feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

SAMPAI BILA PARTI GERAKAN BIARKAN PARANJOTHY

TAN SRI KOH, TERNYATA TIDAK TEGAS DI DALAM KES PENGHINAAN PARANJOTHY TERHADAP UMNO.WALAUPUN IANYA BUKAN SUARA PARTI GERAKAN, TETAPI PERLU DI INGAT ADALAH SUARA TERSIRAT GENERASI MUDA KEPIMPINAN DALAM PARTI GERAKAN.
SAMPAI BILA TAN SRI KOH BOLEH BERFIKIR DAN TERSENYUM?UMNO DIHINA DAN DICERCA DENGAN SENGAJA.

ULASAN DATO' SERI NAJIB.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Najib menegaskan kenyataan Naib Ketua Pemuda Gerakan S. Paranjothy bahawa Umno adalah punca kaum India terpinggir di negara ini adalah tidak berasas dan telah melanggar disiplin gabungan berkenaan. Namun jelasnya, beliau yakin pandangan itu bukanlah mencerminkan pendirian Gerakan tetapi sebaliknya hanya pandangan peribadi Paranjothy. Sehubungan itu beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti Gerakan untuk tindakan sewajarnya. "Saya percaya parti Gerakan tahu apa yang harus mereka lakukan, sebab dalam kita menghadapi tekanan pihak tertentu, kita tidak boleh berpecah sebagai satu keluarga politik... keluarga politik kita ialah Barisan Nasional," katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan banjir Umno Taman Selasih, di Paloh Hinai, Pekan hari Khamis. Mengulas Naib Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy kini berhadapan dengan tindakan disiplin parti itu kerana mengkritik kerajaan dan UMNO secara keterlaluan dan membangkitkan dan membesarkan isu yang dianggap telah selesai. Memang itulah yang sewajarnya diambil terhadap pemimpin dalaman Barisan Nasional (BN) yang bertindak ibarat ‘meludah ke langit, akhirnya terkena muka sendiri.” Persoalannya sekarang ialah S. Paranjothy tidak lagi membawa suara Gerakan atau BN, sebaliknya seirama dengan suara Hindraf yang mendakwa kaum India di negara ini telah disisihkan dan UMNO adalah musuh utama mereka.
Oleh kerana Paranjothy yakin dan percaya, malah mempertahankan kenyataannya itu dan dengan bangganya memberitahu beliau tidak merasa kesal terhadap sebarang tindakan yang dikenakan terhadapnya, eloklah beliau diberi kesempatan untuk membuktikan dakwaan-dakwaannya itu.