feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

EZAM TIADA NILAI BAGI PKR KATA PIMPINAN AMK

KUALA LUMPUR, 28 Mei (SK)- Kemasukan Pengerusi Gerakan Anti-Korupsi (Gerak) Ezam Md Noor kedalam Umno bukan isu besar buat KeADILan, kata Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff. Tegasnya lagi, KeADILan lebih fokus kepada menarik sokongan belia khususnya selepas kemasukan 11,000 anak muda ke dalam Angkatan Muda KeADILan (AMK) di Pulau Pinang baru-baru ini. “Kemasukan pengerusi Gerak bukan isu bagi kami. KeADLan lebih berminat untuk membincangkan sokongan hebat yang diterima dari segenap lapisan belia,” kata peguam muda itu. Tambah beliau lagi, KeADILan membuka peluang kepada pemimpin mudabukan seperti Umno yang menyekat peluang anak muda melainkan kroni dan ahli keluarga. “Hal ini telah terbukti dalam pilihanraya lalu, dan KeADILan melahirkan ramai pemimpin-pemimpin baru yang bakal memberi harpan ke dalam politik Malaysia,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan. Menyentuh hal yang sama, Naib Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin berkata kemasukan Ezam tidak memberi impak kepada sayap pemuda KeADILan itu.
“Ianya tidak memberi sebarang impak kepada KeADILan dengan penyertaan beliau, hanya catatan sejarah sahaja,” katanya tadi ketika diminta mengulas mengenai penyertaan Ezam kedalam Umno. Menurutnya lagi ahli-ahli KeADILan menyertai parti ini adalah kerana perjuangan bukannya diatas sebab seseorang individu dan jelasnya semua ahli faham mengenai hal itu. “Sebagai yang telah berjuang, saya hanya mampu mengucapkan kepada Ezam Selamat Maju Jaya keatas Ezam kerana penyertaan beliau kedalam Umno,” katanya.
DAHULU MEREKA JUGA YANG BERIA IA MEMINTA EZAM JANGAN MASUK UMNO. TIBA-TIBA SEKARANG EZAM TIADA NILAI.SIAPAKAH YANG MUNAFIK?EZAM ATAU AMK?