Tahniah warga Mutiara Melayu ucapkan kepada Ezam kerana membuat pilihan yang bijak dan tepat memilih UMNO sebagai wadah perjuangan.Sememangnya hati Ezam tetap bersama UMNO.Krisis antara Tun M dan Anwar, menyebabkan haluannya berbeza untuk hampir 10 tahun.Namun, pada 28 Mei 2008, Ezam membuka langkah berani memilih UMNO semula.Walaupun tindakan beliau mendapat tentangan yang hebat dari kepimpinan parti pembangkang, tapi ianya tidak melemahkan semangat beliau untuk terus berjuang bersama UMNO.Beberapa persoalan ingin saya ajukan di dalam penulisan ringkas ini.Antaranya ialah : 1. Bagaimanakah kes rumah Ezam dan beberapa kes yang didedahkan oleh Lokman tentang diri beliau?
2. Mengapakah beliau meninggalkan PKR?sedangkan Anwar adalah mahagurunya?Apakah ini tektikal Ezam membawa Anwar masuk semula ke dalam UMNO?
3.Benarkah tiada keraguan tentang kemasukan Ezam ke dalam UMNO?
4. Ezam memilih UMNO bermakna Ezam bersedia menerima serangan pembangkang khususnya dari rakan-rakan reformasi dan PAS sendiri.Ezam sudah pasti mempunyai pertahanan dan hujah yang kukuh sekiranya beliau di serang.
5. Bolehkah Ezam diterima oleh ahli UMNO dan kepimpinan UMNO setelah sekian lama beliau membogelkan beberapa kepimpinan kanan UMNO?
6.Ezam menyatakan Anwar tidak menjaga hak keistimewaan kaum Melayu.Benarkah?Ezam punyai bukti kukuh dalam hal ini.
7. Benarkah Khairy dibelakang tabir kemasukan Ezam kedalam UMNO?atau Reezal Marican?
8. Kemasukan Ezam memberi kredit besar kepada Najib?Benarkah? atau pukulan kumpulan Khairy kepada Najib?
Apapun, bagi Mutiara Melayu, saya yakin semua persoalan itu akan terjawab dalam tempoh terdekat ini. Yang penting, kesetiaan Ezam tidak perlu diragui kerana UMNO adalah untuk semua.