feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

BIASISWA PELAJAR DI IRELAND NAIK :BUKTI KERAJAAN PRIHATIN

Sumber Utusan Online


PUTRAJAYA 28 Sept. – Kerajaan meluluskan kadar baru biasiswa kepada pelajar-pelajar di Ireland berkuat kuasa 1 September lalu setelah kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapati kos sara hidup di negara itu meningkat.Jabatan itu dalam kenyataannya berkata, kadar biasiswa di Ireland dibahagi kepada dua iaitu kadar A untuk Dublin dan kadar B untuk bandar-bandar lain.Kenaikan elaun sara hidup bagi pelajar peringkat ijazah sarjana muda adalah antara 36 peratus hingga 52 peratus berbanding kadar sekarang. ‘‘Kerajaan turut menaikkan kadar elaun sara hidup di peringkat ijazah lanjutan antara 41 peratus hingga 58 peratus,’’ kata kenyataan itu di sini hari ini.Tambah kenyataan itu, elaun bantuan keluarga juga dinaikkan antara 155 peratus hingga 215 peratus manakala elaun buku serta alat perkakas dinaikkan antara tiga peratus hingga 141 peratus.‘‘Dengan kenaikan kadar biasiswa ini, kerajaan berharap pelajar tajaannya akan dapat memberi tumpuan kepada pengajian masing-masing tanpa dibebani dengan masalah kewangan,’’ menurut kenyataan itu.