feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

ANGAN-ANGAN PKR PULAU PINANG

PKR BERIA IA SANGAT INGIN MENAWAN PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI

PULAU PINANG, 18 September - KeADILan Bayan Baru melancarkan jentera pilihanraya Polling Agent & Counting Agen (Paca) kali ketiga dalam misi menawan Parlimen Bayan Baru. Majlis perasmian yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Parlimen Bayan Baru pada Ahad lepas disempunakan oleh Pengerusi KeADILan Pulau Pinang, Zaharin Mohamed Hashim.


“Tujuan pelancaran dan pemantapan ini dilakukan dari masa ke semasa kerana sambutan yang diterima oleh KeADILan di Parlimen Bayan Baru di luar dugaan,” katanya semasa ucapan perasmian. Menurutnya, dengan beberapa peristiwa mutakhir yang berlaku, misalnya kes penternak khinzir di Melaka dan tuntutan daripada kaum India, membuktikan bahawa rakyat di negara ini sudah merasa tidak selesa dengan kerenah pentadbiran Barisan Nasional.“Jika Pulau Pinang yang mempunyai berbagai kaum, sudah tentu tuntutan ini juga melibatkan kaum Melayu, terutamanya ketidak puasan hati tentang peristiwa di Batu Buruk yang menyaksikan pemerintah membiarkan perkara-perkara seperti ini berlaku. Sementara itu salah urus dana awam juga membuka mata rakyat,” katanya.

“Kita sebagai sebuah parti berbilang kaum tidak mahu perkara tuntutan yang berasingan ini membunuh demokrasi dalam negara tercinta,” jelasnya. Beliau berkata dengan pelancaran tersebut, KeADILan Bayan Baru menaruh keyakinan bahawa pengundi akan memihak kepada KeADILan kali ini sebagai mengajar MCA yang sedang menghadapi masalah dalaman.Sementara itu penerangan mengenai PACA dilakukan oleh Pengarah Pilihanraya KeADILan Pulau Pinang, Mustaffa Kamal.

Menurutnya, semua petugas pilihanraya terutama jentera KeADILan negeri harus memahami tugas yang diamanahkan dan berani bertindak jika difikirkan penyalahgunaan dan penyelewengan terutamanya melibatkan pengundi hantu dan yang tidak dikenali. Mustaffa berkata dengan kehadiran yang diluar jangkaan ini , jentera KeADILan akan berusaha dengan lebih kuat demi merebut Parlimen Bayan Baru.

“Dijangkakan calon yang begitu berpengaruh dan berpengalaman di kalangan anak tempatan negeri Pulau Pinang akan bertanding di Parlimen Bayan Baru ini. Masyarakat di sekitar Parlimen Bayan Baru haruslah berubah dan sedar terutamanya mengenai hak-hak dan perkara-perkara yang melibatkan keselesaan dan keharmonian kaum di dalam negeri dan negara,” ujarnya. -

ULASAN
Mutiara Melayu melihat permaian PKR Pulau Pinang pada kali ini banyak tertumpu kepada isu perkauman. Marilah kita semua membaca ayat yang Mutiara Melayu merahkan. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah PKR sanggup menjadi Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bakal menternak khinzir yang terbesar di utara demi menjaga hati orang Cina.PKR juga akan memastikan segala tuntutan kaum India yang telah diberikan oleh kerajaan kini ditambah seperti hak menambah bilangan pusat ibadah yang tidak berdaftar dan semua isu rumah ibadat yang dibina diatas tanah kerajaan secara tidak sah akan dibawa oleh PKR demi menjaga hati penganut agama Hindhu.Dengan kata lain PKR sanggup menjadikan pembinaan rumah ibadat penganut agama lain tumbuh sebagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Mereka PKR berhasrat meletakkan seorang calon yang dapat menentang MCA dan meletakkan dasar yang haru biru dengan menyatakan MCA bergolak. Inilah yang Mutiara Melayu lihat sebagai strategi jerat menjual bangsa Melayu dan agama Islam yang sedang giat dlakukan oleh PKR Pulau Pinang.