KRONOLOGI MENEMPA SEJARAH DI UTARA
Monday, December 31, 2007 |
YANG PERLU KITA TAHU TENTANG KORIDOR UTARA
Empat daerah Perak dalam NCER ialah Hulu Perak, Kerian, Kuala Kangsar dan Larut Matang-Selama.
20.1% dari jumlah KDNK Malaysia: RM52.67 bilion1 daripada RM262 bilion (KDNK sebenar 2005 pada harga 1987)
7.28% dari kawasan tanah Malaysia: 2.4 juta hektar2 daripada 330 juta hektar
16.1% dari penduduk Malaysia: 4.29 juta3 daripada 26.64 juta pada 2005
76% dari pendapatan isirumah purata Malaysia: RM2,477 berbanding RM3,249 – kedua terendah di antara 6 wilayah (2005)4
64% dari kawasan jelapang padi5
30% dari jumlah pelancong ke Malaysia pada 2005 (jumlah kedatangan pelancong: 16.4 juta)6
21% dari pelaburan pembuatan Malaysia (jumlah pelaburan pembuatan Malaysia diluluskan, 1966-2005: RM269.5 bilion)
Monday, December 31, 2007 |
YANG PASTINYA BUKAN PEMIMPIN UMNO DALAM DVD "X" DI MUAR DAN BATU PAHAT
KENYATAAN AGENDA DAILY:
DVD yang didakwa mengandungi adegan hubungan seks antara seorang pemimpin politik nasional berasal dari Johor dengan seorang wanita berusia 20-an kini tersebar di Muar Batu Pahat dan Tangkak tidak melibatkan pemimpin dari UMNO.Sumber-sumber memberitahu Agendadaily wajah lelaki dalam DVD itu bermirip macam seorang pemimpin kanan dari sebuah parti komponen Barisan Nasional dan berjawatan dalam kerajaan.Namun begitu setakat ini belum ada sebarang pengesahan rasmi.Utusan Malaysia Isnin melaporkan rakaman hubungan seks itu yang diambil menerusi kamera litar tertutup (CCTV) selama sejam dipercayai dirakamkan di dalam sebuah bilik hotel.Sementara itu Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting yang ditemui para wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur hari ini enggan mengulas mengenai isu DVD itu.
KENYATAAN UTUSAN MALAYSIA:
Menurut laporan Utusan Malaysia, DVD yang didakwa mengandungi adegan hubungan seks antara seorang pemimpin politik nasional berasal dari Johor dengan seorang wanita berusia 20-an kini tersebar di Muar dan Tangkak sejak semalam.Selepas penyebaran meluas secara percuma di Muar kelmarin, DVD tersebut dikatakan mula disebarkan pula ke daerah Batu Pahat hari ini.Rakaman hubungan seks itu yang diambil menerusi kamera litar tertutup (CCTV) selama sejam dipercayai dirakamkan di dalam sebuah bilik hotel.Bagaimanapun, lokasi hotel itu tidak diketahui.
Sejak laporan mengenai DVD itu tersiar dalam beberapa akhbar berbahasa Cina hari ini, DVD tersebut dikatakan ‘disembunyikan’ oleh para pengedar kerana bimbang tindakan polis.DVD itu mengandungi dua bahagian iaitu A dan B yang diedar secara percuma di beberapa lokasi sejak malam semalam.Bahagian A memaparkan aksi lucah hubungan seks antara seorang lelaki yang didakwa sebagai pemimpin politik dengan seorang wanita menggunakan satu kamera CCTV.Bahagian B pula menayangkan rakaman hubungan seks dari empat penjuru dari pada kamera CCTV berlainan melibatkan ‘pelakon’ yang sama.
Berdasarkan gerak tubuh dan bayangan dalam DVD itu, masyarakat di Muar percaya ia hampir 70 peratus menyerupai wajah pemimpin politik tersebut.Namun, percakapan serta wajah pemimpin itu dari dekat tidak begitu jelas digambarkan di dalam DVD itu.Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail yang dihubungi Utusan Malaysia petang ini memberitahu, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung penyebaran DVD itu.“Sehingga petang ini belum ada laporan yang diterima, justeru kita tidak boleh siasat dan buat apa-apa kenyataan setakat ini,” katanya.
Monday, December 31, 2007 |
SAMPAI BILA PARTI GERAKAN BIARKAN PARANJOTHY
SAMPAI BILA TAN SRI KOH BOLEH BERFIKIR DAN TERSENYUM?UMNO DIHINA DAN DICERCA DENGAN SENGAJA.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Najib menegaskan kenyataan Naib Ketua Pemuda Gerakan S. Paranjothy bahawa Umno adalah punca kaum India terpinggir di negara ini adalah tidak berasas dan telah melanggar disiplin gabungan berkenaan. Namun jelasnya, beliau yakin pandangan itu bukanlah mencerminkan pendirian Gerakan tetapi sebaliknya hanya pandangan peribadi Paranjothy. Sehubungan itu beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti Gerakan untuk tindakan sewajarnya. "Saya percaya parti Gerakan tahu apa yang harus mereka lakukan, sebab dalam kita menghadapi tekanan pihak tertentu, kita tidak boleh berpecah sebagai satu keluarga politik... keluarga politik kita ialah Barisan Nasional," katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan banjir Umno Taman Selasih, di Paloh Hinai, Pekan hari Khamis. Mengulas Naib Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy kini berhadapan dengan tindakan disiplin parti itu kerana mengkritik kerajaan dan UMNO secara keterlaluan dan membangkitkan dan membesarkan isu yang dianggap telah selesai. Memang itulah yang sewajarnya diambil terhadap pemimpin dalaman Barisan Nasional (BN) yang bertindak ibarat ‘meludah ke langit, akhirnya terkena muka sendiri.” Persoalannya sekarang ialah S. Paranjothy tidak lagi membawa suara Gerakan atau BN, sebaliknya seirama dengan suara Hindraf yang mendakwa kaum India di negara ini telah disisihkan dan UMNO adalah musuh utama mereka.
Oleh kerana Paranjothy yakin dan percaya, malah mempertahankan kenyataannya itu dan dengan bangganya memberitahu beliau tidak merasa kesal terhadap sebarang tindakan yang dikenakan terhadapnya, eloklah beliau diberi kesempatan untuk membuktikan dakwaan-dakwaannya itu.
Monday, December 31, 2007 |
PAS PULAU PINANG TERUS BERBOHONG
Gerakan boleh terus terajui P. Pinang jika sertai BA- PAS
Friday, 28 December 2007
PULAU PINANG: PAS mencadangkan agar Gerakan dan Parti Progresif Rakyat (PPP) keluar dari Barisan Nasional (BN) dan bersama-sama dengan Barisan Alternatif (BA) bagi memperjuangkan hak untuk semua kaum di negara ini.
"Saya sendiri secara peribadi bersedia untuk berbincang dengan pimpinan BA untuk membolehkan Gerakan terus memimpin Pulau Pinang jika BA menang dalam pilihan raya umum nanti di samping kedudukan yang sesuai untuk para pemimpin PPP dalam kerajaan," kata Dr Mujahid Yusof Rawa, AJK PAS Pusat.Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu yakin Gerakan mampu bersama dengan arus perubahan yang sedang melanda rakyat pelbagai kaum di negara ini sekarang. siasahdaily.blogspot.com/
Sunday, December 30, 2007 |
KIT SIANG SEMAKIN TUA DAN PENING MEMIKIRKAN ANWAR IBRAHIM
Friday, December 28, 2007 |
GADIS JUGA JADI MANGSA PAS
Friday, December 28, 2007 |
PAS AKUR DENGAN IDEA PEMIMPIN BESAR UMNO ALLAHYARHAM TUN ABDL RAZAK
“Tanah ladang ini akan memberi pendapatan kira-kira RM900,000 sebulan kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Friday, December 28, 2007 |
EZAM MELUDAH KE LANGIT.
GERAK atau Gerakan Rakyat Anti Korupsi atau dalam bahasa Inggerisnya Civil Movement Againts Corruption yang berusaha memfokuskan usaha pendidikan, mobilisasi dan pembongkaran rasuah yang menjadi Musuh Nombor 1 Negara mesti mendedahkan rasuah dikalangan pemimpin parti Keadilan Rakyat (PKR).Ini jelas disebut dalam video pendedahan Lokman Nor Adam (Bekas Setiausaha Pemuda PKR) bersama Mohd Ezam Mohd Nor suatu ketika dulu.
Friday, December 28, 2007 |
PAS BERMUNAJAT KERANA NAK MENANG PILIHANRAYA DAN BUKANNYA KERANA ALLAH
Friday, December 28, 2007 |
ANTARA 2 DOA YANG BERBEZA MAKSUDNYA
"Tidak seorang muslim pun yang berdoa dengan sesuatu doa yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari tiga perkara; (1) disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun (2) disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun (3) diselamatkan dia dari keburukan yang sepertinya." [Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin: Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih]
Wednesday, December 26, 2007 |
ANWAR MENIPU KAUM INDIA DI LUNAS
Wednesday, December 26, 2007 |
APAKAH PAS JUGA MUNAFIQUN?
Wednesday, December 26, 2007 |
MUNAFIKNYA INSAN BERNAMA ANWAR IBRAHIM
"Mereka (orang-orang munafik) mudah melahirkan ucapan (لا اله الا الله) kerana inginkan agar terselamat darah dan harta mereka, tidak ada niat mereka selain yang demikian."
"Sifat-sifat orang munafik itu banyak: Buruk akhlaknya, jika benar lisannya namun bertentangan dengan hatinya, amat bertentangan amalannya kerana diwaktu pagi ia melakukan yang benar dan diwaktu petang pula ia melakukan yang sebaliknya".
يُخَادِعُوْنَ اللهَ وَالَّذِيْنَ آمَنُوْا
"Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman"
وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِيْنَ
"Dan sebenarnya mereka (orang-orang munafik) bukanlah orang-orang yang beriman".
فِى قُلُوْبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللهُ مَرَضًا
"Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya".
Orang munafik pembuat kerosakan di dunia:
اَلاَ اِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُوْنَ وَلَكِنْ لاَ يَشْعُرُوْنَ
“Ingatlah! Mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar".
اَلاَ اِنَّهُمْ هُمُ السُّفُهَاءُ وَلَكِنْ لاَّ يَعْلَمُوْنَ
"Ingatlah! Sesungguhnya mereka orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu".
وَاِذَا خَلَوْا اِلَى شَيَاطِيْنِهِمْ قَالُوْا اِنَّ مَعَكُمْ اِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِؤُوْنَ
"Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanya berolok-olok".
اِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِءُ وْنَ
"Kami hanyalah berolok-olok".
فِى طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُوْنَ
"Mereka terumbang-ambing dalam kesesatan".
اُوْلَئِكَ الَّذِيْنَ اشْتَرَوْا الضَّلاَلَةَ بِالهُدَى فَمَارَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوْا مُهْتَدِيْنَ
"Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perningaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk".
Wednesday, December 26, 2007 |
APAKAH INI GAMBARAN PERJUANGAN PKR?
Wednesday, December 19, 2007 |
ANWAR IBRAHIM -KONFLIK IDENTITI
Wednesday, December 19, 2007 |
PARTI ISLAM MELAKUKAN RASUAH
Wednesday, December 19, 2007 |
BERAMAI-RAMAI MENINGGALKAN PAS-PARTI AJARAN SYAITAN
UNTUK MEMASTIKAN ISLAM TERUS BERSINAR MEGAH DI MALAYSIA, SELURUH AHLI PAS PERLU YAKN DAN PERCAYA BAHAWA MEREKA PERLU MENINGGAL PAS. PAS TERNYATA SEBUAH PARTI YANG MENDIDIK MANUSIA KE ARAH KEMUNAFIKAN YANG NYATA.APA TIDAKNYA KEPIMPINANNYA BANYAK TERPENGARUH DENGAN GAYA POLITIK MICHEVELLI.PAS TIDAK MENDASARI ISLAM KERANA PAS SUKA MEMPERSENDAKAN HUKUM ALLAH.BAYANGKANLAH BUAT UNDANG-UNDANG ISLAM, TETAPI UNTUK KEPENTINGAN POLITIK BUKANNYA MENGHARAPKAN MARDHATILLAH.
Wednesday, December 19, 2007 |
2 KAEDAH PROVOKASI (LAKONAN) TIAN CHUA UNTUK MENYATAKAN DIRINYA DIANIAYA POLIS
Wednesday, December 12, 2007 |
3 WAJAH MUSTAFA ALI NAIK GILA
TENGOK ANAK MATA MUSTAFA ALI.DAH JULING KE ATAS DAN MACAM ORANG TAK SEDAR (NAK GILA/SAWAN BABI).ORANG GANU KENAL PENYAKIT MUSTAFA ALI INI.MACAM SAWAN BABI LA JUGA.
Wednesday, December 12, 2007 |
MENGAPA SEKARANG BARU JUAK JUAK PEMBANGKANG INGIN BERUNDING
Mereka membentuk satu pakatan untuk bertemu dengan Pak Lah.Berikut ialah senarai parti politik dan ngos yang ingin bertemu Pak Lah atas dasar kononnya negara sekarang sudah tidak tenteram.
Parti Politik :
1 Democratic Action Party (DAP)
2 Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)
3 Parti Sosialis Malaysia (PSM)
4 Parti Islam se-Malaysia (PAS)
NGOs
1 Center for Independent Journalism (CIJ)
2 Centre for Policy Initiatives
3 Citizen Think Tank
4 Civil Rights Committee (KLSCAH)
5 Concerned Citizens Group
6 Gabungan Mansuhkan ISA (GMI)-MELAYU
7 Jemaah Islah Malaysia (JIM)-MELAYU
8 Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas)
9 Labour Resource Centre (LRC)
10 Malaysians Against the Death Penalty and Torture (MADPET)
11 National Human Rights Society (HAKAM)
12 National Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
13 Police Watch and Human Rights Committee
14 Research for Social Advancement (REFSA)
15 Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
16 Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
17 Youth For Change (Y4C)
PERSOALANNYA :
Wednesday, December 12, 2007 |
MAT SABU MEMILIH KENDERAAN PACUAN 4 RODA
Wednesday, December 12, 2007 |
GELAGAT PEMIMPIN PAS BILA BERHADAPAN DENGAN ARTIS
Tuesday, December 11, 2007 |
MAT SABU AYAH YANG MALANG
Tuesday, December 11, 2007 |
BERSIHKAN BADAN KEHAKIMAN ATAU MAJLIS PEGUAM?
Monday, December 10, 2007 |
PENULIS BLOG ROCKY'S BRU KAKI ARAK
Monday, December 10, 2007 |
KERAJAAN PAS KELANTAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN DALAM HAL BERTUDUNG
PAS tidak paksa artis pakai tudung
Thursday, 06 December 2007
KOTA BHARU: Kerajaan negeri tidak pernah mengenakan sebarang paksaan atau syarat terhadap wanita termasuk artis yang berkunjung ke negeri itu untuk menutup aurat atau memakai tudung. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan Sains dan Teknologi Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri hanya meminta supaya wanita, terutama artis yang datang ke negeri ini berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.
“Tiada syarat yang memaksa mana-mana artis wanita yang berkunjung ke negeri ini memakai tudung, selalunya langkah menutup aurat atau bertudung dilakukan dengan kerelaan artis itu sendiri,” katanya. Beliau berkata demikian selepas sesi dialog ‘Sinema Majid Majidi, Moral dan Kemanusiaan’ yang diadakan sempena Mini Fest Kelantan 2007 di sini. Beliau mengulas dakwaan bahawa kerajaan negeri mengenakan paksaan terhadap artis wanita yang dijemput datang ke negeri ini untuk memakai tudung, termasuk artis terkenal tanah air, Maya Karin yang merupakan panel dalam sesi dialog berkenaan.
Monday, December 10, 2007 |
MAT SABU GAGAL MENUNJUKKAN CONTOH ISLAM YANG BAIK
Monday, December 10, 2007 |
LAGI BUKTI HINDRAF DISEBALIK PAS
(In Kelantan (where we were brought up), even the fundamentalist Islamic PAS government in Kelantan and PAS branches had never objected to the Sivan Hindu temple being located in the midst of a 99.99% Malay village in Kota Bahru. In fact the said Kelantan PAS Chief Minister had granted a bigger one acre nearby land for this Hindu temple to be properly relocated built and expanded as the said whole malay village had to make way for the Kota Baru town expansion. This brand new Hindu temple now sits majestically in the heart of Kota Bahru town. Further, the Sri Maha Mariamman Hindu Temple in the fundamental Islamic PAS stronghold in Tumpat, Kelantan is also surrounded by 99.99% Malays but we never ever had problems…..)
- Hindraf in www.bangkit.net
Kerajaan yang diterajui PAS di Kelantan tidak pernah merobohkan satu pun kuil Hindu atau kuil Buddha. Malah, patung Buddha berbaring yang terbesar di Asia Tenggara bukanlah di Thailand tetapi di Kelantan, di Kampung Neting, Tumpat, di tempat saya dibesarkan. Kerajaan PAS tidak merobohkan kuil-kuil, hanya kerajaan UMNO yang merobohkan kuil-kuil…..(The PAS-led government in Kelantan has not broken a single Hindu or Buddhist temple. In fact the largest sleeping Buddha in Southeast Asia is not in Thailand but in Kelantan in Kampung Neting, Tumpat, where I grew up. The PAS-led government does not break temples, only the Umno-lead government breaks temples…..)- Uthayakumar in malaysiakini.com
Monday, December 10, 2007 |
SAH DIBELAKANG HINDRAF IALAH PAS
Monday, December 10, 2007 |
HUSAM JUGA MAKAN RASUAH....
Monday, December 10, 2007 |
Nasib Si Mat Sabu:Jual Maruah Islam
Monday, December 10, 2007 |