feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS AKUR DENGAN IDEA PEMIMPIN BESAR UMNO ALLAHYARHAM TUN ABDL RAZAK

PAS ADALAH PARTI YANG PALING HEBAT MENGKRITIK FELCRA DAN FELDA HASIL IDEA ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK. TETAPI AKHIRNYA IDEA TUN TELAH BERJAYA MEMBANTU MEMBANGUNKAN KELANTAN.PAS AKUR DAN BERTERIMA KASIH KEPADA UMNO.BOLEHKAH PAS MASUK UMNO?

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan kini mempunyai sumber kewangan baru apabila Felcra Berhad menyerahkan semula tanah ladang seluas 1,400 hektar, yang diusahakan agensi itu sejak 20 tahun lalu, kepada kerajaan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa berkata penyerahan tanah itu melibatkan empat kawasan iaitu di ladang Panggung Lalat 1, 3 dan 4 di Gua Musang yang diusahakan dengan tanaman getah serta ladang Gual Tambun di Rantau Panjang yang ditanam dengan kelapa sawit.
“Tanah ladang ini akan memberi pendapatan kira-kira RM900,000 sebulan kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Husam berkata tanah yang diusahakan oleh Felcra adalah milik kerajaan negeri dan agensi itu turut bersetuju membayar sebanyak RM5.9 juta kepada kerajaan negeri sebagai ganjaran kerana mengusahakan tanah berkenaan.“Hari ini Felcra telah membuat bayaran kedua sejumlah RM2.3 juta manakala bakinya sebanyak RM1 juta akan dijelaskan kemudian,” katanya.Husam berkata penyerahan tanah ladang itu merupakan keputusan bersama antara kerajaan negeri dengan Felcra dalam satu perundingan selama empat tahun.“Kita (Kerajaan Kelantan) hanya mengambil 70 peratus daripada tanah yang diusahakan oleh Felcra manakala 30 peratus lagi diberikan kepada agensi itu untuk diusahakan,” katanya.Katanya ladang itu akan diuruskan oleh Perbadanan Menteri Besar dan yakin hasil yang diperolehi kelak mampu membantu golongan susah di Kelantan.

“Majlis penyerahan secara rasmi ladang berkenaan akan dibuat pada 12 Dis ini di Panggung Lalat dan akan dihadiri Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.