UNDI 63-60.UMNO BERKELAHI DALAM PROVOKASI
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Saya merujuk Sinar Harian, Edisi Terengganu, mukasurat N7 hari ini(1 Januari 2010), bertajuk "BUKAN SALAH SAYA:NAZRI". Pergerakan Wanita UMNO mendesak Nazri Aziz letak jawatan kerana ketidakhadiran wakil rakyat2 UMNO dalam sidang parlimen 14 Disember lalu ketika pengundian meluluskan Bajet 2010.
Jawapan beliau mudah sahaja, "Bukan saya yang patut lepaskan jawatan, tetapi wakil rakyat yang tidak hadir perlu letak jawatan dan memohon maaf." Beliau juga menuduh wanita UMNO tidak faham bidang tugas.
WANITA UMNO BODOH "Tindakan mereka kurang bijak. Mereka tidak faham tugas saya sebagai individu bertanggungjawab terhadap kerajaan bukannya parti. Sekiranya tidak faham, jangan bercakap dan bertindak seperti orang bodoh.
" AHLI PARLIMEN UMNO PERLU LETAK JAWATAN "Saya tidak bersalah dalam hal ini dan yang patut disarankan letak jawatan bukannya saya, sebaliknya wakil rakyat yang tidak hadir di parlimen, itu adalah tanggungjawab mereka sebagai Ahli Parlimen." katanya.
ULASAN MY SRIMUARA
DAH TAHU ANDA SEBAGAI AHLI PARLIMEN, MAI AJELAH BERTUGAS. DAH TAHU NAK LULUSKAN USUL MAI AJELAH. ITUKAN TUGAS.JANGAN DOK SALAH ORANG LAIN. YANG UNTUNG PEMBANGKANG. KES DAH BERLALU AMBIL IKTIBAR AJELAH.CUKUP DAN TAK PERLU BERTENGKAR