DAHULU BN BERI LEBIH DARIPADA BERAS.KEMANA PERGI WANG RM 600 000 ?
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
SUMBER: HARAKAHDAILY
Kerajaan Pulau Pinang sumbang RM130 ribu bantu fakir miskin
Mohd Sabri Said Wed May 21, 08 2:11:01 pm MYT
PULAU PINANG, 21 Mei (Hrkh) - Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM130 ribu bagi membantu 7642 orang fakir miskin di lima daerah serentak seluruh Pulau Pinang baru-baru ini. Ketua Menteri, Lim Guan Eng antara empat tokoh kepimpinan negeri turut turun padang menyampaikan bantuan melibatkan 7642 kampit beras seorang. Lim sendiri menyampaikan di dua lokasi iaitu di Kompleks Penyayang kepada 2013 fakir miskin membabitkan kawasan Timur Laut dan di Pekarangan Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Butterworth melibatkan daerah Seberang Perai Utara seramai 1333.
Selain beliau turut melaksanakan tugas sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairuz Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri 2, Profesor Dr. Ramasamy dan Exco Kerajaan Negeri, Haji Malik Kasim. Selain itu, 1149 kampit beras telah diserahkan oleh Haji Malik Kasim di Pejabat Daerah Barat Daya, di Seberang Perai Selatan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin sebanyak 1338 manakala di Seberang Perai Tengah oleh Timbalan Ketua Menteri 2, Profesor Ramasamy sebanyak 1809 kampit.
Lim Guan Eng ketika berucap ringkas di pekarangan JKM Butterworth menegaskan, 7642 orang fakir miskin diberikan sekampit beras sebagai hadiah tanda prihatin kerajaan terhadap masalah yang melanda negara sekarang ini.
PERSOALAN :
1. DAHULU BARISAN NASIONAL BOLEH BANTU DENGAN PEMBERIAN BARANGAN DAPUR YANG LAIN. TAPI LIM GUAN ENG HANYA DENGAN MEMBERI SEKAMPIT BERAS SAHAJA.KEMANA PERGI WANG KERAJAAN NEGERI?DIKATAKAN LIM GUAN ENG DAN SEKUTUNYA BERJIMAT CERMAT.BERJIMAT CERMAT UNTUK POKET SENDIRI ATAU UNTUK RAKYAT? KALAU BERJIMAT CERMAT, SEPATUTNYA BANTUAN YANG DIBERIKAN MESTI LEBIH DARIPADA SEKAMPIT BERAS. BERAPA YANG LIM BAGI UNTUK MEMBOHONGI RAKYAT DAN SAMPAI BILA BERAS BOLEH BERTAHAN.
2. TIPU DAYA LIM DAN SEKUTUNYA JELAS MENGABURI MATA RAKYAT. DAHULU MEREKA TIDAK JADI MEMBELI KERETA BARU UNTUK EXCO DAN DIKATAKAN SEJUMLAH RM 600 RIBU DAPAT DIJIMATKAN.PERSOALANNYA, KEMANAKAH PERGI WANG YANG DIJIMATKAN TERSEBUT?JIKA DIIKUTKAN DARI SEGI ANGKA, JUMLAHNYA MELEBIHI HAMPIR 4 KALI GANDA JUMLAH BANTUAN YANG DIBERIKAN KEPADA FAKIR.
INILAH PEMBOHONGAN NYATA LIM KEPADA UMAT MELAYU PULAU PINANG .FIKIRKAN!!!!!!