feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

HARAM ISLAM HADHARI BERERTI HARAMKAN RUKUN IMAN DAN ISLAM.

KAKI BAHAM DUIT RAKYAT SEMASA MENJADI MP DI PARIT BUNTAR. SEMUA PROGRAM BERSAMA MP MESTI BERBAYAR.BAGAIMANA DENGAN GADIS BRASTAGI WAHAI USTAZ HASAN ALI AL MERAPU?
Selangor haramkan Islam Hadhari - Dr Hassan Ali

Harakahdaily Tue May 27, 08 9:55:44 am MYT
SHAH ALAM, 27 Mei (Hrkh) - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang pertama selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program yang ada kaitan dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di negeri itu.

"Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup. "Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dato' Dr Hassan Mohamed Ali semasa menggulung perbahasan di hari akhir sidang DUN itu di Shah Alam Isnin. Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.
ULASAN :
Seperkara yang amat menggelikan hati saya ialah kenyataan sombong Hassan Ali seorang yang hipokrit sewaktu berada di dalam kerajaan dahulu. Dengan sombong, beliau menyatakan bahawa Selangor haramkan Islam Hadhari. Yang peliknya, Selangor tidak haramkan babi dan kilang arak.Apa punya bodoh Hassan Ali sanggup mengharmkan rukun Iman dan Islam. Hassan Ali wajib mengucap syahadah semula atau beliau telah menghampiri kelinciran akidah.Prinsip pertama Islam Hadhari ialah iman dan taqwa. Jika dikupas dengan lebih lanjut, iman itu merujuk kepada kekuatan rukun iman dan rukun Islam. Amalan Islam Hadhari yang menjunjung rukun Iman dan Islam akan diharamkan. Demi DAP dan PKR, Hassan Ali haramkan rukun Iman dan Islam tetapi halalkan babi dan arak di Selangor.Kegagalan Hassan Ali terpampang dengan kebodohan beliau memahami dan menilai konsep Islam Hadhari.Sekiranya Hassan Ali menyatakan bahawa konsep islam Hadhari adalah menyalahi Islam, bagaimanakah pula dengan konsep Islam Kebajikan.Dalam Islam sememangnya telah ada Islam Kebajikan.Hujah Hassan Ali sebenarnya memakan dirinya sendiri.Analoginya mudah sahaja, Islam Kebajikan yang diperjuangkan juga adalah haram kerana nilai kebajikan telah lama ada di dalam Islam.