menjelaskan itu adalah seperti mana kehendak semua rakyat.Katanya, walaupun pilihan raya umum tahun 1985 pernah diadakan pada musim haji, namun diharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mengulangi perkara yang sama kerana ia boleh menidakkan hak rakyat.“Kalau hendak buat dalam terdekat ini, buatlah (pilihan raya) sebelum kapal haji pertama berlepas pada 10 November depan,” ujarnya.

BIASISWA PELAJAR DI IRELAND NAIK :BUKTI KERAJAAN PRIHATIN

Sumber Utusan Online


PUTRAJAYA 28 Sept. – Kerajaan meluluskan kadar baru biasiswa kepada pelajar-pelajar di Ireland berkuat kuasa 1 September lalu setelah kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapati kos sara hidup di negara itu meningkat.Jabatan itu dalam kenyataannya berkata, kadar biasiswa di Ireland dibahagi kepada dua iaitu kadar A untuk Dublin dan kadar B untuk bandar-bandar lain.Kenaikan elaun sara hidup bagi pelajar peringkat ijazah sarjana muda adalah antara 36 peratus hingga 52 peratus berbanding kadar sekarang. ‘‘Kerajaan turut menaikkan kadar elaun sara hidup di peringkat ijazah lanjutan antara 41 peratus hingga 58 peratus,’’ kata kenyataan itu di sini hari ini.Tambah kenyataan itu, elaun bantuan keluarga juga dinaikkan antara 155 peratus hingga 215 peratus manakala elaun buku serta alat perkakas dinaikkan antara tiga peratus hingga 141 peratus.‘‘Dengan kenaikan kadar biasiswa ini, kerajaan berharap pelajar tajaannya akan dapat memberi tumpuan kepada pengajian masing-masing tanpa dibebani dengan masalah kewangan,’’ menurut kenyataan itu.

DARIPADA UMNO BAHAGIAN BATU KAWAN

"MARILAH KITA TERUS BERUSAHA MENCARI KEREDHAAN ALLAH DAN BERDOA AGAR DAPAT BERTEMU DENGAN LAILATUL QADAR"

TEKA TEKI SAYUTI OMAR

" PAK LAH TIDAK PERNAH RASA TERGUGAT DENGAN KEHADIRAN ANWAR DALAM KANCAH POLITIK."

UMNO PERLU BERANI


Umno Perlu Berani Lawan Isu Cabar Hak Orang Melayu seperti yang diperingatkan oleh Menteri Besar Pahang , Datuk Seri Adnan Yaakob, yang mengingatkan Umno semakin takut untuk menyuarakan perkara sensitif, termasuk isu yang mencabar kepentingan orang Melayu sehingga ada pihak lain berani melakukannya secara terbuka
SEKADAR SATU RENUNGAN BAGAIMANA MELAYU BOLEH TERHINA.
More Non-bumi Lecturers Needed ( Kenyataan Ong Tee Kiat)
MORE Chinese and Indian lecturers are needed to ensure a balanced representation of all ethnic groups in public universities, reported China Press.Deputy Higher Education Minister Datuk Ong Tee Keat was quoted as saying that a racially balanced number of lecturers in public universities would enable the country to have a better pool of quality staff.He said the ministry was keen to recruit more non-bumiputra lecturers.It held recruitment exercises in Britain, Australia and New Zealand earlier this year to lure back Malaysian talent based in foreign countries
Melayu, Bumiputera perlu ubah sikap
Orang Melayu dan Bumiputera perlu mengubah sikap dan berani untuk membabitkan diri dalam pelbagai sektor ekonomi jika mahu maju seiring kaum lain dalam menikmati kekayaan negara.Tokoh veteran Umno, Tan Sri Aishah Ghani, berkata beliau tidak membantah gesaan supaya kerajaan menubuhkan jabatan khas bagi meneliti Perkara 153 Perlembagaan Malaysia (hak istimewa orang Melayu), tetapi melihat perubahan sikap sebagai jawapan kepada pelbagai masalah Melayu.“Kerajaan sejak dulu lagi tidak pernah berhenti membantu meningkatkan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera supaya setara dengan kaum lain.“Kerajaan sudah buat macam-macam tapi sikap dan mentaliti orang Melayu itu sendiri yang tidak ambil serius menyebabkan mereka ketinggalan.“Saya tidak bantah cadangan untuk mewujudkan jabatan itu sekiranya ia membantu ekonomi orang Melayu dan Bumiputera... tapi apa yang penting ialah ubah sikap sebab kalau tidak berubah, menyeleweng dan gagal merebut peluang ia tidak akan memberi makna,”
Perkara 153.
Keputusan untuk memajukan diri dan ekonomi Melayu bergantung sepenuhnya kepada mereka sendiri kerana kerajaan sudah melaksanakan tanggungjawabnya.“Apa lagi yang kerajaan tak buat (bantu meningkatkan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera).“ sedih dengan sikap orang Melayu... sekarang kita lihat ramai yang enggan membayar pinjaman pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) walaupun sudah berjaya, malah ada yang menjadi jutawan.Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata selama ini pun kerajaan sudah menggerakkan jentera daripada peringkat tertinggi sehingga ke akar umbi dalam memperhebatkan usaha membantu orang Melayu dan Bumiputera berjaya dalam bidang ekonomi.“Jadi, saya fikir cadangan penubuhan jabatan itu bukan penyelesaian,” katanya.

MAT SABU MEMBUNUH PAS PULAU PINANG


GAGAL SEBAGAI PESURUHJAYA P.PINANG
Pulau Pinang adalah diantara negeri yang malang mempunyai Sdr. Mohd Sabu sebagai Pesuruhjaya mereka. Harapan untuk melihat P.Pinang maju dan bersatu dalam mengerjakan amal jamai hanya tinggal harapan. Kenyataanya, perhubungan negeri P.Pinang hampir lumpuh. Ramai ahli perhubungan negeri sudah hilang thiqah dan telah nekad untuk tidak menghadiri sebarang mesyuarat perhubungan. Timbalan Pesuruhjayanya juga telah bertindak meletakkan jawatannya. Bagi mereka Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang hanya dikuasai oleh golongan pro-syiah.Beliau seringkali gagal menghadiri mesyuarat perhubungan negeri dan selalunya menyerahkan kebanyakan tugasan kepada Setiausaha Perhubungan tanpa penglibatan Timbalan Pesuruhjaya yang sepatutnya lebih berperanan besar. Setiausaha Perhubungan dilihat lebih berkuasa dalam banyak hal dan seringkali gagal menjemput ahli perhubungan yang bukan dari kelompoknya untuk menghadiri mesyuarat. Mohd. Sabu juga dilihat lebih banyak menghabiskan masa dengan ceramah diseluruh pelusuk Negara tanpa mempedulikan nasib negerinya yang sepatutnya menjadi amanah daripada Jamaah. Kadangkala kita pun hairan kenapa beliau lebih mementingkan ceramah daripada urusan negeri (mungkin juga untuk pengaruh peribadi dan duit poket beliau!). Sebab itulah nasib PAS P.Pinang diibaratkan oleh ahlinya sebagai parah menanti rebah akibat dari penyelewengan, kelemahan dan salahguna kuasa yang telah dilakukan oleh Mohd. Sabu dan rakan-rakannya. Kini, rungutan dan sungutan kedengaran di sana sini supaya P.Pinang diberi Pesuruhjaya yang baru supaya mereka boleh kembali bernafas dengan segar dan nyaman. Dan yang pastinya udara itu mestilah udara Ahl Sunnah Wal Jamaah!
MAT SABU BOCOR MAKLUMAT RAHSIA PARTI
Adalah menjadi prinsip amalan bagi pimpinan untuk melaksanakan konsep kerahsiaan dan keterbukaan dalam gerak kerja harakah. Ada perkara-perkara yang perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum mahupun ahli parti atas dasar maslahat umum terutamanya hal-hal berkaitan penyusunan dan perancangan. Namun konsep ini seolah-oleh tidak dimengerti oleh Sdr. Mohd Sabu. Jika tidak masakan maklumat rahsia Parti boleh bocor ke tangan pihak ke tiga. Beberapa kali dilaporkan orang syiah P.Pinang terlebih dahulu tahu mengenai beberapa keputusan di peringkat pimpinan daripada ahli parti sendiri! Sedarlah bahawa suasana ini amat merbahaya dan menjadi ancaman kepada parti dan gerakan Islam keseluruhannya.
TIDAK AMANAH
Di antara ciri-ciri terpenting yang perlu ada dalam diri pemimpin ialah sifat amanah. Tetapi, sayangnya sifat ini sudah mula terhakis dari diri Mohd Sabu. Kalau tidak masakan ada ahli-ahli PAS di Pulau Pinang yang begitu nekad dan sanggup menulis surat kepada Presiden PAS untuk menceritakan perbuatan Mohd Sabu yang telah menyelewengkan wang perhubungan PAS Negeri P.Pinang.Di dalam surat tersebut, Mohd. Sabu telah dituduh menyelewengkan wang Perhubungan PAS Negeri dan wang Badan Khairat Kematian PAS Negeri untuk kegunaan peribadinya. Beliau juga dituduh menyelewengkan wang Tabung Mangsa Tsunami dan Dana Pilihanraya yang telah disumbangkan oleh PAS Pusat. Mungkin atas sebab itulah kenapa beliau tidak dapat menyediakan dan membentangkan laporan kewangan negeri dan gagal melantik Bendahari Badan Perhubungan Negeri P.Pinang. Dan tidak hairanlah kenapa orang ramai sudah mula hilang kepercayaan terhadap PAS P.Pinang hinggakan mereka tidak mahu lagi menyumbangkan wang ataupun infaq kepada perhubungan negeri. Ketahuilah, pertuduhan ini amat serius. Ianya adalah pecah amanah. Dan jika sesiapa membawa kes ini ke pihak polis, nescaya ianya akan menjadi kes jenayah yang amat berat.

MAT SABU PANTANG NAMPAK PEREMPUAN

GAMBAR HIASAN : KESUKAAN MAT SABU

Apa yang diperkatakan bahawa pemimpin PAS seolah-olah pelakon filem yang sedang beraksi mencari pengaruh, kini menjadi kenyataan. Sebagai contoh didalam kes khalwat Mat Sabu - Norma misalnya. Walau dalam apa jua bentuk sekali pun apabila lelaki dan perempuan yang tidak muhrim berdua-duaan di dalam sebuah bilik tanpa mahramnya atau tidak kerana darurat, Islam tetap menghukumnya salah. Mahkamah Syariah Kelantan telah menghukum tidak bersalah adalah disebabkan fakta-fakta perundangan yang tidak cukup untuk dihukum bersalah, kerana perbicaraan tersebut melalui proses undang-undang dunia, sedangkan Mat Sabu tidak boleh terlepas daripada dosa terhadap Allah s.wt. Yang anehnya dalam kes tersebut, YA.B. Dato' Nik Ab. Aziz telah hilang pedoman dan melakukan kesilapan besar terhadap Islam yang dipelajari dan diajarinya. Atas dasar hukum Islam manakah yang menyebabkan beliau memberi kenyataan kepada pemberita di hari penangkapan bahawa: "Mat Sabu diperangkap" sedangkan pada masa itu beliau belum membuat siasatan rapi, sepatutnya seorang Tok Guru tidak boleh meletakkan politik lebih atas daripada hukum Islam. Adakah Islam mengharuskan wanita yang ajnabi berdua-duaan di dalam satu bilik ? Mereka berdua-duaan di dalam bilik Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan sehingga sempat pegawai pencegah maksiat dan pemberita datang.


KADERISASI DALAM PAS

Peristiwa Batu Buruk, jelas membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa PAS merupakan sebuah parti yang bertentangan dengan ajaran Islam dan kehendak Nabi SAW. Dalam setiap peperangan Nabi SAW akan memastikan tentera yang memegang panji Islam merupakan tentera yang kuat dan berani. Mereka sanggup mempertahankan panji demi Islam . Namun, PAS sanggup membakar panji negara, kerana bagi mereka tiada gunnya negara Malaysia.Ini bukan lagi isu politik, tetapi membakar panji negara jelas menunjukkan sikap biadap PAS di dalam melentur generasi baru. PAS melahirkan ahli yang bersifat PENGGANAS.

RAMADHAN MEMBAHAGIAKAN UMMAH

IKHLAS DARIPADA UMNO BAHAGIAN TASEK GELUGOR

SIRI 3 : PENYELEWENGAN MAT SABU


KUAT MELOBI & BERMAIN POLITIK
Tidak salah untuk dipilih sebagai pemimpin. Tetapi, jika sehingga lobi melobi, mengatur strategi dan menyusun langkah semata-mata untuk memastikan kemenangan diri sendiri, ini adalah sesuatu yang menjengkelkan dan merupakan amalan yang tak dapat diterima sama sekali bagi sebuah Jamaah/Parti Islam. Sepatutnya usaha dan tenaga ditumpukan untuk kemenangan parti bukannya kemenangan individu di dalam parti.Kita tahu bagaimana Sdr Mohd Sabu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan dirinya dipanggil semaksima mungkin untuk merasmikan mesyuarat agung kawasan, dengan harapan dirinya akan dicalonkan untuk sekurang-kurangnya Naib Presiden. Kita juga tahu bagaimana beliau menggunakan orang-orangnya untuk turun kawasan melobi perwakilan untuk diberi undi kepadanya kelak. Orang-orangnya juga faham bahawa undi mereka untuk Naib Pesiden PAS hanyalah untuk beliau seorang dan tidak perlu bagi mereka mengundi calon yang lain. Dan kita terlebih tahu bagaimana beliau menggunakan wartawan harakah untuk mengangkat dirinya dan pada masa sama melakukan serangan peribadi terhadap pimpinan yang lain yang bukan didalam kelompoknya.
TERLALU INGIN KEPADA JAWATAN
Sesiapa yang ada kesempatan bertemu dengan Sdr. Mohd Sabu kebelakangan ini (terutamanya perwakilan) pasti mendengar cakapan beliau tentang pemilihan Muktamar kali ini. Secara terbuka beliau menagih simpati meminta untuk diberi undi kepada beliau sebagai Naib Presiden. Dan apa yang kita sebutkan di atas sudah cukup untuk menggambarkan betapa beliau meminta-minta jawatan Naib Presiden untuk diri beliau.Sedangkan amalan tersebut adalah dilarang dan dicela di dalam Islam. Sepertimana sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis : Dari Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya"(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)Di dalam hadis yang lain (riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Rasulullah SAW menasihati sahabatnya Abd Rahman Bin Samurah : "Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu"Tuan Guru Hj Hadi juga (seolah-olah menyedari senario yang sedang berlaku) telah menegaskan di dalam wawancaranya bersama harakah pada 21 Mei, 2007 : Mereka yang konsisten dan istiqamah dalam parti, boleh berada dalam kepimpinan dan syarat yang terpenting ialah seseorang itu tidak boleh meminta jawatan. Dalam Islam kita tidak boleh meminta jawatan...

SIRI 2 : PENYELEWENGAN MAT SABU



FITNAH KEPADA IMEJ ISLAM

Sesungguhnya kita memerlukan saf kepimpinan yang mencerminkan akhlak dan syakhsiyah Islam supaya jamaah kita senantiasa berada di atas landasan yang betul dalam mengejar suruhan dan keredhaan Allah. Janganlah disebabkan oleh hanya seorang yang tak sepatutunya berada di dalam saf kepimpinan, Allah tidak merahmati jamaah dan parti kita. Sebab itulah kalau kita perhatikan sirah dan sejarah perjuangan golongan terdahulu, mereka amat menitikberatkan soal akhlak dan syakhsiyah pemimpin. Mana-mana pemimpin yang ada walau syubhah dalam peribadi dirinya akan ditolak dan diturunkan daripada jawatannya. Kalau hendak mencungkil dan mendedahkan segala cela keperibadian Sdr. Mohd Sabu, dikhuatiri akan memalukan dan mengaibkan diri kita sendiri. Cukuplah kita mengingati kembali peristiwa khalwat beliau sewaktu menjadi ahli Parlimen di Kelantan. Kes tersebut walaupun dibuang oleh Mahkamah Syariah atas sebab-sebab teknikal, semua orang tahu tentang kebenarannya. Kalau tidak masakan Al Marhum AlFadhil Ust Fadhil Nor memarahi beliau pasai apa nak pi cari penyakit?. dengan membenarkan perempuan bukan muhram memasuki bilik hotel beliau??

KEHIDUPAN MEWAH

Beliau seringkali menyarankan kita didalam ceramahnya supaya sentiasa hidup sederhana. Tetapi sayangnya beliau sendiri tidak dapat melakukan apa yang disarankannya sendiri. Mungkin kita boleh bertanyakan beliau tentang rumah banglo di Bukit Merah, sebuah kereta Naza Ria dan sebuah kereta Perdana apakah ini corak hidup sederhana yang dimaksudkan? Dalam keadaan beliau tidak ada pendapatan tetap, bagaimana mungkin beliau dapat memperolehi kesemuanya itu? Bayangkanlah kehidupan sederhana yang bagaimana beliau akan zahirkan sekiranya PAS memerintah dan beliau adalah salah seorang daripada Menteri Kabinet?? Patutlah beliau menyamakan pimpinan PAS dangan UMNO kerana rupa-rupanya pimpinan PAS yang beliau maksudkan itu adalah diri beliau sendiri!

SIRI 1 : PENYELEWENGAN MAT SABU


MENYAMAKAN PIMPINAN PAS DENGAN UMNO
Di dalam Ijtimak Jihad Pemuda PAS Kedah, sewaktu memberikan ucapannya, Sdr. Mohd Sabu telah menyamakan Pimpinan PAS dengan UMNO melalui kata-katanya : Sekarang perangai pemimpin PAS dengan UMNO sama. Beza di antara Pemimpin PAS dengan Pemimpin UMNO 3 perkara sahaja - pemimpin PAS tak minum arak, pemimpin PAS tak berzina, pemimpin PAS tak main judi. Lain pada tu sama! Berebut harta, rasuah, nepotisme, pembaziran? sama! Ucapan dan tindakan ini amat keterlaluan. Sekiranya ianya datang dari ahli UMNO mungkin masih boleh diterima dek akal walaupun biadap. Dan sekiranya datang dari ahli PAS memang sah biadap dan tidak ada wala terhadap pemimpin. Tetapi, apa yang menyedihkan, ianya datang dari seorang pemimpin PAS sendiri yang berjawatan Naib Presiden suatu jawatan yang amat tinggi yang sudah menggambarkan pemimpin pelapis dan masa depan PAS. Cuba kita bayangkan wajah Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Nasharudin, Hussam Musa, Dato Hassan Ali, Ust Harun Taib dll, adakah wajah mereka sama seperti yang digambarkan oleh Sdr Mohd Sabu? Apakah mereka berebut harta, mereka rasuah atau mereka nepotisme? Astaghfirullah?. Kalau kita bercakap mengenai pemimpin UMNO, ada logiknya juga, kebanyakannya sudah ada bukti mahupun pertuduhan/perbicaraan. Tetapi, dengan menuduh kepimpinan ulama PAS sedemikian rupa tanpa sebarang bukti, adalah suatu dosa yang sukar diampunkan. Apa sudah jadi dengan Sdr. Mohd. Sabu sehingga beliau sanggup dan tergamak untuk meletakkan taraf pemimpin PAS begitu rendah dan hina, serendah dan sehina pemimpin UMNO. Ataupun, mungkin juga pemimpin PAS yang beliau maksudkan itu adalah diri beliau sendiri?
PENGGUNAAN BAHASA YANG TIDAK MENCERMINKAN AKHLAK ISLAM
Tidak dapat dinafikan bahawa beliau adalah crowd puller bagi PAS. Ceramah beliau seringkali mendapat sambutan orang ramai, baik ahli PAS mahupun UMNO. Tetapi seringkali juga ceramah beliau menjadi fitnah kepada PAS. Umum mengetahui, beliau sentiasa nampak hebat dengan gaya bahasa yang kasar dan kesat, kadangkala mencarut dan selalunya mencerca dan memaki pihak lawan sesuka hati. Ramai orang suka (terutamanya ahli PAS) tetapi terlebih ramai yang benci dan meluat (terutamanya dikalangan orang awam dan ahli UMNO). Sebab itulah beliau dilarang berceramah di kebanyakan tempat yang menjadi kubu kuat UMNO termasuk di dalam beberapa pilihanraya kecil kerana dikhuatiri menjadi fitnah kepada parti dan ramai orang akan lari dari mengundi pembangkang. Ceramah beliau bukan membawa kepada kesedaran Wai Islam ataupun pembentukan Syakhsiyah Islamiyah tetapi hanya menyemai dan menyubur perasaan benci dan marah kepada mereka-mereka yang sepatutnya menjadi madu kepada kita.

HOT 4 : GEMPAR SEMUA SIRI DEMONSTRASI PAS MEMBAWA MESEJ SYIAH

1. MAT SABU IALAH PENGAMAL SYIAH YANG KUAT DI DALAM PAS.
2. SEMUA PERARAKAN PAS MESTI MENJULANG GAMBAR IMAM SYIAH

3. LIHAT INILAH SATU KEBENARAN BAHAWA PAS MENENTANG SUNNAH DAN MENGHALALKAN SYIAH


4 PEMIMPIN SYIAH YANG DIJULANG
DARIPADA ANALISIS YANG MUTIARA MELAYU LAKUKAN, JELAS PAS IALAH PENGAMAL SYIAH DI MALAYSIA KERANA SETIAP TINDAKAN MEREKA ADALAH BERBENTUK RADIKAL DAN TIDAK SUKA KEPADA KEDAMAIAN DAN KOMPROMI.INILAH SALAH SATU CIRI PENGIKUT SYIAH.

HOT 3 : SYIAH DAN PAS

TERBUKTI DR HATTA MENGHALALKAN SYIAH DALAM PAS

TIDAK BOLEH BERSELINDUNG LAGI
MENJULANG GAMBAR IMAM SYIAH


Mutiara Melayu ingin menyambung pendedahan sikap lunak Haji Hadi dan Nik Aziz terhadap Syiah. Apa yang ada di dalam blog ni pun sudah cukup memanaskan punggung para penyokong PAS yang SYIAH. Rupa-rupanya ramai juga yang nak tahu cerita anti.syiah ni... Sebelum anti.syiah meneruskan pendedahan ini, anti.syiah nak ungkapkan rasa syukur kerana kali ini anti.syiah tidak dituduh UMNO oleh puak-puak PAS yang fanatik bebal atas kewujudan blog ini. Puak-puak PAS tak lagi seperti dulunya, jika ada sahaja yang menyerang mereka, orang tu akan dituduh UMNO. Kali ini nampaknya ada sedikit perbezaan, alah macam lagu Safura tu.. 'Sama tapi tak serupa'. Yang pasti sekarang anti.syiah nampak PAS dah ada musuh baru... musuh mereka sekarang bukan sahaja UMNO, tapi salafi dan wahabi. Kalau dulu UMNO bolehlah kita kata mereka tak tahu agama, tapi sekarang dua fahaman yang dua-duanya golongan agama, salafi dan wahabi, dua golongan agama yang melawan PAS. Anti.syiah nak cakap kat orang-orang PAS, anda semua tidak kebal lagi untuk bercakap agama, kerana yang menentang anda sekarang ini bukan sahaja UMNO yang tak tahu agama sahaja bahkan dua golongan agama yang tak kurang hebatnya. Lebih penting dua golongan ini tak ada kepentingan nak menang dalam pilihan raya dan PAS seperti semua orang tahu memang ada kepentingan untuk menang dalam pilihanraya.
Puak-puak PAS kali ni, hentam puak salafi dan wahabi, atas kewujudan blog anti.syiah ni. Kepada orang salafi dan wahabi yang hantar email kepada anti.syiah, anti.syiah nak ulang sekali lagi :
"Nak buat macamana, puak penyokong PAS yang anti.syiah sedang berdepan ini, adalah satu puak fanatik bebal, yang tak mahu mengakui kepincangan yang ada dalam parti mereka."
Bila anti.syiah wujudkan blog ini, mereka bukan nak perbaiki kepincangan dalam parti, atau tunjukkan yang mereka tidak SYIAH, tetapi mereka sibuk menunding jari tuduh orang itu dan orang ini. Kepada salafi dan wahabi maaf yer... alasan anda semua anti.syiah tak dapat nak terima, anti.syiah tak dapat nak tutup blog ni walaupun kamu semua yang menjadi sasaran.
Cuba kamu semua lihat, baru-baru ini 3,4 bulan yang lepas, sempena Ulangtahun Revolusi Islam Iran, di Hotel Mandarin Kuala Lumpur, Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar; Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat dan Dr Syed Azman Syed Nawawi, semuanya hadir menyambut ulangtahun tersebut.
anti.syiah pelik, Haji Hadi dan Nik Aziz boleh sambut ulangtahun revolusi Iran oleh Khomeini ? orang yang memperkenalkan teori Wilayatul Faqih. Untuk baca tentang al-Khomeini dan wilayatul faqihnya sila masuk web ini :
Catitan: Mutiara Melayu dah lama tahu bahawa PAS memang Syiah dan penentang sunnah Nabi SAW. Selama ini pun, PAS hanya mampu bermain wayang sahaja.

HOT 2 : PAS SAH PENGAMAL SYIAH

APA KAITAN DEMO DENGAN GAMBAR PEMIMPIN BESAR SYIAH ?
DENGAN TIDAK SEMENA-MENA SYIAH DIAGUNGKAN DALAM PAS .

Macam ni lah hari-hari yang berlalu, tak habis-habis dengan kesibukan tugas dan kewajipan yang perlu diutamakan. Walaupun macam tu, dengan kesibukan yang ada, anti.syiah tidak akan tinggalkan kerja membongkar sikap diam Parti Islam Semalaysa (PAS) akan perkembangan SYIAH yang semakin galak di dalam parti mereka. Bagi anti.syiah ini juga jihad, sama macam puak-puak PAS anggap jihad melawan UMNO. Sebelum anti.syiah meneruskan sembang kita dalam siri ni, anti.syiah nak umumkan yang anti.syiah tidak pernah menuduh mana-mana individu dalam PAS sebagai menganut fahaman SYIAH. Jauh sekali... jauh sekali...
Cuma anti.syiah rasa pelik dengan pimpinan-pimpinan PAS, kalau mereka tidak setuju dengan Syiah, atau kalau mereka itu bukan SYIAH, kenapa mereka diamkan sahaja perkembangan Syiah di depan mata mereka ? ish... ish... ish... yang ni anti.syiah tak ketemui jawapannya, melainkan satu ajer... iaitu mereka takut kehilangan penyokong... ni kira penemuan jawapan yang ringan nie, kalau ikutkan seorang kawan anti.syiah, bila anti.syiah kemukakan persoalan ni, dengan nada yang marah dia kata : "Jawapannya sebab mereka itu sendiri sebenarnya SYIAH." Orang PAS jangan marah kat anti.syiah pulak, sebab jawapan yang ini bukan perkataan anti.syiah, sebaliknya perkataan kawan anti.syiah yang juga ANTIkan SYIAH. Selain dari jawapan ni anti.syiah tak ketemui jawapan yang lain. Anti.syiah tak tahu ler pulak kalau penyokong-penyokong PAS ada jawapan yang lain tu.
Berbalik kita kepada isu utama siri ini, iaitu teguran mawlana Asri yusuf kepada ust hadi dan nik aziz dalam isu syiah. Siri ini anti.syiah adakan sebagai menyahut seruan seorang PAS yang bagi komen dalam blog anti.syiah ni, yang minta supaya anti.syiah ikut jejak mawlana asri yusuf katanya. Nah inilah dianya antara kecaman ust asri yusuf terhadap sikap lunak pimpinan tertinggi PAS. Orang PAS kena baca baik-baik, kata ust asri yusuf :
"Disini perlulah diingat bahawa menyatakan sesuatu ajaran dan fahaman dengan rujukan-rujukan yang cukup dari ajaran itu tidaklah sama sekali boleh dikatakan menyebarkan fitnah tentangnya, bahkan (sebenarnya) berusaha mendekatkan sesuatu ajaran (SYIAH) dengan aqidah Islam tanpa menunjukkan sudut-sudut aqidahnya yang menyeleweng dari Islam dan tanpa merujuk kepada kitab-kitabnya yang muktabar semata-mata dengan memainkan sentimen umat atas alasan kesatuan umat dan menentang musuh bersama, itulah yang dikatakan menyebarkan fitnah." (ustaz Asri Yusuf: Fitnah Syiah dan kekeliruan ulama mengenainya)
Inilah dianya kecaman mawlana asri yusuf apabila sebahagian pimpinan PAS yang bergelar Tuan Guru menganggap kerja beliau mendedahkan kesesatan SYIAH sebagai usaha menyebarkan fitnah dalam masyarakat. Aduh parahnya PAS ni... mendedahkan kesesatan SYIAH dikatakan pemecah-belah dan menyebar fitnah dalam masyarakat... anti.syiah tak tahu nak kata apa lagi kat PAS nie..... (kalau anti.syiah kata mangkuk ayun sesuai ker ???), ader ker patut pimpinan parti Islam larang orang dedahkan kesesatan SYIAH. Lebih baik UMNO, yang sesat mereka kata sesat. anti.syiah mintak maaf sebab guna istilah mangkuk ayun di atas. Nak buat macamana bagi anti.syiah tak ada perkataan yang lebih lembut bagi orang yang bersekongkol dengan kesesatan dan membela kesesatan. Seterusnya ust asri yusuf menyambung, orang PAS kena baca baik-baik:
"Kalaulah tidak kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Hj. Nik Abdul Aziz dan Hj. Abdul Hadi yang cukup mengelirukan dan penuh dengan pemalsuan hakikat selain daripada kedudukan mereka penting dan berpengaruh tentu saya tidak menulis artikel ini. Mungkin sesuatu golongan atau parti boleh bersepakat di atas kesesatan namun sekelian umat Islam tidak mungkin bersepakat di atas sesuatu kesesatan. Tulisan ini bertujuan membuktikan kebenaran sabda Nabi saw. yang bermaksud;
"Umat ku tidak akan bersepakat di atas sesuatu kesesatan." (thabarani, Ibn Majah, Ibn Abi 'Aasim)
Kenyataan-kenyataan mereka yang tersebut itu jelas menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tidak mengetahui tentang syiah yang sedang diusahakan pendekatannya dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kerana itulah sampai sekarang mereka masih tertipu oleh Syiah walaupun setelah kejayaan Revolusi Khomeini di Iran, keadaan Syiah itu sudah menjadi bak kata pepatah, 'SUDAH TERANG LAGI BERSULUH' .Namun keadaan orang yang tidak berpandukan al-Quran dan al-Sunnah di akhir zaman yang penuh dengan kegelapan ini tetap tidak bercahaya dan mereka tetap meraba-raba walaupun matahari berada di tengah langit. Tetai masakan orang buta akan dapat mengambil faedah daripada cahaya yang terang itu. Masakan manusia ceik yang terus memejamkan matanya akan nampak sesuatu di hadapannya ?" (Ibid, ms. 2-3)
Cukuplah setakat ini dulu pendedahan dari anti.syiah. Kalau masukkan banyak-banyakpun bukannya orang PAS jenis rajin nak baca. Nanti anti.syiah akan masukkan sambungannya, kalau orang PAS tak terkedu lagi baca pendedahan nie tak tahu lah anti.syiah nak kata apa.... Kalau hampa nak nafikan lagi sikap lunak pemimpin hampa dengan SYIAH, anti.syiah tak tahu nak kata apa, melainkan ianya sebagai bukti hampa semua dah terkena wabak fanatik memBABI buta.

HOT PENDEDAHAN ISU : PAS PENGAMAL SYIAH

MAT SABU PENGAMAL SYIAH DI MALAYSIA.
Mohd Sabu dikenali ramai sebagai salah seorang yang begitu meminati dan mengkagumi perjuangan Hizbullah di Lubnan dan revolusi Islam Iran sejak dari dulu lagi. Minat, sokongan dan kecenderungan beliau diterjemahkan dengan kerapnya beliau berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali menggunakan contoh perjuangan mereka di dalam ceramahnya. Namun sedarkah kita bahawa minat, sokongan dan kecenderungan beliau telah mula bertukar kepada pegangan agama dan aqidah? Tanyalah beliau tentang aqidah ataupun amalan orang Syiah, nescaya beliau akan dapat menghuraikannya dengan panjang lebar dan begitu terperinci. Tanyalah orang-orang syiah di Malaysia nescaya mereka akan menganggap Sdr. Mohd Sabu adalah sebahagian daripada mereka. Mungkin atas sebab itulah kita jarang melihat beliau solat jamaah bersama-sama kita. Malah diakui oleh pimpinan peringkat tertinggi bahawa mereka juga tidak pernah melihat beliau solat jamaah bersama (walaupun diimamkan oleh Tn Guru Hj Hadi).
Dan yang lebih malang sekali, beliau telah mula menyebarkan fahaman ini kedalam parti, terutamanya ke atas golongan pemuda kita. Pernah dilaporkan apabila beliau membawa petugas-petugas Kuala Kedah melawat Thailand, mereka telah berhenti solat dimasjid-masjid yang dikenali ramai sebagai masjid orang syiah di sana. Mungkin ada yang masih ingat beberapa siri demonstrasi di hadapan keduataan Amerika Syarikat dan Wisma Denmark sewaktu ketika dahulu. Ingatkah anda ada satu golongan syiah yang datang membawa sepanduk dan poster besar Imam Khomeini/Khameini sambil membaca selawat cara Iran dengan lahjah Iran. Dan tahukah anda bahawa semua itu ditaja oleh Sdr. Mohd Sabu dan di dalam kelompok tersebut juga terdapat beberapa pemuda PAS daripada Kuala Kedah! Bukan setakat itu sahaja, malah ahli-ahli perhubungan negeri P.Pinang dan kebanyakan jawatankuasa kawasan di Pulau Pinang juga telah mula diresapi pengaruh syiah. Mereka cukup kagum dengan Mohd Sabu dan syiahnya.
Secara nyata Mohd Sabu telah menggunakan pengaruh dan jawatannya untuk mengembangkan ajaran dan pegangan syiah dikalangan ahli PAS. Sebab itulah tidak hairan kenapa beliau kerap berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali beliau membawa ahli-ahli kita dan pemuda bersama-samanya. (Kadangkala kita tertanya-tanya daripada mana mereka memperolehi wang yang banyak untuk kerap berkunjung ketempat tersebut.) Dan seringkali juga beliau menolak dan mengelak untuk melawat ke Lubnan dan Tehran bersama-sama pimpinan PAS yang lain, kerana mungkin dikhuatiri tembelangnya akan pecah. Suasana ini bukan lagi menjadi rahsia kepada ahli dan pimpinan PAS yang lain. Semoga satu tindakan yang tegas dapat diambil untuk membendung gejala ini yang kalau tidak disekat akan menjadi barah dan nanah yang bisa memecahbelahkan perpaduan di dalam Parti.
Kajian menunjukkan hampir keseluruhan pimpinan Parti Islam Semalaysia (PAS) dipengaruhi oleh Syiah, khususnya barisan Pemuda Parti tersebut. Cacian ke atas para sahabat Nabi s.a.w. dilakukan dalam majlis-majlis tertutup mereka. Pimpinan PAS juga sering berulang-alik ke Iran dewasa ini. Hanya Ketua Dewan Ulama PAS, Ybhg Ustaz Harun Taib yang membantah perkembangan ini.

Catitan : Mutiara Melayu akan mendedahkan isu panas PAS IALAH PENGAMAL SYIAH dengan memaparkan bukti bergambar. Ini bukan mainan tetapi realiti PAS ITU SYIAH DAN MENENTANG PARA SAHABAT.


SELAMAT MENYAMBUT 10 YANG KEDUA DALAM BULAN RAMADHAN.


Berbelanja biarlah berpatutan dan bersyukurlah dengan nikmat yang telah Allah kurniakan.
Daripada :
BARISAN PEMUDA BAHAGIAN KEPALA BATAS.

PEMUDA KEPALA BATAS PENJANA GENERASI GEMILANG



Terlebih dahulu Mutiara Melayu mengucapkan syabas dan tahniah kepada cikgu Mat dan rakan-rakan yang dapat mengemudi barisan kepimpinan Pemuda selari dengan hala tuju Pak Lah. Walaupun banyak cabaran dan rintangan yang diperolehi, Mutiara Melayu begitu yakin dan percaya bahawa semua usaha murni yang ingin diperjuangan akan melibatkan banyak dugaan. Apapun, kita berharap agar kepimpinan pemuda Kepala Batas dapat merealisasikan hasrat Pak Lah yang mahu menjadikan Melayu mempunyai minda kelas pertama.Mulakan Minda Melayu pertama di bumi Kepala Batas.Teruskan perjuangan!!!!!

PEMBANGKANG BERMIMPI DISIANG HARI

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

Barisan Alternatif Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP beria-ia sangat ingin menawan DUN .Mereka mula memasang angan-angan supaya rakyat nampak mereka beria-ia ingin membantu. Namun apa yang berlaku, semuanya cakap-cakap politik pembangkang semata-mata. Sedang sibuk kerajaan negeri memperkemaskan segala projek pembangunan untuk rakyat, mereka pembangkang sibuk membuat kenyatan akhbar yang menampakkan mereka bersungguh-sungguh. Apapun dalam banyak kenyataan akhbar yang dianalisis oleh pihak Mutiara Melayu, kami dapati semuanya berpihak kepada DAP dan akan merugikan bangsa Melayu.Pakatan pembangkang cuba meniru formula BN, namun ianya nampak ketara bakal menghadapi kegagalan. Pembangkang suka bermain polimik dan membuat gimik murahan. Bagi Barisan Nasional, kekalkan prestasi kerja membangunkan rakyat di Pulau Pinang.

CATITAN : RUJUK ARTIKEL SEBELUM INI BERKAITAN DAP, PAS DAN PKR BERMIMPI TAWAN PULAU PINANG


TANDA TANYA PILIHANRAYA

BUMI BERTUAH PUSAKA BANGSA
TANDA TANYA ?????

Apa pun kelibat berkaitan pilihanraya,semuanya akan pasti berlaku. Jentera UMNO dan BN seharusnya telah memperkemaskan semua Bilik Gerakan Pilihanraya, menangani semua isu diperingkat KADUN dan Parlimen.Memantau pergerakan parti lawan adalah co-business yang perlu dilakukan oleh setiap ahli parti. Perkiraan dan tarikh pilihanraya bukannya satu teka teki, tetapi ianya pasti akan terjadi. Jika kita bersedia lebih awal, kita tidak akan menghadai sebarang masalah walaupun esok diumumkan pembubaran parlimen.



HAYATI 50 TAHUN KEMERDEKAAN DARI UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH

RAMADHAN DALAM LUBUK HATI BLOGMASTER


HAYATI RAMADHAN

SALAM UKHUWAH RAMADHAN DARI BLOGMASTER MYSRIMUARA

50 TAHUN MERDEKA APA YANG TELAH PAS BUAT

WAJAH-WAJAH GANAS PENGIKUT PAS.......
1. MENJAHANAMKAN HARTA AWAM.PAS MENDOKONG GEJALA VANDALISME

2. PAS BERGOTONG ROYONG MEMBAKAR BENDERA MALAYSIA.INI BERTENTANGAN DENGAN KONSEP PENJAGAAN PANJI YANG DI BAWA OLEH RASULULLAH SAW.DENGAN KATA LAIN PAS MENENTANG AJARAN NABI SAW.


3 MENAMBAH KEKAYAAN SEWAKTU TEMPOH 4 TAHUN MEMERINTAH TERENGGANU. BARU 4 TAHUN MEMERINTAH ADUN PAS BOLEH MEMBINA RUMAH BERNILAI 7 JUTA.KALU DAPAT MEMERINTAH LEBIH DARI 4 TAHUN, MAKA SEMUA HARTA NEGARA DIMILIKI DENGAN RAKUS OLEH MEREKA.



4. MEROSAKKAN PEJABAT UMNO. PAS MENDIDIK AHLINYA BERTINDAK EKSTRIM.INI SEKALI LAGI BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH NABI SAW.MEREKA LEBIH KEJAM DARI YAHUDI


5 MEMUKUL DAN MENCEDERAKAN ANGGOTA POLIS DALAM INSIDEN BATU BURUK.MEREKA LEBIH KEJAM .JIKA MEREKA PUKUL ORANG ITS OK.TAPI BILA POLIS LERAIKAN TUNJUK PERASAAN MEREKA KATA KEJAM. SIAPA YANG KEJAM SEKARANG?


6. BERTINDAK MEMBELASAH SEHINGGA LUKA TERUK DIKEPALA



7. MELATIH AHLI MEMBINA BOM MOLOKOF .INI SEMUA KERJA MENJAHANAMKAN BANGSA DAN AGAMA .


8.MUSTAFA ALI PEMIMPIN MEREKA YANG MENGETUAI PERARAKAN BERKELAHI DENGAN POLIS.INILAH DASAR PEMIMPIN YANG TIDAK TAHU MALU DAN TIADA BERCIRIKAN ISLAM.



9. MENDIDIK ANAK MUDA SUPAYA BENCIKAN NEGARA DAN MELATIH MEREKA SUPAYA TERUS MEMBAKAR BENDERA MALAYSIA.


10. PRESIDEN PAS (HJ HADI)BERNIKAH LAGI ATAU MENIKAHKAH ORANG ?BOLEH TANYA AHLI PAS SENDIRI.


11. MELATIH ANAK MUDA TERUS MEMBERONTAK
Mutiara Melayu akan mendedahkan banyak lagi penyelewengan dan kepincangan dalam PAS. PAS menjual dan melelong agama Islam demi kepentingan diri sendiri.

APA ERTI 50 TAHUN MERDEKA BAGI PAS DAN PKR



PAS DAN PKR TIDAK MENGIKTIRAF KEMERDEKAAN YANG DIBAWA TUNKU. SEDANGKAN MEREKA HIDUP SENANG LENANG DAN BOLEH MENUBUHKAN PARTI DI MALAYSIA KERANA HASIL USAHA KEMERDEKAAN YANG DI BAWA UMNO.BAGI MEREKA DR BURHANUDDIN ADALAH PEJUANG SEJATI SEDANGKAN DR BURHANUDDIN ADALAH INDIVIDU YANG MENENTANG PEMBERIAN KERAKYATAN KEPADA ORANG CINA DAN INDIA.PAS MENGKHIANATI KATA-KATA PENGASASNYA. PAS TERPAKSA BERBOHONG MENERIMA BANGSA CINA DAN INDIA DEMI UNDI.
PERCAYA LAGIKAH BANGSA CINA DAN INDIA PADA PAS SEBUAH PARTI YANG MENENTANGKAN KEMASUKAN CINA DAN INDIA SEBAGAI WARGANEGARA?
JANGAN TERPEDAYA DENGAN KATA-KATA PAS.

ISU KLIP VIDEO VK LINGAM : ANWAR MENGUNDAH MASALAH

ANWAR MENGHENTAM TUN AHMAD FAIRUZ ?MENGAPA?
PEGUAM VK LINGAM


PERSOALAN
1. MENGAPA RAKAMAN YANG DIBUAT PADA TAHUN 2002 DIHEBAHKAN SEKARANG?
2. BAGAIMANA KESAHIHAN GAMBAR DALAM DUNIA TEKNOLOGI KINI ?
3. JIKA RAKAMAN PERBUALAN ANWAR DENGAN SUKMA DIDEDAHKAN, AHLI PEMBANGKANG MARAH DAN KATA PEMBOHONG, TAPI BILA RAKAMAN INI, MEREKA KATAKAN BETUL PULA?
KESIMPULAN : ANWAR BENAR-BENAR TERTEKAN KERANA TAKUT KALAH DI DALAM PILIHANRAYA KALI INI.JIKA KALAH ANWAR AKAN FULL TIME JADI AGEN YAHUDI UNTUK MENJAHANAMKAN UMAT ISLAM.

DAP, PAS DAN PKR BERMIMPI TAWAN PULAU PINANG

Dipetik dari Agendadaily


Pada pilihanraya umum 1986 bekas Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang telah berpindah dari kubunya di Kota Melaka untuk bertanding di Pulau Pinang. Semua orang tahu ini atas impian untuk menawan Pulau Pinang. Beliau menang tiga penggal berturut-turut 1986,1990 dan 1995 di kerusi parlimen Tanjong yang majoriti pengundinya orang Cina itu. DAP tidak menyembunyikan hajat hatinya itu dengan melancarkan slogan yang popular disebut Tanjong 1 pada pilihanraya umum 1995 dan Tanjong 2 pada tahun 1999 . Namun ia bungkus begitu saja serentak dengan kekalahan Kit Siang di kerusi Parlimen Bukit Bendera dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kebun Bunga pada pilihanraya umum 1999.
Kekalahan itu telah mendorong beliau melepaskan jawatan Setiausaha Agung DAP yang disandangnya sejak tahun 1969.Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada Pulau Pinang dan berpindah ke Ipoh Timor yang dimenanginya pada pilihanraya 2004. Badai reformasi yang hebat ekoran kes Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak memberi impak dalam usaha parti itu melebarkan pengaruhnya di Pulau Pinang semasa pilihraya 1999. Selain Kit Siang tewas, DAP hanya menang satu saja kerusi di Batu Lancang. Parti Keadilan juga satu di Penanti dan PAS di Permatang Pasir. DAP memang empat manakala Keadilan satu dari 11 kerusi parlimen.
Pada pilihanraya 2004 DAP kekal dengan hanya satu kerusi DUN iaitu Sungai Puyu di Seberang Perai.
PAS mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir manakala Keadilan gagal dapat satu pun kerusi DUN. Sekalipun kerusi parlimen di Pulau Pinang bertambah dua jadi 13 berikutan persempadanan semula kawasan pilihanraya, DAP kekal dengan empat kerusi dan juga Keadilan satu. Pada pilihanraya itu DAP bertanding di 19 kerusi DUN dan tujuh kerusi parlimen.
Keadilan pula lima parlimen 16 DUN.PAS dua parlimen tujuh DUN. Jika keputusan pilihanraya itu hendak dijadikan ukuran bagi kawasan majoriti melayu pembangkang hanya ada bertahan di Permatang Pauh di mana kawasan parlimennya di menangi oleh Datin Seri Dr Wan Azizah dan salah satu kerusi DUN Permatang Pasir di menangi oleh calon PAS Mohd Hamdan Rahman. Perbezaan majoriti undi yang besar antara BN dengan pembangkang terus tercatat di Kepala Batas,Tasek Gelugor,Nibong Tebal dan Balik Pulau.
Melihat pada prestasi parti-parti pembangkang yang ‘ agak teruk’ di Pulau Pinang dalam dua pilihanraya umum lalu ramai para pemerhati politik tertarik pada gembar gembur hendak menawan negeri itu kali ini. Dari sudut mana mereka hendak menyusup ke hati para pengundi kali ini? Apakah DAP meletakan harapan pada cakap-cakap orang Cina kurang puashati pada BN sekarang kerana ‘ susah cari makan ‘? Juga mampukah Anwar selaku pemimpin de facto Keadilan yang ligat berceramah di negeri itu main sentimen yang boleh menyulitkan BN? Tumpuan DAP tentunya di kawasan-kawasan majoriti orang Cina seperti di empat kerusi parlimen yang dimenanginya pada pilihanraya 2004 iaitu di Bagan,Bukit Mertajam,Tanjong dan Bukit Gelugor.
DAP juga tentunya akan terus memainkan peranan utama jika dilihat jumlah undi yang diperolehi antara BN dan parti pembangkang secara keseluruhannya undi di kerusi-kerusi parlimen di negeri itu semasa pilihanraya umum lalu. Hasrat DAP untuk bertanding bagi tujuh kerusi parlimen dan 22 kerusi negeri di Pulau Pinang diumumkan oleh Guan Eng semasa berada di Pulau Pinang Ahad lepas. "Kami mempunyai kemampuan dan rekod untuk menjadi mengetuai (pembangkang) di Pulau Pinang maka DAP harus mengetuainya,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengenai hal ini.
Dari 509,654 undi yang dibuang di 13 kerusi parlimen pada pilihanraya umum 2004 sebanyak 283,822 berpihak kepada BN manakala pembangkang 215,172.Bezanya ialah 68,650 sahaja.
Dari jumlah undi yang diperolehi oleh pembangkang itu, DAP mendapat 134,653 undi ,Keadilan 61,410 dan PAS 19,109.
Mungkin atas dasar ini Guan Eng secara sebelah pihak telah mengumumkan akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 22 DUN (berbanding 19 pada 2004 ) pada pilihan raya umum akan datang. Kenyataan itu mengocak perasaan rakan pembangkangnya yang utama iaitu Keadilan.
Semasa pilihanraya 2004 akibat tidak dapat bertolak ansur DAP dan Keadilan ada berentap dengan BN di satu kawasan iaitu di kerusi parlimen Batu Kawan dan di tiga kerusi DUN iaitu Sungai Pinang,Bukit Tambun ( dalam kawasan parlimen Batu Kawan) dan Bagan Dalam. Pengerusi Keadilan Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hassim berkata perbincangan antara pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini menetapkan bahawa DAP hanya bertanding di enam kawasan parlimen dan 20 kawasan DUN. Tidak pasti tambahan tiga kerusi mana yang DAP mahu letakan calonnya. Sumber parti itu memberitahu Agendadaily hasrat mereka ada lojiknya melihat pada prestasi teruk Keadilan yang tidak menang satu kerusi pun pada pilihanraya 2004.

“Dari pada biar kalah begitu saja lebih baik bagi DAP cuba nasib di situ,”katanya yang membayangkan tiga kerusi yang dimaksudkan itu ialah di kawasan majoriti orang Cina.
PAS tidak terlibat sangat dalam percaturan ini kerana dijangka terus berpaut pada kawasan tradisinya ialah kerusi parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor manakala satu kerusi DUN masing-masing di kawasan parlimen Permatang Pauh,Nibong Tebal dan Balik Pulau.
Di pihak pimpinan BN Pulau Pinang pula apakah mereka gabra dengan gembar gembur pembangkang khususnya DAP nak tawan negeri itu? Kalangan mereka yang ditinjau pendapat rata-rata menilai ia tidak lebih dari gempak menjelang pilihanraya saja. Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye malah menyifatkannya sebagai sesuatu yang hanya ‘indah khabar dari rupa’.

PAS AKUR DENGAN KEHENDAK UMNO

HUSAM TUNDUK PADA IDEA PAK LAH

Kerajaan PAS Kelantan memperlihatkan minat dan kesungguhan yang tinggi untuk menyambut pembangunan yang bakal dibawa melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Walaupun sebelum ini parti itu bersifat agak kritikal terhadap dua lagi koridor pembanguan khususnya Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor tetapi ECER disambut sebagai satu projek yang benar-benar dapat membangunkan Pantai Timur khususnya Kelantan. Sedangkan agenda pembangunan melalui konsep koridor pembangunan, pada hakikatnya adalah sama tetapi cuma berbeza bidang dan tumpuan sahaja. Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan, Datuk Husam Musa ketika mengulas pelan pembangunan ECER yang dibentangkan oleh Petronas hari Rabu, berkata, kerajaan negeri memberi jaminan akan memberikan kerjasama, termasuk mempercepatkan urusan pengambilan tanah, demi menyaksikan kejayaan ECER. "Kerajaan negeri pada asasnya menerima baik ECER ini dan berharap ia akan berjaya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu, hari Khamis.
Semakin lama PAS mula tertekan dengan idea-idea baru Pak Lah yang dapat memberangsangkan ekonomi rakyat. Pemimpin PAS perlu akur kerana rakyat tahu bahawa BN telah lama membawa pembangunan kepada mereka.

PAS KELANTAN AKUR BEKERJASAMA DENGAN BARISAN NASIONAL

TAKIYYUDDIN HASSAN
KENYATAAN Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyatakan Kerajaan Kelantan bersedia berkerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan Koridor Pantai Timur merupakan satu gambaran jelas bahawa akhirnya PAS akur dengan projek pembangunan yang di bawa oleh Barisan Nasional. Takiyuddin tidak perlu berselindung seperti Husam Musa yang tinggi egoistiknya. Dalam satu hal PAS Kelantan akhirnya mulai akur dengan cara dan pendekatan Pak Lah di dalam memajukan Ummah.

ANGAN-ANGAN PKR PULAU PINANG

PKR BERIA IA SANGAT INGIN MENAWAN PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI

PULAU PINANG, 18 September - KeADILan Bayan Baru melancarkan jentera pilihanraya Polling Agent & Counting Agen (Paca) kali ketiga dalam misi menawan Parlimen Bayan Baru. Majlis perasmian yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Parlimen Bayan Baru pada Ahad lepas disempunakan oleh Pengerusi KeADILan Pulau Pinang, Zaharin Mohamed Hashim.


“Tujuan pelancaran dan pemantapan ini dilakukan dari masa ke semasa kerana sambutan yang diterima oleh KeADILan di Parlimen Bayan Baru di luar dugaan,” katanya semasa ucapan perasmian. Menurutnya, dengan beberapa peristiwa mutakhir yang berlaku, misalnya kes penternak khinzir di Melaka dan tuntutan daripada kaum India, membuktikan bahawa rakyat di negara ini sudah merasa tidak selesa dengan kerenah pentadbiran Barisan Nasional.“Jika Pulau Pinang yang mempunyai berbagai kaum, sudah tentu tuntutan ini juga melibatkan kaum Melayu, terutamanya ketidak puasan hati tentang peristiwa di Batu Buruk yang menyaksikan pemerintah membiarkan perkara-perkara seperti ini berlaku. Sementara itu salah urus dana awam juga membuka mata rakyat,” katanya.

“Kita sebagai sebuah parti berbilang kaum tidak mahu perkara tuntutan yang berasingan ini membunuh demokrasi dalam negara tercinta,” jelasnya. Beliau berkata dengan pelancaran tersebut, KeADILan Bayan Baru menaruh keyakinan bahawa pengundi akan memihak kepada KeADILan kali ini sebagai mengajar MCA yang sedang menghadapi masalah dalaman.Sementara itu penerangan mengenai PACA dilakukan oleh Pengarah Pilihanraya KeADILan Pulau Pinang, Mustaffa Kamal.

Menurutnya, semua petugas pilihanraya terutama jentera KeADILan negeri harus memahami tugas yang diamanahkan dan berani bertindak jika difikirkan penyalahgunaan dan penyelewengan terutamanya melibatkan pengundi hantu dan yang tidak dikenali. Mustaffa berkata dengan kehadiran yang diluar jangkaan ini , jentera KeADILan akan berusaha dengan lebih kuat demi merebut Parlimen Bayan Baru.

“Dijangkakan calon yang begitu berpengaruh dan berpengalaman di kalangan anak tempatan negeri Pulau Pinang akan bertanding di Parlimen Bayan Baru ini. Masyarakat di sekitar Parlimen Bayan Baru haruslah berubah dan sedar terutamanya mengenai hak-hak dan perkara-perkara yang melibatkan keselesaan dan keharmonian kaum di dalam negeri dan negara,” ujarnya. -

ULASAN
Mutiara Melayu melihat permaian PKR Pulau Pinang pada kali ini banyak tertumpu kepada isu perkauman. Marilah kita semua membaca ayat yang Mutiara Melayu merahkan. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah PKR sanggup menjadi Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bakal menternak khinzir yang terbesar di utara demi menjaga hati orang Cina.PKR juga akan memastikan segala tuntutan kaum India yang telah diberikan oleh kerajaan kini ditambah seperti hak menambah bilangan pusat ibadah yang tidak berdaftar dan semua isu rumah ibadat yang dibina diatas tanah kerajaan secara tidak sah akan dibawa oleh PKR demi menjaga hati penganut agama Hindhu.Dengan kata lain PKR sanggup menjadikan pembinaan rumah ibadat penganut agama lain tumbuh sebagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Mereka PKR berhasrat meletakkan seorang calon yang dapat menentang MCA dan meletakkan dasar yang haru biru dengan menyatakan MCA bergolak. Inilah yang Mutiara Melayu lihat sebagai strategi jerat menjual bangsa Melayu dan agama Islam yang sedang giat dlakukan oleh PKR Pulau Pinang.

KEMUNAFIKAN PAS

PAS DAN DAP BERSATU TAWAN PULAU PINANG



PAS Pulau Pinang sedia kerjasama dengan DAP

KEPALA BATAS, 15 Julai (Bernama) -- Pas Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan parti itu mengadakan kerjasama dengan DAP pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan pembangkang memenangi pilihan raya itu.Pesuruhjaya Pas Negeri, Salleh Man berkata, walaupun pada ketika ini kedua-dua parti itu tidak mempunyai hubungan, kerjasama itu mungkin diwujudkan di kawasan tertentu bagi memastikan kemenangan calon pembangkang.Bagaimanapun, keputusan mengenai kerjasama itu akan ditentukan Pas Pusat dan pihaknya akan menunggu reaksi daripada pengurusan tertinggi parti berhubung perkara ini."Pas dan DAP tidak ada hubungan untuk sementara ini. Bagaimanapun, kita rasakan pakatan-pakatan demi kepentingan kepartian untuk menawan mana-mana tempat yang kita akan bertanding, insyallah kita akan fikirkan dan dapatkan restu kepimpinan pusat," katanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim di Markas Pas, di Pongsu Seribu.

Menurutnya, sebarang tindakan ke arah menjalin kerjasama itu akan dibuat berdasarkan kepada perkembangan semasa dan restu pusat."Ketika ini (hubungan) Pas dan DAP hanya sebagai parti politik sahaja," katanya.Salleh berkata, yang jelas, Pas telah bersetuju mengadakan kerjasama dengan Keadilan di peringkat negeri bagi menghadapi pilihan raya umum dan mengatur strategi bersama untuk menawan Pulau Pinang.
ULASAN
Pilihanraya yang lalu PAS melalui kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Hj Hadi telah menyatakan bahawa mereka tidak akan bersatu dengan DAP dan Karpal Singh serta Lim Kit Siang digelar sebagai ubat yang telah habis tarikh luput. Namun, demi pilihanraya, kepimpinan PAS sekali lagi sanggup menjual maruah Islam dan bercakap seperti orang yang tiada hala tuju. PAS cuba membohongi sejarah dan bercakap seperti gaya seorang MUNAFIK.

INSIDEN BATU BURUK SATU PENJELASAN

SAC 1 Dato Ayob menjelaskan insiden Batu Buruk
13 September yang lalu, bertempat di Wisma Darul Iman , satu sesi penjelasan isu-isu semasa berkaitan insiden Batu Buruk telah disampaikan oleh pihak berkuasa. Penjelasan yang dibuat berteraskan kepada kenyataan berikut :
" tiada anggota polis terlibat seperti yang dituduh oleh pihak pembangkang dan kebanyakkannya dilakukan oleh mereka yang merusuh akibat daripada kegagalan mengawal emosi"
Dari awal-awal lagi Mutiara Melayu menjangkakan, memang PAS dan PKR adalah dalangnya. Allah Maha Adil dan menunjukkan bahawa perancangan pembangkang memakan diri mereka sendiri.