feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

EZAM SEKUTU NAJIB UNTUK TUMBANGKAN PAK LAH

SAH EZAM AHLI SEUMUR HIDUP UMNO.MENGAPA PILIH AHLI SEUMUR HIDUP?
NAJIB VS EZAM ATAU NAJIB +EZAM-PAK LAH=PERUBAHAN KUASA DALAM UMNO
ATAU
EZAM+KHAIRY-(NAJIB+MUKHRIZ+HISHAMUDDIN)=PENGEKALAN KUASA DALAM UMNO.

KENYATAAN SOKONGAN NAJIB TERHADAP EZAM
“Saudara Ezam tahu banyak perkara…maknanya dia tahu waktu dia dalam PKR dan dia boleh terangkan kenapa dia tidak yakin lagi dengan perjuangan PKR,” itulah reaksi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengulas mengenai kemasukkan semula bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohamad Nor ke dalam UMNO. Menurut Najib, penyertaan semula Ezam ke dalam UMNO membuktikan beliau telah hilang keyakinan terhadap PKR dan sekaligus menerima UMNO sebagai wadah perjuangannya. “Kita mengalu-alukan hasrat Saudara Ezam untuk masuk sebagai ahli UMNO. Jelas sekali Ezam yakin bahawa UMNO adalah wadah perjuangan yang sepatutnya dia sokong dan sekaligus bererti dia sudah hilang keyakinan dengan PKR," katanya. Ditanya mengenai bantahan daripada beberapa cabang Pergerakan Pemuda UMNO terhadap penyertaan semula Ezam dalam parti itu, Najib menegaskan, sebagai sebuah parti, UMNO perlu menerima dan membuka pintu kepada pihak yang memilih untuk menyokong mereka.