feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

MUNAFIKNYA INSAN BERNAMA ANWAR IBRAHIM

ORANG MUNAFIK MUDAH BERLAKON BAIK DIHADAPAN ORANG RAMAI.
ANWAR DAHULU SEWAKTU BERADA DI DALAM KERAJAAN, BARISAN PEMBANGKANG DI ANGGAP DAN DISELAR SEBAGAI DUNGU, BANGANG, DAN BAHLOL.PAS TIDAK ISLAMIK.DAP PARTI YANG AKAN MEMBUNUH MELAYU. TETAPI SEKARANG SEMUA DAH JADI KAWAN ANWAR DAN ANWAR BOLEH TUKAR 360 DARJAH CAKAP-CAKAPNYA DAHULU.INILAH SALAH SATU SIFAT MUNAFIK. BERKAWAN DENGAN ORANG MUNAFIK, BERERTI KITA JUGA TURUT AKAN JADI MUNAFIK.MELANTIK PEMIMPIN DIKALANGAN ORANG MUNAFIK, SAMALAH BERERTI KITA MAHUKAN RAKYAT MALAYSIA SEMUANYA JADI ORANG MUNAFIK. UNTUK MERAHMATI RAKYAT DINEGARA INI, KITA PERLU BUANG DAN TOLAK DSAI.BERIKUT IALAH SECEBIS CONTOH TINDAKAN MUNAFIK DSAI :


Semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, para lantikannya di Jabatan Penuntut Malaysia bukan sahaja menghalang pelajar daripada menganjur dan menghadiri majlis oleh pihak pembangkang (seperti Fadzil Noor, Hadi Awang, Mustafa Ali, Muhammad Sabu, Lim Guan Eng dan sebagainya) tetapi juga menggantung biasiswa mereka yang engkar. Sewaktu Anwar melawat London sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1997, pelajar yang menghadiri majlis beliau di Dewan Malaysia disaring terlebih dahulu oleh Jabatan Penuntut Malaysia dan hanya soalan tertentu (yang tidak begitu kritikal) diizinkan untuk ditanya kepada beliau.


Di universiti tempatan juga tidak kurang hebatnya gerakan Anwar. Mempergunakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Pelajar Islam Kebangsaan (PKPIM), Anwar menyalurkan bantuan kewangan dan latihan menerusi Institut Kajian Dasar (IKD)bagi menguasai pilihan raya kampus di IPT tempatan. Di Universiti Malaya umpamanya, kumpulan pro kerajaan pada tahun 1990-an dikuasai oleh dua kelompok iaitu tulen pro kerajaan dengan assobiyah PKPIM/ABIM.

Jika kumpulan pro kerajaan menang, hampir semua keputusan pemilihan pucuk pimpinan pelajar Universiti Malaya akan ditentukan dalam mesyuarat PKPIM terlebih dahulu sebelum dibawa kepada para pemimpin pelajar yang menang bertanding. Anwar menguasai sepenuhnya sehinggakan sebarang kritikan atau teguran terhadap kerajaan harus mendapat restu IKD terlebih dahulu. Sekarang apabila Anwar berada di barisan pembangkang, masalah yang sama datang menghantui beliau. Tetapi Anwar jangan lupa bibit-bibit negatif ini disemai oleh dirinya sendiri sewaktu berkuasa dahulu.

Berkata Ibn Abi Hatim radiallahu 'anhu:

"Mereka (orang-orang munafik) mudah melahirkan ucapan (لا اله الا الله) kerana inginkan agar terselamat darah dan harta mereka, tidak ada niat mereka selain yang demikian."
Berkata Sa'id dari Qatadah:
"Sifat-sifat orang munafik itu banyak: Buruk akhlaknya, jika benar lisannya namun bertentangan dengan hatinya, amat bertentangan amalannya kerana diwaktu pagi ia melakukan yang benar dan diwaktu petang pula ia melakukan yang sebaliknya".
Sifat orang munafik itu penipu. Firman Allah:
يُخَادِعُوْنَ اللهَ وَالَّذِيْنَ آمَنُوْا
"Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman"
Orang munafik tidak termasuk orang yang beriman:
وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِيْنَ
"Dan sebenarnya mereka (orang-orang munafik) bukanlah orang-orang yang beriman".
Orang munafik berpenyakit hati:
فِى قُلُوْبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللهُ مَرَضًا
"Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya".

Orang munafik pembuat kerosakan di dunia:
اَلاَ اِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُوْنَ وَلَكِنْ لاَ يَشْعُرُوْنَ
“Ingatlah! Mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar".
Orang munafik adalah orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu dan menyedari tentang kebodohannya:
اَلاَ اِنَّهُمْ هُمُ السُّفُهَاءُ وَلَكِنْ لاَّ يَعْلَمُوْنَ
"Ingatlah! Sesungguhnya mereka orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu".
Orang munafik tergolong dalam golongan syaitan:
وَاِذَا خَلَوْا اِلَى شَيَاطِيْنِهِمْ قَالُوْا اِنَّ مَعَكُمْ اِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِؤُوْنَ

"Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanya berolok-olok".
Sifat orang-orang munafik suka mengolok-olokkan, memperlekeh (mempermain-mainkan) agama Allah:
اِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِءُ وْنَ
"Kami hanyalah berolok-olok".
Sifat atau sikap orang munafik tidak ada pendirian dan terumbang-ambing:
فِى طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُوْنَ
"Mereka terumbang-ambing dalam kesesatan".
Orang-orang munafik membeli (mengambil) kesesatan (bid'ah kekafiran dan kesyirikan) dengan meninggalkan petunjuk sunnah (keimanan), mereka tidak akan berjaya dalam perniagaan mereka:
اُوْلَئِكَ الَّذِيْنَ اشْتَرَوْا الضَّلاَلَةَ بِالهُدَى فَمَارَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوْا مُهْتَدِيْنَ
"Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perningaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk".
INILAH YANG ADA PADA BARISAN KEPIMPINAN PKR, DSAI DAN KAMARUDDIN JAAFAR (SETIAUSAHA AGUNG PAS)