feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS AKUR DENGAN KEHENDAK UMNO

HUSAM TUNDUK PADA IDEA PAK LAH

Kerajaan PAS Kelantan memperlihatkan minat dan kesungguhan yang tinggi untuk menyambut pembangunan yang bakal dibawa melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Walaupun sebelum ini parti itu bersifat agak kritikal terhadap dua lagi koridor pembanguan khususnya Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor tetapi ECER disambut sebagai satu projek yang benar-benar dapat membangunkan Pantai Timur khususnya Kelantan. Sedangkan agenda pembangunan melalui konsep koridor pembangunan, pada hakikatnya adalah sama tetapi cuma berbeza bidang dan tumpuan sahaja. Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan, Datuk Husam Musa ketika mengulas pelan pembangunan ECER yang dibentangkan oleh Petronas hari Rabu, berkata, kerajaan negeri memberi jaminan akan memberikan kerjasama, termasuk mempercepatkan urusan pengambilan tanah, demi menyaksikan kejayaan ECER. "Kerajaan negeri pada asasnya menerima baik ECER ini dan berharap ia akan berjaya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu, hari Khamis.
Semakin lama PAS mula tertekan dengan idea-idea baru Pak Lah yang dapat memberangsangkan ekonomi rakyat. Pemimpin PAS perlu akur kerana rakyat tahu bahawa BN telah lama membawa pembangunan kepada mereka.