feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

YANG PASTINYA BUKAN PEMIMPIN UMNO DALAM DVD "X" DI MUAR DAN BATU PAHAT

SIAPAKAH YANG MEMBINTANGINYA?PROPAGANDA ATAU REALITI MENJELANG PILIHANRAYA?MENGAPA LIM GUAN ENG YANG BERSUARA DAN MENGELUARKAN KENYATAAN BAHAWA "YANG PASTINYA IANYA BUKAN DARI KALANGAN KEPIMPINAN PEMBANGKANG...
SEKALI LAGI BARISAN PEMBANGKANG CUBA MENGAIBKAN UMNO DALAM KES PENYEBARAN DVD LUCAH DI SEKITAR MUAR DAN BATU PAHAT.NAMUN, HAKIKATNYA, IANYA BUKAN DILAKUKAN OLEH ORANG MELAYU.Menurut laporan akhbar Cina itu, cakera padat digital (DVD) lucah itu mengandungi perlakuan seks disyaki antara seorang ahli politik terkemuka tanah air dengan pasangannya, seorang wanita penjual bunga

KENYATAAN AGENDA DAILY:

DVD yang didakwa mengandungi adegan hubungan seks antara seorang pemimpin politik nasional berasal dari Johor dengan seorang wanita berusia 20-an kini tersebar di Muar Batu Pahat dan Tangkak tidak melibatkan pemimpin dari UMNO.Sumber-sumber memberitahu Agendadaily wajah lelaki dalam DVD itu bermirip macam seorang pemimpin kanan dari sebuah parti komponen Barisan Nasional dan berjawatan dalam kerajaan.Namun begitu setakat ini belum ada sebarang pengesahan rasmi.Utusan Malaysia Isnin melaporkan rakaman hubungan seks itu yang diambil menerusi kamera litar tertutup (CCTV) selama sejam dipercayai dirakamkan di dalam sebuah bilik hotel.Sementara itu Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting yang ditemui para wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur hari ini enggan mengulas mengenai isu DVD itu.

KENYATAAN UTUSAN MALAYSIA:

Menurut laporan Utusan Malaysia, DVD yang didakwa mengandungi adegan hubungan seks antara seorang pemimpin politik nasional berasal dari Johor dengan seorang wanita berusia 20-an kini tersebar di Muar dan Tangkak sejak semalam.Selepas penyebaran meluas secara percuma di Muar kelmarin, DVD tersebut dikatakan mula disebarkan pula ke daerah Batu Pahat hari ini.Rakaman hubungan seks itu yang diambil menerusi kamera litar tertutup (CCTV) selama sejam dipercayai dirakamkan di dalam sebuah bilik hotel.Bagaimanapun, lokasi hotel itu tidak diketahui.


Sejak laporan mengenai DVD itu tersiar dalam beberapa akhbar berbahasa Cina hari ini, DVD tersebut dikatakan ‘disembunyikan’ oleh para pengedar kerana bimbang tindakan polis.DVD itu mengandungi dua bahagian iaitu A dan B yang diedar secara percuma di beberapa lokasi sejak malam semalam.Bahagian A memaparkan aksi lucah hubungan seks antara seorang lelaki yang didakwa sebagai pemimpin politik dengan seorang wanita menggunakan satu kamera CCTV.Bahagian B pula menayangkan rakaman hubungan seks dari empat penjuru dari pada kamera CCTV berlainan melibatkan ‘pelakon’ yang sama.


Berdasarkan gerak tubuh dan bayangan dalam DVD itu, masyarakat di Muar percaya ia hampir 70 peratus menyerupai wajah pemimpin politik tersebut.Namun, percakapan serta wajah pemimpin itu dari dekat tidak begitu jelas digambarkan di dalam DVD itu.Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail yang dihubungi Utusan Malaysia petang ini memberitahu, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung penyebaran DVD itu.“Sehingga petang ini belum ada laporan yang diterima, justeru kita tidak boleh siasat dan buat apa-apa kenyataan setakat ini,” katanya.