feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

ISU MURTADNYA FATIMAH.



Penjelasan YDP Maipp berhubung isu murtad
Mohd Sabri Said Sat May 10, 08 1:19:23 pm MYT
PULAU PINANG, 10 Mei (Hrkh) - Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya menjelaskan, pihaknya tidak pernah mengabaikan kebajikan saudara baru (mualaf) sebaliknya meyediakan Unit Ukhwah di Jabatan Agama Islam untuk merancang berbagai program bagi manafaat golongan itu. Berhubung isu Siti Fatimah Tan Abdullah, 39, yang dibenarkan murtad oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dua hari lalu beliau menegaskan, Maipp tidak boleh berbuat apa-apa kerana beliau sendiri (Siti Fatimah) tidak menunjukkan minat untuk mengikuti aktiviti yang disusun oleh unit berkenaan bahkan pernah dikaunseling kerana sibuk keluar negara bersama suaminya warga Iran, Ferdoun Ashanian.
"Siti Fatimah sejak memeluk Islam tidak pernah mengikuti kursus atau kelas pengajian yang diatur oleh Unit Ukhwah kerana jarang berada dalam negeri kerana mengikut suaminya. Lagipun, beliau sendiri mengaku perbuatannya memeluk Islam sekadar syarat untuk berkahwin, " tegasnya ketika dihubungi pagi tadi. Menurut Shabudin lagi, antara kebajikan yang dilaksanakan oleh Maipp bagi memastikan saudara baru terus berada dalam Islam ialah bantuan zakat, sara hidup dan perubatan terutamanya kepada mereka yang berada dalam kesusahan.
Selain itu, Maipp juga menyediakan kelas agama di mana mereka dihendaki datang untuk memperdalamkan agama Islam. Kelas tersebut berfungsi di Pejabat Agama di Kepala Batas dan Masjid Negeri. Kedua-dua kelas itu dikendalikan oleh Ustazah Hafizah Eng Abdullah iaitu salah seorang mualaf yang berjaya dibentuk sehingga terlatih boleh mengajar golongan yang sama dengannya bahkan lebih arif daripada segelintir umat Islam sendiri. Selain menfokuskan kepada pengajian, antara perancangan unit itu ialah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha mahupun program rehlah sebagai daya tarikan. "Sebenarnya banyak program telah diatur untuk memastikan mereka tidak terasa sia-sia memeluk Islam tetapi apakan daya ada setengahnya memandang remeh perkara tersebut, " katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan. -
AKHIRNYA PAS MENERIMA HAKIKAT BAHAWA USTAZ SHABUDIN MENJALANKAN KERJA YANG BAIK SEPANJANG MEMEGANG AMANAH SEBAGAI YDP MAIPP.JUSTERU, KITA BERHARAP AGAR PAS TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA YB USTAZ SHABUDIN DAN JAWATAN YDP TIDAK PERLU DIPERSOALKAN LAGI DEMI UKHUWAH ISLAM PULAU PINANG