PAS MULAKAN PERANG TUDUHAN KE ATAS UMNO DI DALAM BULAN RAMADHAN
Sumber : Utusan On line
Oleh HERMAN HAMID
KOTA BHARU 27 Sept. – UMNO Kelantan menyifatkan dakwaan Pas kononnya parti itu berusaha membawa masuk 40,000 warga Myanmar untuk didaftarkan sebagai sebagai pengundi di negeri ini sesuatu tuduhan tidak berasas dan menggambarkan ketakutan melampau pimpinan parti itu.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Annuar Musa berkata, ia sebagai suatu langkah mempersiapkan alasan sekiranya Kelantan yang merupakan benteng terakhir Pas dikuasai oleh UMNO kelak.Katanya, dakwaan sebegitu tidak masuk akal kerana taktik seperti ini secara terang-terangan akan boleh dihidu apabila adanya 40,000 pengundi baru didaftar di 15 kawasan Parlimen di negeri ini.
“Justeru saya seru hentikanlah pembohongan di bulan Ramadan yang mulia ini. Kenyataan ini satu ‘perang psikologi’ yang sudah terlalu merapu, sampai tidak masuk akal.“Memang saya nampak kenyataan seperti ini hanya mempersiapkan alasan lebih awal sekiranya gagal mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Terdahulu ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri semalam, Naib Presiden Pas, Husam Musa mendakwa terdapat usaha pihak tertentu yang cuba membawa masuk pendatang Myanmar bagi didaftarkan sebagai pengundi di negeri ini sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang.Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, daripada maklumat awal yang diperoleh, dipercayai jumlah yang cuba didaftarkan itu mencecah sehingga 40,000 orang.Menurut Husam, jika benar, ia adalah satu pencabulan kepada hak rakyat negara ini sendiri untuk menentukan kerajaan.
“Ini yang paling kita bimbangkan kerana saya rasa mungkin pilihan raya akan dilakukan selepas nama-nama ini disahkan,” katanya.
Saturday, September 29, 2007 |
BIASISWA PELAJAR DI IRELAND NAIK :BUKTI KERAJAAN PRIHATIN
Sumber Utusan Online
PUTRAJAYA 28 Sept. – Kerajaan meluluskan kadar baru biasiswa kepada pelajar-pelajar di Ireland berkuat kuasa 1 September lalu setelah kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapati kos sara hidup di negara itu meningkat.Jabatan itu dalam kenyataannya berkata, kadar biasiswa di Ireland dibahagi kepada dua iaitu kadar A untuk Dublin dan kadar B untuk bandar-bandar lain.Kenaikan elaun sara hidup bagi pelajar peringkat ijazah sarjana muda adalah antara 36 peratus hingga 52 peratus berbanding kadar sekarang. ‘‘Kerajaan turut menaikkan kadar elaun sara hidup di peringkat ijazah lanjutan antara 41 peratus hingga 58 peratus,’’ kata kenyataan itu di sini hari ini.Tambah kenyataan itu, elaun bantuan keluarga juga dinaikkan antara 155 peratus hingga 215 peratus manakala elaun buku serta alat perkakas dinaikkan antara tiga peratus hingga 141 peratus.‘‘Dengan kenaikan kadar biasiswa ini, kerajaan berharap pelajar tajaannya akan dapat memberi tumpuan kepada pengajian masing-masing tanpa dibebani dengan masalah kewangan,’’ menurut kenyataan itu.
Saturday, September 29, 2007 |
DARIPADA UMNO BAHAGIAN BATU KAWAN
Saturday, September 29, 2007 |
UMNO PERLU BERANI
Saturday, September 29, 2007 |
MAT SABU MEMBUNUH PAS PULAU PINANG
Friday, September 28, 2007 |
MAT SABU PANTANG NAMPAK PEREMPUAN
Apa yang diperkatakan bahawa pemimpin PAS seolah-olah pelakon filem yang sedang beraksi mencari pengaruh, kini menjadi kenyataan. Sebagai contoh didalam kes khalwat Mat Sabu - Norma misalnya. Walau dalam apa jua bentuk sekali pun apabila lelaki dan perempuan yang tidak muhrim berdua-duaan di dalam sebuah bilik tanpa mahramnya atau tidak kerana darurat, Islam tetap menghukumnya salah. Mahkamah Syariah Kelantan telah menghukum tidak bersalah adalah disebabkan fakta-fakta perundangan yang tidak cukup untuk dihukum bersalah, kerana perbicaraan tersebut melalui proses undang-undang dunia, sedangkan Mat Sabu tidak boleh terlepas daripada dosa terhadap Allah s.wt. Yang anehnya dalam kes tersebut, YA.B. Dato' Nik Ab. Aziz telah hilang pedoman dan melakukan kesilapan besar terhadap Islam yang dipelajari dan diajarinya. Atas dasar hukum Islam manakah yang menyebabkan beliau memberi kenyataan kepada pemberita di hari penangkapan bahawa: "Mat Sabu diperangkap" sedangkan pada masa itu beliau belum membuat siasatan rapi, sepatutnya seorang Tok Guru tidak boleh meletakkan politik lebih atas daripada hukum Islam. Adakah Islam mengharuskan wanita yang ajnabi berdua-duaan di dalam satu bilik ? Mereka berdua-duaan di dalam bilik Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan sehingga sempat pegawai pencegah maksiat dan pemberita datang.
Friday, September 28, 2007 |
KADERISASI DALAM PAS
Friday, September 28, 2007 |
SIRI 3 : PENYELEWENGAN MAT SABU
Wednesday, September 26, 2007 |
SIRI 2 : PENYELEWENGAN MAT SABU
FITNAH KEPADA IMEJ ISLAM
Sesungguhnya kita memerlukan saf kepimpinan yang mencerminkan akhlak dan syakhsiyah Islam supaya jamaah kita senantiasa berada di atas landasan yang betul dalam mengejar suruhan dan keredhaan Allah. Janganlah disebabkan oleh hanya seorang yang tak sepatutunya berada di dalam saf kepimpinan, Allah tidak merahmati jamaah dan parti kita. Sebab itulah kalau kita perhatikan sirah dan sejarah perjuangan golongan terdahulu, mereka amat menitikberatkan soal akhlak dan syakhsiyah pemimpin. Mana-mana pemimpin yang ada walau syubhah dalam peribadi dirinya akan ditolak dan diturunkan daripada jawatannya. Kalau hendak mencungkil dan mendedahkan segala cela keperibadian Sdr. Mohd Sabu, dikhuatiri akan memalukan dan mengaibkan diri kita sendiri. Cukuplah kita mengingati kembali peristiwa khalwat beliau sewaktu menjadi ahli Parlimen di Kelantan. Kes tersebut walaupun dibuang oleh Mahkamah Syariah atas sebab-sebab teknikal, semua orang tahu tentang kebenarannya. Kalau tidak masakan Al Marhum AlFadhil Ust Fadhil Nor memarahi beliau pasai apa nak pi cari penyakit?. dengan membenarkan perempuan bukan muhram memasuki bilik hotel beliau??
KEHIDUPAN MEWAH
Beliau seringkali menyarankan kita didalam ceramahnya supaya sentiasa hidup sederhana. Tetapi sayangnya beliau sendiri tidak dapat melakukan apa yang disarankannya sendiri. Mungkin kita boleh bertanyakan beliau tentang rumah banglo di Bukit Merah, sebuah kereta Naza Ria dan sebuah kereta Perdana apakah ini corak hidup sederhana yang dimaksudkan? Dalam keadaan beliau tidak ada pendapatan tetap, bagaimana mungkin beliau dapat memperolehi kesemuanya itu? Bayangkanlah kehidupan sederhana yang bagaimana beliau akan zahirkan sekiranya PAS memerintah dan beliau adalah salah seorang daripada Menteri Kabinet?? Patutlah beliau menyamakan pimpinan PAS dangan UMNO kerana rupa-rupanya pimpinan PAS yang beliau maksudkan itu adalah diri beliau sendiri!
Wednesday, September 26, 2007 |
SIRI 1 : PENYELEWENGAN MAT SABU
Wednesday, September 26, 2007 |
HOT 4 : GEMPAR SEMUA SIRI DEMONSTRASI PAS MEMBAWA MESEJ SYIAH
2. SEMUA PERARAKAN PAS MESTI MENJULANG GAMBAR IMAM SYIAH
3. LIHAT INILAH SATU KEBENARAN BAHAWA PAS MENENTANG SUNNAH DAN MENGHALALKAN SYIAH
Wednesday, September 26, 2007 |
HOT 3 : SYIAH DAN PAS
TIDAK BOLEH BERSELINDUNG LAGI
Mutiara Melayu ingin menyambung pendedahan sikap lunak Haji Hadi dan Nik Aziz terhadap Syiah. Apa yang ada di dalam blog ni pun sudah cukup memanaskan punggung para penyokong PAS yang SYIAH. Rupa-rupanya ramai juga yang nak tahu cerita anti.syiah ni... Sebelum anti.syiah meneruskan pendedahan ini, anti.syiah nak ungkapkan rasa syukur kerana kali ini anti.syiah tidak dituduh UMNO oleh puak-puak PAS yang fanatik bebal atas kewujudan blog ini. Puak-puak PAS tak lagi seperti dulunya, jika ada sahaja yang menyerang mereka, orang tu akan dituduh UMNO. Kali ini nampaknya ada sedikit perbezaan, alah macam lagu Safura tu.. 'Sama tapi tak serupa'. Yang pasti sekarang anti.syiah nampak PAS dah ada musuh baru... musuh mereka sekarang bukan sahaja UMNO, tapi salafi dan wahabi. Kalau dulu UMNO bolehlah kita kata mereka tak tahu agama, tapi sekarang dua fahaman yang dua-duanya golongan agama, salafi dan wahabi, dua golongan agama yang melawan PAS. Anti.syiah nak cakap kat orang-orang PAS, anda semua tidak kebal lagi untuk bercakap agama, kerana yang menentang anda sekarang ini bukan sahaja UMNO yang tak tahu agama sahaja bahkan dua golongan agama yang tak kurang hebatnya. Lebih penting dua golongan ini tak ada kepentingan nak menang dalam pilihan raya dan PAS seperti semua orang tahu memang ada kepentingan untuk menang dalam pilihanraya.
"Nak buat macamana, puak penyokong PAS yang anti.syiah sedang berdepan ini, adalah satu puak fanatik bebal, yang tak mahu mengakui kepincangan yang ada dalam parti mereka."
Cuba kamu semua lihat, baru-baru ini 3,4 bulan yang lepas, sempena Ulangtahun Revolusi Islam Iran, di Hotel Mandarin Kuala Lumpur, Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar; Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat dan Dr Syed Azman Syed Nawawi, semuanya hadir menyambut ulangtahun tersebut.
Wednesday, September 26, 2007 |
HOT 2 : PAS SAH PENGAMAL SYIAH
DENGAN TIDAK SEMENA-MENA SYIAH DIAGUNGKAN DALAM PAS .
"Umat ku tidak akan bersepakat di atas sesuatu kesesatan." (thabarani, Ibn Majah, Ibn Abi 'Aasim)
Wednesday, September 26, 2007 |
HOT PENDEDAHAN ISU : PAS PENGAMAL SYIAH
Catitan : Mutiara Melayu akan mendedahkan isu panas PAS IALAH PENGAMAL SYIAH dengan memaparkan bukti bergambar. Ini bukan mainan tetapi realiti PAS ITU SYIAH DAN MENENTANG PARA SAHABAT.
Sunday, September 23, 2007 |
SELAMAT MENYAMBUT 10 YANG KEDUA DALAM BULAN RAMADHAN.
Sunday, September 23, 2007 |
PEMUDA KEPALA BATAS PENJANA GENERASI GEMILANG
Sunday, September 23, 2007 |
PEMBANGKANG BERMIMPI DISIANG HARI
Barisan Alternatif Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP beria-ia sangat ingin menawan DUN .Mereka mula memasang angan-angan supaya rakyat nampak mereka beria-ia ingin membantu. Namun apa yang berlaku, semuanya cakap-cakap politik pembangkang semata-mata. Sedang sibuk kerajaan negeri memperkemaskan segala projek pembangunan untuk rakyat, mereka pembangkang sibuk membuat kenyatan akhbar yang menampakkan mereka bersungguh-sungguh. Apapun dalam banyak kenyataan akhbar yang dianalisis oleh pihak Mutiara Melayu, kami dapati semuanya berpihak kepada DAP dan akan merugikan bangsa Melayu.Pakatan pembangkang cuba meniru formula BN, namun ianya nampak ketara bakal menghadapi kegagalan. Pembangkang suka bermain polimik dan membuat gimik murahan. Bagi Barisan Nasional, kekalkan prestasi kerja membangunkan rakyat di Pulau Pinang.
CATITAN : RUJUK ARTIKEL SEBELUM INI BERKAITAN DAP, PAS DAN PKR BERMIMPI TAWAN PULAU PINANG
Friday, September 21, 2007 |
TANDA TANYA PILIHANRAYA
Apa pun kelibat berkaitan pilihanraya,semuanya akan pasti berlaku. Jentera UMNO dan BN seharusnya telah memperkemaskan semua Bilik Gerakan Pilihanraya, menangani semua isu diperingkat KADUN dan Parlimen.Memantau pergerakan parti lawan adalah co-business yang perlu dilakukan oleh setiap ahli parti. Perkiraan dan tarikh pilihanraya bukannya satu teka teki, tetapi ianya pasti akan terjadi. Jika kita bersedia lebih awal, kita tidak akan menghadai sebarang masalah walaupun esok diumumkan pembubaran parlimen.
Friday, September 21, 2007 |
HAYATI 50 TAHUN KEMERDEKAAN DARI UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH
Friday, September 21, 2007 |
RAMADHAN DALAM LUBUK HATI BLOGMASTER
Friday, September 21, 2007 |
50 TAHUN MERDEKA APA YANG TELAH PAS BUAT
2. PAS BERGOTONG ROYONG MEMBAKAR BENDERA MALAYSIA.INI BERTENTANGAN DENGAN KONSEP PENJAGAAN PANJI YANG DI BAWA OLEH RASULULLAH SAW.DENGAN KATA LAIN PAS MENENTANG AJARAN NABI SAW.
3 MENAMBAH KEKAYAAN SEWAKTU TEMPOH 4 TAHUN MEMERINTAH TERENGGANU. BARU 4 TAHUN MEMERINTAH ADUN PAS BOLEH MEMBINA RUMAH BERNILAI 7 JUTA.KALU DAPAT MEMERINTAH LEBIH DARI 4 TAHUN, MAKA SEMUA HARTA NEGARA DIMILIKI DENGAN RAKUS OLEH MEREKA.
Thursday, September 20, 2007 |
APA ERTI 50 TAHUN MERDEKA BAGI PAS DAN PKR
Thursday, September 20, 2007 |
ISU KLIP VIDEO VK LINGAM : ANWAR MENGUNDAH MASALAH
PEGUAM VK LINGAM
Thursday, September 20, 2007 |
DAP, PAS DAN PKR BERMIMPI TAWAN PULAU PINANG
Pada pilihanraya umum 1986 bekas Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang telah berpindah dari kubunya di Kota Melaka untuk bertanding di Pulau Pinang. Semua orang tahu ini atas impian untuk menawan Pulau Pinang. Beliau menang tiga penggal berturut-turut 1986,1990 dan 1995 di kerusi parlimen Tanjong yang majoriti pengundinya orang Cina itu. DAP tidak menyembunyikan hajat hatinya itu dengan melancarkan slogan yang popular disebut Tanjong 1 pada pilihanraya umum 1995 dan Tanjong 2 pada tahun 1999 . Namun ia bungkus begitu saja serentak dengan kekalahan Kit Siang di kerusi Parlimen Bukit Bendera dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kebun Bunga pada pilihanraya umum 1999.
Pada pilihanraya 2004 DAP kekal dengan hanya satu kerusi DUN iaitu Sungai Puyu di Seberang Perai.
Dari jumlah undi yang diperolehi oleh pembangkang itu, DAP mendapat 134,653 undi ,Keadilan 61,410 dan PAS 19,109. Mungkin atas dasar ini Guan Eng secara sebelah pihak telah mengumumkan akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 22 DUN (berbanding 19 pada 2004 ) pada pilihan raya umum akan datang. Kenyataan itu mengocak perasaan rakan pembangkangnya yang utama iaitu Keadilan.
“Dari pada biar kalah begitu saja lebih baik bagi DAP cuba nasib di situ,”katanya yang membayangkan tiga kerusi yang dimaksudkan itu ialah di kawasan majoriti orang Cina.
PAS tidak terlibat sangat dalam percaturan ini kerana dijangka terus berpaut pada kawasan tradisinya ialah kerusi parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor manakala satu kerusi DUN masing-masing di kawasan parlimen Permatang Pauh,Nibong Tebal dan Balik Pulau.
Thursday, September 20, 2007 |
PAS AKUR DENGAN KEHENDAK UMNO
Thursday, September 20, 2007 |
PAS KELANTAN AKUR BEKERJASAMA DENGAN BARISAN NASIONAL
Thursday, September 20, 2007 |
ANGAN-ANGAN PKR PULAU PINANG
PULAU PINANG, 18 September - KeADILan Bayan Baru melancarkan jentera pilihanraya Polling Agent & Counting Agen (Paca) kali ketiga dalam misi menawan Parlimen Bayan Baru. Majlis perasmian yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Parlimen Bayan Baru pada Ahad lepas disempunakan oleh Pengerusi KeADILan Pulau Pinang, Zaharin Mohamed Hashim.
“Tujuan pelancaran dan pemantapan ini dilakukan dari masa ke semasa kerana sambutan yang diterima oleh KeADILan di Parlimen Bayan Baru di luar dugaan,” katanya semasa ucapan perasmian. Menurutnya, dengan beberapa peristiwa mutakhir yang berlaku, misalnya kes penternak khinzir di Melaka dan tuntutan daripada kaum India, membuktikan bahawa rakyat di negara ini sudah merasa tidak selesa dengan kerenah pentadbiran Barisan Nasional.“Jika Pulau Pinang yang mempunyai berbagai kaum, sudah tentu tuntutan ini juga melibatkan kaum Melayu, terutamanya ketidak puasan hati tentang peristiwa di Batu Buruk yang menyaksikan pemerintah membiarkan perkara-perkara seperti ini berlaku. Sementara itu salah urus dana awam juga membuka mata rakyat,” katanya.
“Kita sebagai sebuah parti berbilang kaum tidak mahu perkara tuntutan yang berasingan ini membunuh demokrasi dalam negara tercinta,” jelasnya. Beliau berkata dengan pelancaran tersebut, KeADILan Bayan Baru menaruh keyakinan bahawa pengundi akan memihak kepada KeADILan kali ini sebagai mengajar MCA yang sedang menghadapi masalah dalaman.Sementara itu penerangan mengenai PACA dilakukan oleh Pengarah Pilihanraya KeADILan Pulau Pinang, Mustaffa Kamal.
Menurutnya, semua petugas pilihanraya terutama jentera KeADILan negeri harus memahami tugas yang diamanahkan dan berani bertindak jika difikirkan penyalahgunaan dan penyelewengan terutamanya melibatkan pengundi hantu dan yang tidak dikenali. Mustaffa berkata dengan kehadiran yang diluar jangkaan ini , jentera KeADILan akan berusaha dengan lebih kuat demi merebut Parlimen Bayan Baru.
“Dijangkakan calon yang begitu berpengaruh dan berpengalaman di kalangan anak tempatan negeri Pulau Pinang akan bertanding di Parlimen Bayan Baru ini. Masyarakat di sekitar Parlimen Bayan Baru haruslah berubah dan sedar terutamanya mengenai hak-hak dan perkara-perkara yang melibatkan keselesaan dan keharmonian kaum di dalam negeri dan negara,” ujarnya. -
Wednesday, September 19, 2007 |
KEMUNAFIKAN PAS
PAS Pulau Pinang sedia kerjasama dengan DAP
KEPALA BATAS, 15 Julai (Bernama) -- Pas Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan parti itu mengadakan kerjasama dengan DAP pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan pembangkang memenangi pilihan raya itu.Pesuruhjaya Pas Negeri, Salleh Man berkata, walaupun pada ketika ini kedua-dua parti itu tidak mempunyai hubungan, kerjasama itu mungkin diwujudkan di kawasan tertentu bagi memastikan kemenangan calon pembangkang.Bagaimanapun, keputusan mengenai kerjasama itu akan ditentukan Pas Pusat dan pihaknya akan menunggu reaksi daripada pengurusan tertinggi parti berhubung perkara ini."Pas dan DAP tidak ada hubungan untuk sementara ini. Bagaimanapun, kita rasakan pakatan-pakatan demi kepentingan kepartian untuk menawan mana-mana tempat yang kita akan bertanding, insyallah kita akan fikirkan dan dapatkan restu kepimpinan pusat," katanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim di Markas Pas, di Pongsu Seribu.
Menurutnya, sebarang tindakan ke arah menjalin kerjasama itu akan dibuat berdasarkan kepada perkembangan semasa dan restu pusat."Ketika ini (hubungan) Pas dan DAP hanya sebagai parti politik sahaja," katanya.Salleh berkata, yang jelas, Pas telah bersetuju mengadakan kerjasama dengan Keadilan di peringkat negeri bagi menghadapi pilihan raya umum dan mengatur strategi bersama untuk menawan Pulau Pinang.
Wednesday, September 19, 2007 |
INSIDEN BATU BURUK SATU PENJELASAN
Tuesday, September 18, 2007 |