feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

UMNO DAN PAS BANTAH.BLEH TAK DALAM HAL INI BUAT PERHIMPUNAN SEJUTA UMMAT ISLAM

Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.Pas bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.
Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini. Penggunaan nama Allah dalam al-Quran, maksudnya “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah”. Allah yang mereka akur ialah sebagai tuhan “pencipta”, bukan sebagai Allah yang tunggal yang patut disembah. Ini dinamakan kepercayaan Rububiyyah, bukan kepercayaan Uluhiyyah.
Pas mengharapkan supaya pihak Kerajaan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi supaya ia mendatangkan kebaikan kepada kita bersama. Menghalang penggunaan nama Allah ini sebagai satu langkah “Saddu Zarai’c” untuk menutup pintu keburukan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Perlu ditegaskan ini bukan berarti Pas menentang kebebasan agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka sediri di negara ini. Selama ini Pas yang memerintah di Kelantan hampir 20 tahun memberi kebebasan kepada penganut agama yang manoriti mengamalkan agama mereka tanpa apa-apa gangguan daripada pihak berkuasa Pas di Kelantan.
Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.
ULASAN BLOGGER
YANG HAIRAN TU, KHALID SAMAD BERJUANG SUPAYA ALLAH DI BOLEHKAN DALAM HERALD. KETUA PENERANGAN PAS PULA MENENTANG.ADA BERAPA ALIRAN DALAM PAS?KALAU DAH NAK LAWAN, BERSATU DENGAN UMNO DALAM HAL INI SEKEJAP BOLEH TAK?BAGI UMNO, SEMUA PEMIMPINNYA MENENTANG HABIS HABISAN ISU INI.ZAID PKR PULA SOKONG DAN LEGA BILA PERKATAAN ALLAH DIBENARKAN DALAM HERALD. ANWAR LAGI LA SUKA.BOLEH TAK UMNO DAN PAS BERSATU ATAS NAMA ALLAH YANG MAHA BERKUASA TUHAN SEKALIAN ALAM.BERSATULAH.... SEKEJAP PUN JADI LA

TUN M VS PAK LAH....INILAH UMNO DALAM 3L


Najib bukan punca
KUALA TERENGGANU - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menganggap krisis dalaman yang melanda komponen parti kerajaan sebagai tidak pernah berlaku dalam sejarah Pengerusi Barisan Nasional (BN) sebelum kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan Najib dan mengatakan ia bukan berpunca daripada kepimpinan Perdana Menteri sekarang. Sebaliknya, beliau mengakui ia berpunca daripada peninggalan atau warisan daripada Pengerusi BN sebelumnya. “Saya dapati seluruh BN hadapi masalah termasuk UMNO, MCA, Gerakan, PPP dan MIC. Ini adalah hasil bukan kerana Datuk Seri Najib, ini ‘warisan’,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, semalam. Menurutnya, BN hanya mempunyai masa dua tahun dari sekarang untuk memperbetulkan pelbagai perkara bagi memperkukuhkan kedudukan politik parti kerajaan di negara ini.
Ditanya pandangan beliau berhubung penyelesaiannya, Tun Mahathir menyerahkan sepenuhnya kepada Najib dengan cara beliau sendiri bagi memastikan BN tetap menang pada pilihan raya umum akan datang. Beliau berkata, kemelut politik turut berlaku pada zaman Tun Abdul Razak Hussein yang juga bapa kepada Najib, namun dapat diselesaikan dengan menyatukan parti kerajaan dan pembangkang dalam BN. “Tahun 1970 yang mana Tun Razak telah menguasai keadaan dengan membuka perikatan menjadi BN. Dengan itu diserap masuk parti lain, itu cara Tun Razak, jadi saya fikir tidak tahulah cara anak dia, Datuk Seri Najib, terpulang pada dialah,” katanya.
Mengenai konsep 1Malaysia, Tun Mahathir mengakui belum memahami sepenuhnya pendekatan yang dibawa Najib dan hakikat tersebut dilihat tidak seiring dengan apa yang berlaku dalam negara ketika ini apabila Malaysia dilihat menggunakan tiga bahasa pengantar ilmu dalam sistem pendidikan. Menurutnya, keadaan itu perlu direalisasikan melalui cara tertentu yang mampu menyatukan semua kaum di Malaysia bagi menjadikan rakyat negara ini benar-benar bersatu dengan 1Malaysia. “Kita hanya laung, tetapi benarkah 1Malaysia? Kalau benar, kita adalah orang Malaysia. Tiadalah Melayu, Cina, India, Melanau dan Iban (semuanya) belajar dalam satu bahasa,” katanya
ULASAN :
DULU, KINI DAN SELAMANYA TUN M AKAN SALAHKAN PAK LAH?KENAPA?
SIAPA AMBIL PEDULI AKAN HAL INI DAN KEMANAKAH HENDAK DI BAWA NEGARA DAN PERPADUAN UMMAH.

BERKONGSI INFORMASI BERSAMA ZULKIFLI NORDIN

KENYATAAN AKhBAR ZULKIFLI BIN NOORDIN ISU "ALLAH KRISTIAN"
Salam 2 all. Tirai tahun baru masihi 2010 dibuka dengan keputusan kontoversi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Keputusan Yang Arif Hakim Dato' Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan permohonan akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan "ALLAH" sebagai ganti nama "God" bagi penerbitannya dalam versi Bahasa Melayu telah mencetuskan satu polemik dan kontorversi yang tidak sepatutnya berlaku. Keputusan itu mengingatkan saya kembali kepada kes Natrah @ Maria Hertough pada tahun 1950 dimana Mahkamah penjajah Inggeris dimana Hakimnya yang bukan Islam telah, dalam keputusannya membatalkan keislaman Natrah dan perkahwinannya kepada Almarhum Mansor Adabi, langsung tidak mengambil kira perundangan syariah dan sensitiviti umat Islam semasa itu. Akhirnya tercetuslah rusuhan dan huru hara yang tidak membawa menafaat kepada sesiapa pun.
Saya berpendapat keputusan Hakim Dato' Lim Bee Lan adalah tidak tepat dan boleh dipertikaikan, malahan akan menyebabkan kekeliruan dan menganggu ketenteraman dan keselamatan awam atas sebab-sebab berikut:
1. Keputusan itu secara tidak langsung mencabar dan melanggar Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang mempertuntukkan fahaman dan dakyah agama lain tidak dibenarkan samasekali terhadap orang Islam. Membenarkan pernerbitan Kristian menggunakan perkataan ALLAH bagi penerbitan berbahasa Melayu jelas adalah satu bentuk dakyah halus kerana Melayu adalah bangsa yang beragama Islam;
2. Ini sekaligus mencabar dan tidak menghormati Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa orang Melayu mestilah beragama Islam;
3. Dengan membenarkan penggunaan perkataan ALLAH dalam risalah penerbitan Kristian, ini sebenarnya dikira akan mendorong penganut Kristian dalam perlakuan jenayah kerana Enakmen Penyekatan Pengembangan Agama, Iktikad dan Kepercayaan Lain terhadap Orang Islam (Anti Propagation Law), yang digubal dengan sahnya menurut Artikel 11 Perlembagaan dibeberapa negeri jelas memperuntukkan bahawa adalah satu kesalahan jenayah bagi sesiapa menggunakan perkataan tertentu termasuk "ALLAH" kecuali bagi maksud Islam;
4. Keputusan tersebut akan menyebabkan kekeliruan termasuk bagi penganut agama Kristian kerana memberi gambaran Tuhan mereka berubah nama mengikut bahasa yang digunakan. Sedangkan nama tuhan bagi tiap agama mestila konsisten tidak kira apa bahasa. Lihat agama Budha, Yahudi, Hindu dan lain-lain. Nama tuhan mereka tetap sama tidak kira dalam apa bahasa sekalipun. Tetapi mengapa agama Kristian berubah nama Tuhannya menurut kaum dan bahasa?
5. Kekeliruan lebih serius akan berlaku dikalangan penganut agama Kristian apatah lagi bila sermon tiap hari Ahad contohnya mula menggunakan perkataan ALLAH sebagai ganti nama God. Bagaimana dengan ucapan lazim penganut Kristian saperti: "God created the world in 6 days and on the 7 day he rested"; atau "In the name of god the father, god the son and god the holy spirit" apakah ianya berubah menjadi "ALLAH created the world in 6 days and on the 7th day He rested"; atau "In the name of ALLAH the Father, ALLAH the son and ALLAH the holy spirit?" Saya telah bertanya rakan dan kenalan dikalangan penganut Kristian dan mereka sendiri melihat perkara ini sebagai memalukan agama kristian. Ramai dikalangan penganut Kristian sendiri yang tidak bersetuju dengan tindakan segelintir Kristian yang beriya-iya mahukan nama ALLAH menggantikan nama god.
6. Ada kalangan penganut Kristian akan mula berasa ragu dan keliru dengan perubahan nama tuhan mereka. Mereka bertanya mengapa nama tuhan mereka berbeza-beza. Kenapa dalam Bahasa Inggeris disebut Jesus dan lain-lain, tetapi didalam bahasa Melayu disebut ALLAH. Mereka khuatir agama Kristian akan dilihat sebagai agama hipokrit kerana nama tuhan mereka boleh berubah-ubah mengikut kaum dan bahasa.
7. Keputusan itu juga akan membolehkan penganut Kristian mengguna dan mempamerkan nama "ALLAH" digereja-gereja dan lain-lain tempat peribadatan mereka. Saya tidak boleh nak membayangkan bagaimana nanti disalib-salib, di perkarangan gereja dan lain-lain nama ALLAH tertera. Apakah pihak gereja dan penganut kristian bersedia berbuat sedmikina? Dan tidakkah ini nanti akan menyentuh sensitiviti umat Islam yang sudah pasti akan bertindak balas. Tidakkah Mahkamah sedar gangguan terhadap ketenteraman awam yang serius akan berlaku yang akan mengancam keselamatan orang ramai dan negara.
8. Kesilapan Mahkamah menolak permohonan pihak Majlis Agama Islam dan beberapa NGO Islam untuk melibatkan diri (intervene) dalam prosiding tersebut telah menyebabkan Mahkamah tidak mendapat maklumat dan hujahan secukupnya berkenaan dengan isu ini. Saya hairan mengapa Mahkamah tidak merujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa kebangsaan atau pihak berkuasa Islam untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mereka sebelum membuat apa-apa keputusan.
9. Selanjutnya, tidak ada keterangan yang mencukupi dan jelas berkenaan penggunaan perkataan ALLAH dikalangan Kristian di Malaysia. Apakah statistik yang diguna pakai. Berapa ramai sebenarnya melayu kristian yang benar-benar menaggunakan perkataan ALLAH sebagai ganti nama God. Apakah sekadar menyandarkan kepada beberapa buah buku dan tulisan sudah cukup? Sepatutnya Mahkamah mengambil keputusan memanggil keterangan pakar-pakar anthropologi, sejarah, bahasa dan lain-lain sebelum membuat keputusan. Apa yang jelas, dalam bahasa Melayu perkataan ganti bagi God ialah Tuhan, bukannya ALLAH. Manakala ini berbeza dengan bahasa 'Arab kerana tiada perkataan God dalam bahasa mereka kecuali ALLAH!
10. Penyandaran terhadap Artikel 3 dengan menyatakan penganut agama kristian dijamin kebebasan dalam mengamalkan amalan agama mereka adalah jelas tidak tepat. Saya rasa kalau Mahkamah meminta tinjauan dan referendum dibuat dikalangan penganut agama kristian dibuat, saya cukup pasti majoriti besar akan menolak penggunaan perkataan ALLAH sebagai ganti perkataan god.
Saya berpendapat kalau golongan kristian benar-benar mahu menggunakan perkataan ALLAH sebagai ganti nama God, maka saya cadangkan dilakukan perkara berikut:
1. Item pertama Rukun Negara iaitu "Kepercayaan kepada Tuhan" hendaklah ditukar kepada "Kepercayaan kepada ALLAH" memandangkan perkataan ALLAH diakui sebagai gantinama God. Yang menghairankan saya, semasa penggubalan deraf rukunegara tersebut, ada golongan bukan Islam yang membantah perkataan "ALLAH" digunakan atas alasan ianya nama Tuhan orang Islam, sebaliknya mendesak perkataan "Tuhan" sebaliknya digunakan!!
2. Semua sermon digereja dan penulisan kristian hendaklah menggantikan perkataan God kepada ALLAH tidak kira dalam versi atau bahasa apa sermon atau penulisan tersebut digunakan. Sekiranya tidak agama Kristian akan dilihat sebagai tidak konsisten dalam soal nama ketuhanan mereka. Saya juga menyeru dan mendesak tindakan berikut diambil segera:
1. Majlis Fatwa Kebangsaan hendaklah bermesyuarat segera dan membuat fatwa dan keputusan tentang penggunaan perkataan ALLAH ini. Kita tidak mahu ada dikalangan kita mengeluarkan pendapat yang berbeza-beza, apatah lagi dikalangan orang dan kumpulan tertentu yang sentiasa membuat kenyataan yang bersifat populis tanpa mengambil kira kesannya terhadap agama Islam. Setelah fatwa tersebut dibuat, maka semua pihak berkuasa Islam negeri hendaklah segera menggazetkan fatwa tersebut;
2. Kerajaan Persekutuan hendaklah dengan segera menggubal dan melaksanakan undang-undang Akta Sekatan Pengembangan dan Dakyah Agama Lain ke atas orang Islam di Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak kerana negeri-negeri lain telah lama melaksanakannya, mengapa 4 negeri ini masih belum menggubalkannya. Sekiranya Akta tersebut ujud, sudah tentu keadaan akan berbeza kerana ianya akan menjadi suatu kesalahan jenayah untuk menggunakan perkataan "ALLAH" untuk tujuan selain Islam sebagaimana yang diperuntukkan di negeri-negeri lain;
3. Pihak berkuasa agama, majlis agama, para mufti dan badan dakwah saperti YADIM dan lain-lain hendaklah segera turun ke padang dan mengadakan pertemuan dan berdialog dengan golongan Kristian ini untuk mencari jalan penyelesaian yang boleh disepakati. Saya kira kegagalan pihak-pihak ini mengambil tindakan segera dengan mengadakan pertemuan dan berdialog dengan pihak kristian ini telah menyebabkan kecetekan kefahaman mereka terhadap Islam. Daripada menyibukkan diri dengan kerjaikerja tak berfaedah saparti menangkap ulama dan penceramah tak bertauliah dan lain-lain, lebih baik pihak berkuasa agama ini menumpukan perhatian kepada yang lebih serius ini.
4. Pihak Kementerian Dalam Negeri hendaklah memanggil golongan kristian ini dan mengadakan dialog dengan mereka. Sekiranya KDN merumuskan penerbitan-penerbitan saperti Herald ini boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan rakyat, KDN tidak perlu teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan permit penerbitan mereka jika perlu.
5. Kita perlu mengkaji semula sistem perundangan kita terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan hal ehwal Islam termasuk perundangan dan syariatnya perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Syariah;
6. Atau sebagai alternatif, apa-apa isu yang berbangkit berkenaan Islam dalam apa bentuk sekalipun termasuk di Mahkamah Sivil hendaklah dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan atau Mahkamah Syariah atau apa-apa Badan Perundangan Syariah untuk suatu keputusan; dan keputusan itu hendaklah mengikat Mahkamah Sivil dan wajib dipatuhi. Bagi maksud itu, suatu pindaan perlu dibuat kepada Akta Mahkamah Kehakiman (Court of Judicature Act) untuk memasukkan peruntukkan tersebut. Ini akan memastikan perkara saperti ini tidak berulang lagi dimasa akan datang.
Rumusan:
Saya melihat kes The Herald ini adalah saperti suatu ulangan kes Natrah, dimana kewibawaan dan kemuliaan agama Islam dicabar. Kalau dalam kes Natrah, kita mempunyai alasan untuk menyatakan kita tiada kuasa kerana diperintah penjajah Barat. Tapi apakah alasan yang sama kita boleh gunakan sekarang, dalam keadaan kita memerintah, dalam keadaan umat Islam menguasai hampir 135 kerusi Parlimen yang walaupun bukan 2/3 tetapi merupakan majoriti mutlak! Yang sepatutnya membolehkan kita menentukan hala tuju agama Islam dan membela serta mempertahankan maruah agama kita. Kalau dalam membela dan mempertahankan Islam dalam kes Natrah orang Melayu sanggup menggadai nyawa, apatah kita bangsa Melayu moden yang hebat serba-serbi ini tidak mampu berbuat apa-apa. Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat 15 Muharram 1431
01 Januari 2010

PAS DAN GERAKAN MEMURTADKAN UMMAH

dalam hal ini tak perlu lagi kita menasihati pas.malah teruskan perjuangan dikala Allah memberi bantuan kepada kita .Hati hati mereka telah dibutakan Allah lalu mereka menyatakan semuanya betul demi kufar.

Haram kalimah Allah bagi bukan Islam-Syeikh Fattah Allam
Satu soalan sempat diajukan kepada Wakil al-Azhar @ Naib Syeikh al-Azhar Syeikh Abdul Fattah 'Allam. Beliau menjelaskan bahawa perkara ini sebenarnya telah dibawa ke pengetahuan Syeikh al-Azhar oleh Duta Malaysia ke Mesir. Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini kerana kalimah Allah tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang Mewujudkan. Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai Allah. Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Hadith. Untuk mendengar perbincangan penulis dengan beliau dalam Bahasa Arab, sila download audio di sini. Tapi nak buat macam mana, hati-hati kepimpinan dan pengikut totok pas telah dibutakan Allah lalu mereka bersama-sama merosakan akidah umat Islam disebabkan sumpah mereka yang telah diterbalikkan. mereka bersumpah nak menegakkan hukum islam bila berkuasa namun setelah berkuasa tak jadi pulak tegak hudud atas nama demokrasi bersama dap.

PAS DAN GERAKAN HALUS MEMURTADKAN UMAT ISLAM

Mengapa Kristian diMalaysia bersungguh2 mahukan nama Allah disebut sebagai tuhan mereka. Dan mengapa mereka beriya-ia sebelum ini mencetak dan mengedar Injil didalam bahasa Melayu. Tidak lain dan tidak bukan untuk menyesatkan Bangsa Melayu Islam. Berapa ramaikah dikalangan bangsa asing diMalaysia (Cina, India, Kadazan, Sikh dll) yg benar2 faham sepenuhnya Injil berbahasa Melayu sedangkan matematik dan sains mereka terang-terangan menentang penggunaannya dalam bahasa Melayu.Kenapa khalid bangsat wal laknatullah memperjuangan hal ini. Pertama kerana nak undi bagi dirinya dan kedua khalid dikenalpasti sebagai agen misionaris kristian di dalam memurtadkan umat Islam. Percaya atau tidak terpulang kepada anda semua.Khalid bukan budak sekolah agama. khalid adalah bapa sekular moden yang berpaksikan bible.
Calvary Convention Centre (CCC) itulah namanya Gereja yang sedang dibina di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat ini dibina di kawasan seluas 600,000 kaki persegi. Dibina oleh Nam Fatt Construction Sdn. Bhd, lengkap dengan pelbagai fasiliti dan dewan auditorium yang boleh memuatkan 5,000 orang. Jika ada sesiapa yang perasan pada papan tanda pembinaan gereja ini ditulis "Adanya Harapan", "There Is Hope". Harapan baru untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik? Jika siap nanti, CCC bakal menjadi gereja yang terbesar di Asia. Patutlah ada usaha dari pihak-pihak tertentu untuk menggunakan nama Allah SWT dalam Herald Catholic. Rupa-rupanya ianya adalah sebahagian daripada persediaan umat missionary tersirat CCC ini.

SELOKA BUAT GURU 4 JANUARI 2010

PERHHHH.........BERAT NYER TUGAS GURU
selamat bertugas kepada semua pendidik .khas buat guru yang pernah mendidikku erti ilmu dan dunia tanpa mengira part umno, pkr dan pas. ustaz blogger ramai yang join pas dan jadi orang kuat pas. yang pro umno boeh kira dengan jari. apapun jazakallah wahai guruku.

KERETA SIAPA INI??

kebanyakkan kepimpinan atasan pas guna fortuner.....mahal gak bro....sampai kawasan ceramah tukar proton saga nak nampak zuhud. lepas tu kata pemimpin umno hidup bermewah.belm kira yang guna mercedes, alpard, aeras, bmw.semuanya yang baru selepas bergelar pemimpin.

yang ni kereta sapa???cuba teka

UNDI 63-60.UMNO BERKELAHI DALAM PROVOKASI

Saya merujuk Sinar Harian, Edisi Terengganu, mukasurat N7 hari ini(1 Januari 2010), bertajuk "BUKAN SALAH SAYA:NAZRI". Pergerakan Wanita UMNO mendesak Nazri Aziz letak jawatan kerana ketidakhadiran wakil rakyat2 UMNO dalam sidang parlimen 14 Disember lalu ketika pengundian meluluskan Bajet 2010.
Jawapan beliau mudah sahaja, "Bukan saya yang patut lepaskan jawatan, tetapi wakil rakyat yang tidak hadir perlu letak jawatan dan memohon maaf." Beliau juga menuduh wanita UMNO tidak faham bidang tugas.
WANITA UMNO BODOH "Tindakan mereka kurang bijak. Mereka tidak faham tugas saya sebagai individu bertanggungjawab terhadap kerajaan bukannya parti. Sekiranya tidak faham, jangan bercakap dan bertindak seperti orang bodoh.
" AHLI PARLIMEN UMNO PERLU LETAK JAWATAN "Saya tidak bersalah dalam hal ini dan yang patut disarankan letak jawatan bukannya saya, sebaliknya wakil rakyat yang tidak hadir di parlimen, itu adalah tanggungjawab mereka sebagai Ahli Parlimen." katanya.
ULASAN MY SRIMUARA
DAH TAHU ANDA SEBAGAI AHLI PARLIMEN, MAI AJELAH BERTUGAS. DAH TAHU NAK LULUSKAN USUL MAI AJELAH. ITUKAN TUGAS.JANGAN DOK SALAH ORANG LAIN. YANG UNTUNG PEMBANGKANG. KES DAH BERLALU AMBIL IKTIBAR AJELAH.CUKUP DAN TAK PERLU BERTENGKAR

LEBIH RAMAI YANG GUGUR AKIDAH KERANA PAS

dengan bantuan PAS dan PKR, kristian berjaya dalam misi dakwah mereka merosakan akidah umat Islam. Jangan marahkan anak-anak kita sekiranya mereka murtad kerana perjuangan memurtadkan umat Islam berpaksikan PAS dan PKR

Mahkamah putuskan perkataan 'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly. Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.


Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008. Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Pakiam yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden, pertama dan kedua. Pakiam, antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang beliau menggunakan perkataan 'Allah' dalam He-rald Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan 'Allah' bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam saja.


HUJAH RINGKAS YANG MEROSAKKAN AKIDAH UMAT:


Sumber ALQURAN ~ Terjemahan surah Al Ikhlas :


[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

[2] “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

[3] “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

[4] “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya



lihat pula sumber BIBLE ~


Terjemahan Yohanes 3:16 "Oleh sebab Tuhan amat mengasihi dunia ini, Dia telah memberikan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap manusia yang mempercayai-Nya tidak akan binasa, tetapi beroleh hidup yang kekal.Sekarang kita tukar perkataan Tuhan dalam bible dengan ALLAH. "Oleh sebab ALLAH amat mengasihi dunia ini, Dia telah memberikan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap manusia yang mempercayai-Nya tidak akan binasa, tetapi beroleh hidup yang kekal." Nauzubillah.. ayat ini telah menafikan surah Alikhlas. Nauzubillah..Allah mempunyai anak.


mengapa tok guru pas tak fikir sampai tahap ini.memang Allah Tuhan sekalian alam. Tetapi kafir kristian tu dah menyatakan Allah ada anak. bukankah contoh di atas akan menyebabkan berlaku salah faham yang amat dahsyat pada umat.kenapa pas terlalu bodoh dalam hal ini kerana inginkan undi???????KERANA MARAHKAN UMNO, MUSNAHKAN AGAMA ISLAM!!!!!

PKR CABANG NIBONG TEBAL SONGLAP DUIT PERUNTUKAN?

seorang rakan dari Kg Chenaam memaklumkan kepada blogger perkara di bawah :
Di sini ingin saya melapor peruntukan tidak sampai di dun Sg Aceh.Bila JKKK tanya kpd ketua Cabang atau penyelarasn dun peruntukan sudah habis diguna.Ada sedikit kekecohan berlaku di dun ini.Segolongan pihak tertentu sudah songlap duit itu(sudah diguna)tetapi tak sampai pun kat JKKK dun sg acheh.Dun sg acheh PKR tetapi kalah...dgn BN.Kawasan tersebut tiada ORG atasan mengambil berat.harap dgn BHG cabang NIBONG TEBAL kira perut nya aje...
ULASAN MY SRIMUARA 1/1/10
JANGAN DOK HARAP LA BROTHER.MEMANG DASAR KEPIMPINAN CABANG PKR NIBONG TEBAL BAHAM DUIT MACAM ANWAR JUGA. SO, JANGAN TERKEJUT LA OK.

KONTROVERSI NIK AJIS

NIK ABDUH DAN ANAK PEREMPUAN NIK AJIS DAH KATA, PUNCA KEMELUT INI IALAH DARI HUSAM. HUSAM KATA BIAR SAYA BERSEMUKA.HUSAM ANAK DIDIK ANWAR. HUSAM NAK JAWATAN MB. JIKA HUSAM JADI MB, MAKA ANWAR DAH ADA 2 ORANG MB SURUHAN .
KEMELUT HALAL WAL HARAM DALAM , CELAKA DAN DOA BALA. AKHIRNYA 1 JAN 2010 MENJANJIKAN DI MALAM GERHANA BULAN, PAS TERSUNGKUR BERSAMA GERHANANYA.


DARI BLOGGER MYSRIMUARA TAHUN 2010

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan PERJUANGAN MYSRIMUARA adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan MY SRIMUARA mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya. AMIN.YA ALLAH BANTULAH KU YA ALAH.

NIZAR MAKAN MELEBIHI HAD.MAKAN MELAMPAU MACAM SY...........N

MAK AIIII MAKAN PUNYALAH BANYAK. TAK CUKUP TEMPAT ATAS MEJA. MAKAN TU PULAK 2 ORANG SAHAJA. KUAT BETUL MELANTAK.MACAM TAMAKKAN KUASA MASA JADI MB ITU HARI.
Firman Allah bermaksud: "Makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan." (Surah Al-A'raf: 31) dan "Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan dan syaitan itu kufur dengan Tuhannya." (Surah Al-Israk: 27)
TAPI LA NI PAS BUKAN PERCAYA FIRMAN ALLAH PUN.

MISBAHUL MUNIR PULAK PEGANG BUKAN MAHRAM

MISBAHUL MUNIR PULA YANG MENYENTUH BUKAN MAHRAM. SEMUA BOLEH DALAM PAS DEMI UNDI

PAS : HALAL SENTUH PEREMPUAN DAN WELCOME KOMUNIS

SERONOK MAT SABU DAPAT BERPEGANG TANGAN. DULU PAS KATA, PEGANG TANGAN MAKCIK PUN HARAM. LA NI BOLEH LA PLAK......PAS NI ZINA PUN HALAL KALAU ORANG DIA YANG BUAT. AMBIL KES ELIZ PUN DAH CUKUP
MAKCIK PEGANG PEHA MAT SABU. SENYUM SIMPUL ABANG MAT....ABANG MAT SEDANG BERUSAHA KERAS NAK BAWA MASUK SEMULA CHIN PENG KE MALAYSIA. BAGUSLAH ABANG MAT. LEPAS NI BERUSAHA PULA NAK SOSIALISKAN RAKYAT BERAGAMA ISLAM.

USTAZ ELIAS ZAKARIA ?

YDP MAIPP YANG BARU BEKAS PENGARAH PUSAT ISLAM USM, BEKAS PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN USM, BEKAS ANGGOTA MAIPP, PENDAKWAH BEBAS DAN KEBAS, BAPA KEPADA BEKAS PRESIDEN PMI UM, BAPA KEPADA BEKAS EXCO MPPUSM YANG JUGA ORANG KUAT PMI ERA 2004/05. PERLANTIKANNYA SUNGGUH PANAS. PERLANTIKAN USTAZ ELIAS SENDIRI BERPAKSIKAN SIKAP MUNAFIK ANWAR DAN KETAMAKAN KUASA PAS. MENGAPA PENGUMUMAN NAMA USTAZ ELIAS DILAMBATKAN? BUKANKAH FAIRUZ SENDIRI DAH NAMAKAN USTAZ ELIAS?SUK PULAU PINANG TAHU HAL INI KAN? BOLEHKAH PAKSI MUNAFIK MENGURUSKAN MAIPP???TUNGGUUUU..........



31 Disember 2009 Kenyataan Media
Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP)



Dengan sukacitanya kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan perlantikan Ahli Majis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong mengikut Seksyen 11 (1) (a) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang Tahun 2004, bagi tempoh selama 2 tahun berkuatkuasa 1 Januari 2010.


Kerajaan negeri telah memutuskan menerima nama-nama yang diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong setelah wakil kerajaan negeri mengadap Tuanku pada 18 November 2009. Kerajaan negeri telah mencadangkan beberapa individu yang difikirkan layak menganggotai ahli majlis MAINPP di mana keputusan muktamad adalah atas perkenan Tuanku.


Berikut adalah senarai ahli MAINPP :

AHLI MAJLIS AGAMA NEGERI PULAU PINANG
YANG DI-PERTUA
Y.Bhg. Ustaz Haji Elias bin Haji Zakaria
TIMBALAN YANG DI-PERTUA
Y.B Tuan Haji Mohd Salleh bin Man
KAWASAN BELIAU SENDIRI BANYAK RUMAH URUT, DISCO DAN RESTORAN MENJUAL ARAK YANG BERTAMBAH. HEBAT TYDP MAIPP.

Ex-OFFICIO
Y.B Dato’ Zainal Rahim bin Seman ( Setiausaha Kerajaan Negeri)
Y.B Dato’ Faiza binti Zulkifli (Penasihat Undang-undang Negeri P.P)
Y.B Dato. Haji Farizan bin Darus (Pegawai Kewangan Negeri P.P)
Y.Bhg Sahibus Samahah Dato’ Haji Hassan Haji Ahmad ( Mufti P.P)
Y.Bhg. DCP Dato’ Wira Ayob bin Haji Yaacob (Ketua Polis P.P)
AHLI
Y.B Tuan Abdul Malik bin Abul Kassim ( LA MALAUN YANG TAK TAU HUKUM HAKAM PUN JADI AHLI???)
Y.B Ustaz Maktar bin Shafee ( V3 BAGAIMANA?BILA NAK TUTUP?DULU KATA DATO RASHID?
Y.Bhg. Dato’ Haji Hashim bin Yahaya
Y.Bhg. Dr Danial bin Zainal Abidin
Y.Bhg. Ustaz Abd Aziz @ Aziz bin Che Yacob
Y.Bhg. Ustaz Rosidi bin Hussain
Y.Bhg. Haji Zainudin bin Hanif
Puan Norhayati Jaafar.
Sehubungan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ustaz Haji Elias bin Haji Zakaria sebagai Yang Di Pertua MAINPP dan Timbalan beliau Yang Berhormat Ustaz Saleh bin Man.
MAIPP DI ANGGOTAI OLEH ORANG KUAT PKR, JIM DAN PAS.TAPI DISEBALIK MAIPP INI NANTI ADA KUKU KAFIR DAP. MAIPP BERKUASA KE ATAS PUZ. BANYAK DUIT TU....BARU BARU NI PUZ SERAH WANG BANTUAN PUN ,MELALUI ADUN JAWI YANG KAFIR TU.TAK LAMA PASTI, TASKI JIM DAN BANYAK LAGI AKAN BEREBUT BAJET NAK DAPAT PROJEK PUZ. TUNGGUUUUU.