feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

HOT PENDEDAHAN ISU : PAS PENGAMAL SYIAH

MAT SABU PENGAMAL SYIAH DI MALAYSIA.
Mohd Sabu dikenali ramai sebagai salah seorang yang begitu meminati dan mengkagumi perjuangan Hizbullah di Lubnan dan revolusi Islam Iran sejak dari dulu lagi. Minat, sokongan dan kecenderungan beliau diterjemahkan dengan kerapnya beliau berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali menggunakan contoh perjuangan mereka di dalam ceramahnya. Namun sedarkah kita bahawa minat, sokongan dan kecenderungan beliau telah mula bertukar kepada pegangan agama dan aqidah? Tanyalah beliau tentang aqidah ataupun amalan orang Syiah, nescaya beliau akan dapat menghuraikannya dengan panjang lebar dan begitu terperinci. Tanyalah orang-orang syiah di Malaysia nescaya mereka akan menganggap Sdr. Mohd Sabu adalah sebahagian daripada mereka. Mungkin atas sebab itulah kita jarang melihat beliau solat jamaah bersama-sama kita. Malah diakui oleh pimpinan peringkat tertinggi bahawa mereka juga tidak pernah melihat beliau solat jamaah bersama (walaupun diimamkan oleh Tn Guru Hj Hadi).
Dan yang lebih malang sekali, beliau telah mula menyebarkan fahaman ini kedalam parti, terutamanya ke atas golongan pemuda kita. Pernah dilaporkan apabila beliau membawa petugas-petugas Kuala Kedah melawat Thailand, mereka telah berhenti solat dimasjid-masjid yang dikenali ramai sebagai masjid orang syiah di sana. Mungkin ada yang masih ingat beberapa siri demonstrasi di hadapan keduataan Amerika Syarikat dan Wisma Denmark sewaktu ketika dahulu. Ingatkah anda ada satu golongan syiah yang datang membawa sepanduk dan poster besar Imam Khomeini/Khameini sambil membaca selawat cara Iran dengan lahjah Iran. Dan tahukah anda bahawa semua itu ditaja oleh Sdr. Mohd Sabu dan di dalam kelompok tersebut juga terdapat beberapa pemuda PAS daripada Kuala Kedah! Bukan setakat itu sahaja, malah ahli-ahli perhubungan negeri P.Pinang dan kebanyakan jawatankuasa kawasan di Pulau Pinang juga telah mula diresapi pengaruh syiah. Mereka cukup kagum dengan Mohd Sabu dan syiahnya.
Secara nyata Mohd Sabu telah menggunakan pengaruh dan jawatannya untuk mengembangkan ajaran dan pegangan syiah dikalangan ahli PAS. Sebab itulah tidak hairan kenapa beliau kerap berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali beliau membawa ahli-ahli kita dan pemuda bersama-samanya. (Kadangkala kita tertanya-tanya daripada mana mereka memperolehi wang yang banyak untuk kerap berkunjung ketempat tersebut.) Dan seringkali juga beliau menolak dan mengelak untuk melawat ke Lubnan dan Tehran bersama-sama pimpinan PAS yang lain, kerana mungkin dikhuatiri tembelangnya akan pecah. Suasana ini bukan lagi menjadi rahsia kepada ahli dan pimpinan PAS yang lain. Semoga satu tindakan yang tegas dapat diambil untuk membendung gejala ini yang kalau tidak disekat akan menjadi barah dan nanah yang bisa memecahbelahkan perpaduan di dalam Parti.
Kajian menunjukkan hampir keseluruhan pimpinan Parti Islam Semalaysia (PAS) dipengaruhi oleh Syiah, khususnya barisan Pemuda Parti tersebut. Cacian ke atas para sahabat Nabi s.a.w. dilakukan dalam majlis-majlis tertutup mereka. Pimpinan PAS juga sering berulang-alik ke Iran dewasa ini. Hanya Ketua Dewan Ulama PAS, Ybhg Ustaz Harun Taib yang membantah perkembangan ini.

Catitan : Mutiara Melayu akan mendedahkan isu panas PAS IALAH PENGAMAL SYIAH dengan memaparkan bukti bergambar. Ini bukan mainan tetapi realiti PAS ITU SYIAH DAN MENENTANG PARA SAHABAT.