EZAM MD NOOR RENTETAN OLAHAN SEBUAH PERJUANGAN
BERSALAM DENGAN PEMIMPIN BESAR YANG BERJUANG MEMBAWA PERUBAHAN DI DALAM UMNO
Thursday, May 29, 2008 |
KARPAL THE SUPER HERO VS KETUANAN MELAYU
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
( Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—
(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau
(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau
(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.
Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.
Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.
Thursday, May 29, 2008 |
SUPERDET PENENTANG ULTRA ABDULLAH
Kemelut Dengan PM Tak Perlu Libatkan Agong – Dr. Mahathir
Thursday, May 29, 2008 |
EZAM TIADA NILAI BAGI PKR KATA PIMPINAN AMK
Wednesday, May 28, 2008 |
EZAM DI TUDUH MUNAFIK OLEH PEMBANGKANG
TOHMAHAN PEMBANGKANG EZAM MUNAFIK
Wednesday, May 28, 2008 |
EZAM SEKUTU NAJIB UNTUK TUMBANGKAN PAK LAH
NAJIB VS EZAM ATAU NAJIB +EZAM-PAK LAH=PERUBAHAN KUASA DALAM UMNO
ATAU
EZAM+KHAIRY-(NAJIB+MUKHRIZ+HISHAMUDDIN)=PENGEKALAN KUASA DALAM UMNO.
Wednesday, May 28, 2008 |
EZAM : BENARKAH PEJUANG UMNO DAN PETUALANG PKR
Ulang tahun ke 62 UMNO menjanjikan perubahan dan reformasi pada UMNO. UMNO kalah banyak kerusi di dalam PRU 12 dan UMNO menerima seorang bekas kepimpinan pemuda UMNO dahulu.Dialah Ezam Md Nor.
JAWAPAN KEPADA TAJUK :
PENTING..... EZAM AKAN DEDAHKAN BAHAYA ANWAR PADA UMAT ISLAM. SIDANG MEDIA TERGEMPAR EZAM MOHD NOOR ESOK BERTEMPAT DI SHAH VILLAGE HOTEL PETALING JAYA JAM 11.00 PAGI - 29/05/2008 SELURUH UMAT ISLAM DAN ORANG MELAYU DI JEMPUT HADIR.
Wednesday, May 28, 2008 |
28 MEI JANJI TERMETERAI AHLI SEUMUR HIDUP EZAM DALAM UMNO
1. Bagaimanakah kes rumah Ezam dan beberapa kes yang didedahkan oleh Lokman tentang diri beliau?
2. Mengapakah beliau meninggalkan PKR?sedangkan Anwar adalah mahagurunya?Apakah ini tektikal Ezam membawa Anwar masuk semula ke dalam UMNO?
3.Benarkah tiada keraguan tentang kemasukan Ezam ke dalam UMNO?
4. Ezam memilih UMNO bermakna Ezam bersedia menerima serangan pembangkang khususnya dari rakan-rakan reformasi dan PAS sendiri.Ezam sudah pasti mempunyai pertahanan dan hujah yang kukuh sekiranya beliau di serang.
5. Bolehkah Ezam diterima oleh ahli UMNO dan kepimpinan UMNO setelah sekian lama beliau membogelkan beberapa kepimpinan kanan UMNO?
6.Ezam menyatakan Anwar tidak menjaga hak keistimewaan kaum Melayu.Benarkah?Ezam punyai bukti kukuh dalam hal ini.
Wednesday, May 28, 2008 |
MUFTI PERAK SOKONG ISLAM HADHARI.MENGAPA PAS MENENTANG?
Wednesday, May 28, 2008 |
UMNO MEMILIH EZAM UNTUK APA?INILAH TUGAS EZAM SEBELUM INI
Wednesday, May 28, 2008 |
PULAU PINANG NEGERI KEDUA HARAMKAN RUKUN ISLAM DAN IMAN
SUMBER : MALAYSIA KINI -P. Pinang haramkan Islam hadhari
Jimadie Shah Othman May 27, 08 12:42pm
Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor yang melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri."Negeri (Pulau Pinang) akan mengambil tindakan yang sama dalam masa terdekat," kata timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin kepada Malaysiakini hari ini.Tarikh pelaksanaannya bagaimanapun tidak dinyatakan.Beliau bersetuju dengan langkah yang diambil oleh exco hal-ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali seperti diumumkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.Wakil rakyat Gombak Setia itu dilaporkan berkata, semua masjid dan surau di Selangor diarah tidak mengadakan sebarang program yang menyentuh konsep Islam itu yang diperkenal perdana menteri sejak empat tahun lalu."Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup. "Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," katanya.Mohammad Fairus, yang juga exco hal-ehwal Islam Pulau Pinang, berkata langkah negeri ini tidak bermotifkan politik, sebaliknya untuk "mengembalikan ajaran Islam yang sebenar."Beliau, juga seorang lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam."Ajaran Islam sekarang sudah sempurna (seperti dinyatakan dalam al-Quran). Jadi, tidak perlu dibuat sebarang tokok tambah lagi," katanya.Mohammad Fairus juga menganggap pendekatan Islam hadhari seolah-olah mewujudkan mazhab baru dalam Islam."Sedangkan kita tahu, (kemunculan) mazhab dalam Islam diketuai oleh ulama-ulama besar," katanya.Beliau juga berkata "Islam hadhari" itu salah dari sudut penggunaan bahasa Arab. "Mana ada Islam hadhari, yang ada hadharah Islamiah (ketamadunan Islam). Kalau orang Arab datang ke Malaysia, dia pun tak faham maksudnya (Islam hadhari)," katanya.
Wednesday, May 28, 2008 |
EZAM MASUK UMNO?
SUMBER :MALAYSIAKINI
Bekas ketua Angkatan Muda (AMK) PKR) Ezam Mohd Noor akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang ini.Pertemuan tersebut dipercayai berhubung soal kemasukan semula bekas orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu ke dalam Umno.Difahamkan beliau akan menemui Abdullah jam 3 petang ini.Ezam bagaimanapun tidak menyatakan tempat dan tujuan pertemuan itu akan diadakan.Difahamkan, pertemuan tersebut dijangka diadakan di Parlimen.
Sejak dua minggu lalu, timbul desus-desas yang mengadakan Ezam akan menyertai semula Umno.Bagaimanapun, sehingga ini, Ezam boleh mengesahkan perkara itu.Ezam dijadual mengadakan sidang esok dipercayai berhubung hasil pertemuan dengan perdana menteri hari ini.
Wednesday, May 28, 2008 |
PAS SELANGOR PERTAHAN JUDI DAN ARAK.TAHNIAH PAS
Saidah Hairan Tue May 27, 08 3:53:23 pm MYT
SHAH ALAM, 27 Mei (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudaan Awam Negeri, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali tidak membenarkan sebarang program yang berkaitan dengan konsep Islam Hadhari dilaksanakan di negeri Selangor.
Kerajaan adil dan beramanah
Rakyat berjiwa merdeka
Penguasaan ilmu pengetahuan
Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
Kehidupan berkualiti
Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
Keutuhan budaya dan moral
Pemeliharaan alam semula jadi
Kekuatan pertahanan
Beliau berkata, Islam yang diamalkan dari dulu hingga sekarang tidak pernah berubah kerana ia sudah meliputi pengkhususan cara hidup yang lengkap.
Dalam pada itu beliau turut mengingatkan mana-mana imam yang membaca khutbah berunsurkan politik atau berkonsepkan Islam Hadhari, tauliahnya akan ditarik.
Ini kerana tambah beliau, di Selangor terlalu banyak maksiat bukan saja judi, persetubuhan haram, jual arak, malah tidak berpuasa di bulan ramadan dan sebagainya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Adun (Umno) daripada Sungai Panjang, Seri Serdang dan Sungai Burong.
Wednesday, May 28, 2008 |
HARAM ISLAM HADHARI BERERTI HARAMKAN RUKUN IMAN DAN ISLAM.
SHAH ALAM, 27 Mei (Hrkh) - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang pertama selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program yang ada kaitan dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di negeri itu.
Wednesday, May 28, 2008 |
ISU MURTADNYA FATIMAH.
Penjelasan YDP Maipp berhubung isu murtad
Mohd Sabri Said Sat May 10, 08 1:19:23 pm MYT
PULAU PINANG, 10 Mei (Hrkh) - Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya menjelaskan, pihaknya tidak pernah mengabaikan kebajikan saudara baru (mualaf) sebaliknya meyediakan Unit Ukhwah di Jabatan Agama Islam untuk merancang berbagai program bagi manafaat golongan itu. Berhubung isu Siti Fatimah Tan Abdullah, 39, yang dibenarkan murtad oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dua hari lalu beliau menegaskan, Maipp tidak boleh berbuat apa-apa kerana beliau sendiri (Siti Fatimah) tidak menunjukkan minat untuk mengikuti aktiviti yang disusun oleh unit berkenaan bahkan pernah dikaunseling kerana sibuk keluar negara bersama suaminya warga Iran, Ferdoun Ashanian.
Thursday, May 22, 2008 |
DAHULU BN BERI LEBIH DARIPADA BERAS.KEMANA PERGI WANG RM 600 000 ?
Kerajaan Pulau Pinang sumbang RM130 ribu bantu fakir miskin
Mohd Sabri Said Wed May 21, 08 2:11:01 pm MYT
PULAU PINANG, 21 Mei (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM130 ribu bagi membantu 7642 orang fakir miskin di lima daerah serentak seluruh Pulau Pinang baru-baru ini. Ketua Menteri, Lim Guan Eng antara empat tokoh kepimpinan negeri turut turun padang menyampaikan bantuan melibatkan 7642 kampit beras seorang. Lim sendiri menyampaikan di dua lokasi iaitu di Kompleks Penyayang kepada 2013 fakir miskin membabitkan kawasan Timur Laut dan di Pekarangan Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Butterworth melibatkan daerah Seberang Perai Utara seramai 1333.
Thursday, May 22, 2008 |
BARISAN ALTERNATIF BARISAN BABI (BABI)
BUKAN MUDAH MENUNGGANG MOTOSIKAL BERUPA BABI.HANYA MEREKA YANG CEKAL DAN TABAH SAHAJA YANG SANGGUP MENYAMAKNYA.
Kampung Melayu yang Tan Sri Khalid bakal musnahkan ialah Kampung Tumbuk Darat, Tanjung Sepat, Tanjung Laut, Kampung Layang, Kundang dan Kampung Indah .Kesemua kampung ini terletak di daearah Kuala Langat. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek ternakan babi berpusat secara moden di Ladang Tumbuk, Kuala Langat di Selangor akan diteruskan dengan memantapkan lagi proses pelaksanaannya. Beliau berkata kawasan projek ternakan babi itu sudah menjadi ladang haiwan babi utama di negeri ini dan ia memenuhi keperluan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan kerajaan negeri.
Wednesday, May 14, 2008 |
RAJA PETRA YANG GILA DAN MENCARI PUBLISITI MURAHAN
Wednesday, May 07, 2008 |
KETUANAN BABI LEBIH DI UTAMAKAN DARI KETUANAN MELAYU
Tuesday, May 06, 2008 |
LITAR MAT REMPIT BUKTI PAS LIDAH BERCABANG
Thursday, May 01, 2008 |
ISLAM DAN BUKAN PARTI ISLAM
Hanya Islam sebagai penyelamat Ketuanan Melayu - Presiden PAS
Azamin Amin Foto Nasir Sudin, Wan Zahari Wed Apr 30, 08 2:11:29 pm MYT
Thursday, May 01, 2008 |