feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS MULAKAN PERANG TUDUHAN KE ATAS UMNO DI DALAM BULAN RAMADHAN

HUSAM MEMFITNAH LAGI.HUSAM BANYAK MENGEMBEK MACAM KAMBING
Sumber : Utusan On line


Oleh HERMAN HAMID
KOTA BHARU 27 Sept
. – UMNO Kelantan menyifatkan dakwaan Pas kononnya parti itu berusaha membawa masuk 40,000 warga Myanmar untuk didaftarkan sebagai sebagai pengundi di negeri ini sesuatu tuduhan tidak berasas dan menggambarkan ketakutan melampau pimpinan parti itu.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Annuar Musa berkata, ia sebagai suatu langkah mempersiapkan alasan sekiranya Kelantan yang merupakan benteng terakhir Pas dikuasai oleh UMNO kelak.Katanya, dakwaan sebegitu tidak masuk akal kerana taktik seperti ini secara terang-terangan akan boleh dihidu apabila adanya 40,000 pengundi baru didaftar di 15 kawasan Parlimen di negeri ini.

Katanya, malah dari segi fakta sendiri pun seseorang warga asing tidak akan boleh didaftarkan sebagai pengundi kerana mereka bukan warganegara dan tidak mempunyai kad pengenalan.
“Justeru saya seru hentikanlah pembohongan di bulan Ramadan yang mulia ini. Kenyataan ini satu ‘perang psikologi’ yang sudah terlalu merapu, sampai tidak masuk akal.“Memang saya nampak kenyataan seperti ini hanya mempersiapkan alasan lebih awal sekiranya gagal mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Terdahulu ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri semalam, Naib Presiden Pas, Husam Musa mendakwa terdapat usaha pihak tertentu yang cuba membawa masuk pendatang Myanmar bagi didaftarkan sebagai pengundi di negeri ini sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang.Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, daripada maklumat awal yang diperoleh, dipercayai jumlah yang cuba didaftarkan itu mencecah sehingga 40,000 orang.Menurut Husam, jika benar, ia adalah satu pencabulan kepada hak rakyat negara ini sendiri untuk menentukan kerajaan.
“Ini yang paling kita bimbangkan kerana saya rasa mungkin pilihan raya akan dilakukan selepas nama-nama ini disahkan,” katanya.

Ditanya bagaimana beliau memperoleh maklumat mengenai gerakan membawa masuk warga Myanmar sebagai pengundi berdaftar di negeri ini, Husam berkata, maklumat itu diperoleh daripada pegawai dan kakitangan kerajaan sendiri.Husam mendakwa, ini termasuk mereka yang berkhidmat di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya sendiri.Dalam pada itu berhubung saranan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya tarikh pilihan raya umum dipertimbangkan agar tidak diadakan pada musim Haji, Husam menjelaskan itu adalah seperti mana kehendak semua rakyat.Katanya, walaupun pilihan raya umum tahun 1985 pernah diadakan pada musim haji, namun diharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mengulangi perkara yang sama kerana ia boleh menidakkan hak rakyat.“Kalau hendak buat dalam terdekat ini, buatlah (pilihan raya) sebelum kapal haji pertama berlepas pada 10 November depan,” ujarnya.