SIRI 3 : PENYELEWENGAN MAT SABU
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
KUAT MELOBI & BERMAIN POLITIK
Tidak salah untuk dipilih sebagai pemimpin. Tetapi, jika sehingga lobi melobi, mengatur strategi dan menyusun langkah semata-mata untuk memastikan kemenangan diri sendiri, ini adalah sesuatu yang menjengkelkan dan merupakan amalan yang tak dapat diterima sama sekali bagi sebuah Jamaah/Parti Islam. Sepatutnya usaha dan tenaga ditumpukan untuk kemenangan parti bukannya kemenangan individu di dalam parti.Kita tahu bagaimana Sdr Mohd Sabu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan dirinya dipanggil semaksima mungkin untuk merasmikan mesyuarat agung kawasan, dengan harapan dirinya akan dicalonkan untuk sekurang-kurangnya Naib Presiden. Kita juga tahu bagaimana beliau menggunakan orang-orangnya untuk turun kawasan melobi perwakilan untuk diberi undi kepadanya kelak. Orang-orangnya juga faham bahawa undi mereka untuk Naib Pesiden PAS hanyalah untuk beliau seorang dan tidak perlu bagi mereka mengundi calon yang lain. Dan kita terlebih tahu bagaimana beliau menggunakan wartawan harakah untuk mengangkat dirinya dan pada masa sama melakukan serangan peribadi terhadap pimpinan yang lain yang bukan didalam kelompoknya.
TERLALU INGIN KEPADA JAWATAN
Sesiapa yang ada kesempatan bertemu dengan Sdr. Mohd Sabu kebelakangan ini (terutamanya perwakilan) pasti mendengar cakapan beliau tentang pemilihan Muktamar kali ini. Secara terbuka beliau menagih simpati meminta untuk diberi undi kepada beliau sebagai Naib Presiden. Dan apa yang kita sebutkan di atas sudah cukup untuk menggambarkan betapa beliau meminta-minta jawatan Naib Presiden untuk diri beliau.Sedangkan amalan tersebut adalah dilarang dan dicela di dalam Islam. Sepertimana sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis : Dari Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya"(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)Di dalam hadis yang lain (riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Rasulullah SAW menasihati sahabatnya Abd Rahman Bin Samurah : "Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu"Tuan Guru Hj Hadi juga (seolah-olah menyedari senario yang sedang berlaku) telah menegaskan di dalam wawancaranya bersama harakah pada 21 Mei, 2007 : Mereka yang konsisten dan istiqamah dalam parti, boleh berada dalam kepimpinan dan syarat yang terpenting ialah seseorang itu tidak boleh meminta jawatan. Dalam Islam kita tidak boleh meminta jawatan...