feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

DAP, PAS DAN PKR BERMIMPI TAWAN PULAU PINANG

Dipetik dari Agendadaily


Pada pilihanraya umum 1986 bekas Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang telah berpindah dari kubunya di Kota Melaka untuk bertanding di Pulau Pinang. Semua orang tahu ini atas impian untuk menawan Pulau Pinang. Beliau menang tiga penggal berturut-turut 1986,1990 dan 1995 di kerusi parlimen Tanjong yang majoriti pengundinya orang Cina itu. DAP tidak menyembunyikan hajat hatinya itu dengan melancarkan slogan yang popular disebut Tanjong 1 pada pilihanraya umum 1995 dan Tanjong 2 pada tahun 1999 . Namun ia bungkus begitu saja serentak dengan kekalahan Kit Siang di kerusi Parlimen Bukit Bendera dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kebun Bunga pada pilihanraya umum 1999.
Kekalahan itu telah mendorong beliau melepaskan jawatan Setiausaha Agung DAP yang disandangnya sejak tahun 1969.Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada Pulau Pinang dan berpindah ke Ipoh Timor yang dimenanginya pada pilihanraya 2004. Badai reformasi yang hebat ekoran kes Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak memberi impak dalam usaha parti itu melebarkan pengaruhnya di Pulau Pinang semasa pilihraya 1999. Selain Kit Siang tewas, DAP hanya menang satu saja kerusi di Batu Lancang. Parti Keadilan juga satu di Penanti dan PAS di Permatang Pasir. DAP memang empat manakala Keadilan satu dari 11 kerusi parlimen.
Pada pilihanraya 2004 DAP kekal dengan hanya satu kerusi DUN iaitu Sungai Puyu di Seberang Perai.
PAS mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir manakala Keadilan gagal dapat satu pun kerusi DUN. Sekalipun kerusi parlimen di Pulau Pinang bertambah dua jadi 13 berikutan persempadanan semula kawasan pilihanraya, DAP kekal dengan empat kerusi dan juga Keadilan satu. Pada pilihanraya itu DAP bertanding di 19 kerusi DUN dan tujuh kerusi parlimen.
Keadilan pula lima parlimen 16 DUN.PAS dua parlimen tujuh DUN. Jika keputusan pilihanraya itu hendak dijadikan ukuran bagi kawasan majoriti melayu pembangkang hanya ada bertahan di Permatang Pauh di mana kawasan parlimennya di menangi oleh Datin Seri Dr Wan Azizah dan salah satu kerusi DUN Permatang Pasir di menangi oleh calon PAS Mohd Hamdan Rahman. Perbezaan majoriti undi yang besar antara BN dengan pembangkang terus tercatat di Kepala Batas,Tasek Gelugor,Nibong Tebal dan Balik Pulau.
Melihat pada prestasi parti-parti pembangkang yang ‘ agak teruk’ di Pulau Pinang dalam dua pilihanraya umum lalu ramai para pemerhati politik tertarik pada gembar gembur hendak menawan negeri itu kali ini. Dari sudut mana mereka hendak menyusup ke hati para pengundi kali ini? Apakah DAP meletakan harapan pada cakap-cakap orang Cina kurang puashati pada BN sekarang kerana ‘ susah cari makan ‘? Juga mampukah Anwar selaku pemimpin de facto Keadilan yang ligat berceramah di negeri itu main sentimen yang boleh menyulitkan BN? Tumpuan DAP tentunya di kawasan-kawasan majoriti orang Cina seperti di empat kerusi parlimen yang dimenanginya pada pilihanraya 2004 iaitu di Bagan,Bukit Mertajam,Tanjong dan Bukit Gelugor.
DAP juga tentunya akan terus memainkan peranan utama jika dilihat jumlah undi yang diperolehi antara BN dan parti pembangkang secara keseluruhannya undi di kerusi-kerusi parlimen di negeri itu semasa pilihanraya umum lalu. Hasrat DAP untuk bertanding bagi tujuh kerusi parlimen dan 22 kerusi negeri di Pulau Pinang diumumkan oleh Guan Eng semasa berada di Pulau Pinang Ahad lepas. "Kami mempunyai kemampuan dan rekod untuk menjadi mengetuai (pembangkang) di Pulau Pinang maka DAP harus mengetuainya,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengenai hal ini.
Dari 509,654 undi yang dibuang di 13 kerusi parlimen pada pilihanraya umum 2004 sebanyak 283,822 berpihak kepada BN manakala pembangkang 215,172.Bezanya ialah 68,650 sahaja.
Dari jumlah undi yang diperolehi oleh pembangkang itu, DAP mendapat 134,653 undi ,Keadilan 61,410 dan PAS 19,109.
Mungkin atas dasar ini Guan Eng secara sebelah pihak telah mengumumkan akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 22 DUN (berbanding 19 pada 2004 ) pada pilihan raya umum akan datang. Kenyataan itu mengocak perasaan rakan pembangkangnya yang utama iaitu Keadilan.
Semasa pilihanraya 2004 akibat tidak dapat bertolak ansur DAP dan Keadilan ada berentap dengan BN di satu kawasan iaitu di kerusi parlimen Batu Kawan dan di tiga kerusi DUN iaitu Sungai Pinang,Bukit Tambun ( dalam kawasan parlimen Batu Kawan) dan Bagan Dalam. Pengerusi Keadilan Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hassim berkata perbincangan antara pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini menetapkan bahawa DAP hanya bertanding di enam kawasan parlimen dan 20 kawasan DUN. Tidak pasti tambahan tiga kerusi mana yang DAP mahu letakan calonnya. Sumber parti itu memberitahu Agendadaily hasrat mereka ada lojiknya melihat pada prestasi teruk Keadilan yang tidak menang satu kerusi pun pada pilihanraya 2004.

“Dari pada biar kalah begitu saja lebih baik bagi DAP cuba nasib di situ,”katanya yang membayangkan tiga kerusi yang dimaksudkan itu ialah di kawasan majoriti orang Cina.
PAS tidak terlibat sangat dalam percaturan ini kerana dijangka terus berpaut pada kawasan tradisinya ialah kerusi parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor manakala satu kerusi DUN masing-masing di kawasan parlimen Permatang Pauh,Nibong Tebal dan Balik Pulau.
Di pihak pimpinan BN Pulau Pinang pula apakah mereka gabra dengan gembar gembur pembangkang khususnya DAP nak tawan negeri itu? Kalangan mereka yang ditinjau pendapat rata-rata menilai ia tidak lebih dari gempak menjelang pilihanraya saja. Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye malah menyifatkannya sebagai sesuatu yang hanya ‘indah khabar dari rupa’.