HOT 2 : PAS SAH PENGAMAL SYIAH
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
APA KAITAN DEMO DENGAN GAMBAR PEMIMPIN BESAR SYIAH ?
DENGAN TIDAK SEMENA-MENA SYIAH DIAGUNGKAN DALAM PAS .
DENGAN TIDAK SEMENA-MENA SYIAH DIAGUNGKAN DALAM PAS .
Macam ni lah hari-hari yang berlalu, tak habis-habis dengan kesibukan tugas dan kewajipan yang perlu diutamakan. Walaupun macam tu, dengan kesibukan yang ada, anti.syiah tidak akan tinggalkan kerja membongkar sikap diam Parti Islam Semalaysa (PAS) akan perkembangan SYIAH yang semakin galak di dalam parti mereka. Bagi anti.syiah ini juga jihad, sama macam puak-puak PAS anggap jihad melawan UMNO. Sebelum anti.syiah meneruskan sembang kita dalam siri ni, anti.syiah nak umumkan yang anti.syiah tidak pernah menuduh mana-mana individu dalam PAS sebagai menganut fahaman SYIAH. Jauh sekali... jauh sekali...
Cuma anti.syiah rasa pelik dengan pimpinan-pimpinan PAS, kalau mereka tidak setuju dengan Syiah, atau kalau mereka itu bukan SYIAH, kenapa mereka diamkan sahaja perkembangan Syiah di depan mata mereka ? ish... ish... ish... yang ni anti.syiah tak ketemui jawapannya, melainkan satu ajer... iaitu mereka takut kehilangan penyokong... ni kira penemuan jawapan yang ringan nie, kalau ikutkan seorang kawan anti.syiah, bila anti.syiah kemukakan persoalan ni, dengan nada yang marah dia kata : "Jawapannya sebab mereka itu sendiri sebenarnya SYIAH." Orang PAS jangan marah kat anti.syiah pulak, sebab jawapan yang ini bukan perkataan anti.syiah, sebaliknya perkataan kawan anti.syiah yang juga ANTIkan SYIAH. Selain dari jawapan ni anti.syiah tak ketemui jawapan yang lain. Anti.syiah tak tahu ler pulak kalau penyokong-penyokong PAS ada jawapan yang lain tu.
Berbalik kita kepada isu utama siri ini, iaitu teguran mawlana Asri yusuf kepada ust hadi dan nik aziz dalam isu syiah. Siri ini anti.syiah adakan sebagai menyahut seruan seorang PAS yang bagi komen dalam blog anti.syiah ni, yang minta supaya anti.syiah ikut jejak mawlana asri yusuf katanya. Nah inilah dianya antara kecaman ust asri yusuf terhadap sikap lunak pimpinan tertinggi PAS. Orang PAS kena baca baik-baik, kata ust asri yusuf :
"Disini perlulah diingat bahawa menyatakan sesuatu ajaran dan fahaman dengan rujukan-rujukan yang cukup dari ajaran itu tidaklah sama sekali boleh dikatakan menyebarkan fitnah tentangnya, bahkan (sebenarnya) berusaha mendekatkan sesuatu ajaran (SYIAH) dengan aqidah Islam tanpa menunjukkan sudut-sudut aqidahnya yang menyeleweng dari Islam dan tanpa merujuk kepada kitab-kitabnya yang muktabar semata-mata dengan memainkan sentimen umat atas alasan kesatuan umat dan menentang musuh bersama, itulah yang dikatakan menyebarkan fitnah." (ustaz Asri Yusuf: Fitnah Syiah dan kekeliruan ulama mengenainya)
Inilah dianya kecaman mawlana asri yusuf apabila sebahagian pimpinan PAS yang bergelar Tuan Guru menganggap kerja beliau mendedahkan kesesatan SYIAH sebagai usaha menyebarkan fitnah dalam masyarakat. Aduh parahnya PAS ni... mendedahkan kesesatan SYIAH dikatakan pemecah-belah dan menyebar fitnah dalam masyarakat... anti.syiah tak tahu nak kata apa lagi kat PAS nie..... (kalau anti.syiah kata mangkuk ayun sesuai ker ???), ader ker patut pimpinan parti Islam larang orang dedahkan kesesatan SYIAH. Lebih baik UMNO, yang sesat mereka kata sesat. anti.syiah mintak maaf sebab guna istilah mangkuk ayun di atas. Nak buat macamana bagi anti.syiah tak ada perkataan yang lebih lembut bagi orang yang bersekongkol dengan kesesatan dan membela kesesatan. Seterusnya ust asri yusuf menyambung, orang PAS kena baca baik-baik:
"Kalaulah tidak kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Hj. Nik Abdul Aziz dan Hj. Abdul Hadi yang cukup mengelirukan dan penuh dengan pemalsuan hakikat selain daripada kedudukan mereka penting dan berpengaruh tentu saya tidak menulis artikel ini. Mungkin sesuatu golongan atau parti boleh bersepakat di atas kesesatan namun sekelian umat Islam tidak mungkin bersepakat di atas sesuatu kesesatan. Tulisan ini bertujuan membuktikan kebenaran sabda Nabi saw. yang bermaksud;
"Umat ku tidak akan bersepakat di atas sesuatu kesesatan." (thabarani, Ibn Majah, Ibn Abi 'Aasim)
"Umat ku tidak akan bersepakat di atas sesuatu kesesatan." (thabarani, Ibn Majah, Ibn Abi 'Aasim)
Kenyataan-kenyataan mereka yang tersebut itu jelas menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tidak mengetahui tentang syiah yang sedang diusahakan pendekatannya dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kerana itulah sampai sekarang mereka masih tertipu oleh Syiah walaupun setelah kejayaan Revolusi Khomeini di Iran, keadaan Syiah itu sudah menjadi bak kata pepatah, 'SUDAH TERANG LAGI BERSULUH' .Namun keadaan orang yang tidak berpandukan al-Quran dan al-Sunnah di akhir zaman yang penuh dengan kegelapan ini tetap tidak bercahaya dan mereka tetap meraba-raba walaupun matahari berada di tengah langit. Tetai masakan orang buta akan dapat mengambil faedah daripada cahaya yang terang itu. Masakan manusia ceik yang terus memejamkan matanya akan nampak sesuatu di hadapannya ?" (Ibid, ms. 2-3)
Cukuplah setakat ini dulu pendedahan dari anti.syiah. Kalau masukkan banyak-banyakpun bukannya orang PAS jenis rajin nak baca. Nanti anti.syiah akan masukkan sambungannya, kalau orang PAS tak terkedu lagi baca pendedahan nie tak tahu lah anti.syiah nak kata apa.... Kalau hampa nak nafikan lagi sikap lunak pemimpin hampa dengan SYIAH, anti.syiah tak tahu nak kata apa, melainkan ianya sebagai bukti hampa semua dah terkena wabak fanatik memBABI buta.