feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

UMNO PERLU BERANI


Umno Perlu Berani Lawan Isu Cabar Hak Orang Melayu seperti yang diperingatkan oleh Menteri Besar Pahang , Datuk Seri Adnan Yaakob, yang mengingatkan Umno semakin takut untuk menyuarakan perkara sensitif, termasuk isu yang mencabar kepentingan orang Melayu sehingga ada pihak lain berani melakukannya secara terbuka
SEKADAR SATU RENUNGAN BAGAIMANA MELAYU BOLEH TERHINA.
More Non-bumi Lecturers Needed ( Kenyataan Ong Tee Kiat)
MORE Chinese and Indian lecturers are needed to ensure a balanced representation of all ethnic groups in public universities, reported China Press.Deputy Higher Education Minister Datuk Ong Tee Keat was quoted as saying that a racially balanced number of lecturers in public universities would enable the country to have a better pool of quality staff.He said the ministry was keen to recruit more non-bumiputra lecturers.It held recruitment exercises in Britain, Australia and New Zealand earlier this year to lure back Malaysian talent based in foreign countries
Melayu, Bumiputera perlu ubah sikap
Orang Melayu dan Bumiputera perlu mengubah sikap dan berani untuk membabitkan diri dalam pelbagai sektor ekonomi jika mahu maju seiring kaum lain dalam menikmati kekayaan negara.Tokoh veteran Umno, Tan Sri Aishah Ghani, berkata beliau tidak membantah gesaan supaya kerajaan menubuhkan jabatan khas bagi meneliti Perkara 153 Perlembagaan Malaysia (hak istimewa orang Melayu), tetapi melihat perubahan sikap sebagai jawapan kepada pelbagai masalah Melayu.“Kerajaan sejak dulu lagi tidak pernah berhenti membantu meningkatkan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera supaya setara dengan kaum lain.“Kerajaan sudah buat macam-macam tapi sikap dan mentaliti orang Melayu itu sendiri yang tidak ambil serius menyebabkan mereka ketinggalan.“Saya tidak bantah cadangan untuk mewujudkan jabatan itu sekiranya ia membantu ekonomi orang Melayu dan Bumiputera... tapi apa yang penting ialah ubah sikap sebab kalau tidak berubah, menyeleweng dan gagal merebut peluang ia tidak akan memberi makna,”
Perkara 153.
Keputusan untuk memajukan diri dan ekonomi Melayu bergantung sepenuhnya kepada mereka sendiri kerana kerajaan sudah melaksanakan tanggungjawabnya.“Apa lagi yang kerajaan tak buat (bantu meningkatkan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera).“ sedih dengan sikap orang Melayu... sekarang kita lihat ramai yang enggan membayar pinjaman pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) walaupun sudah berjaya, malah ada yang menjadi jutawan.Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata selama ini pun kerajaan sudah menggerakkan jentera daripada peringkat tertinggi sehingga ke akar umbi dalam memperhebatkan usaha membantu orang Melayu dan Bumiputera berjaya dalam bidang ekonomi.“Jadi, saya fikir cadangan penubuhan jabatan itu bukan penyelesaian,” katanya.