PERJUANGAN MAJLIS PEGUAM HAMPIR SAMA DENGAN MODUS OPERANDI PARTI POLITIK DAN KUMPULAN PENDESAK YANG LAIN.TIADA BEZANYA LAGI.
Badan Guaman semakin kotor apabila peguam sendiri menegakkan undang-undang dengan cara berdemonstrasi dan mereka sendiri tidak menghormati undang-undang.Negara akan menjadi KACAU BILAU apabila pengamal undang-undang sendiri melanggar undang-undang dan ingin mencipta undang-undang sendiri.Mengapakah Majlis Peguam seperti parti politik?Inilah akibatnya apabila peguam tidak profesional walaupun kerjayanya tergolong dalam bidang kerja ikhtisas.Mereka lebih menyakini bahawa demonstrasi lebih baik daripada undang-undang.Jika ini berlaku,dicadangkan supaya kerjaya peguam tidak diwujudkan kerana peguam sendiri membelakangkan undang-undang dan mereka sendiri mencabar keluhuran perlembagaan.