Dec
30
PAS PULAU PINANG TERUS BERBOHONG
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG


Gerakan boleh terus terajui P. Pinang jika sertai BA- PAS
Friday, 28 December 2007
PULAU PINANG: PAS mencadangkan agar Gerakan dan Parti Progresif Rakyat (PPP) keluar dari Barisan Nasional (BN) dan bersama-sama dengan Barisan Alternatif (BA) bagi memperjuangkan hak untuk semua kaum di negara ini.
"Saya sendiri secara peribadi bersedia untuk berbincang dengan pimpinan BA untuk membolehkan Gerakan terus memimpin Pulau Pinang jika BA menang dalam pilihan raya umum nanti di samping kedudukan yang sesuai untuk para pemimpin PPP dalam kerajaan," kata Dr Mujahid Yusof Rawa, AJK PAS Pusat.Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu yakin Gerakan mampu bersama dengan arus perubahan yang sedang melanda rakyat pelbagai kaum di negara ini sekarang. siasahdaily.blogspot.com/