TUN M VS PAK LAH....INILAH UMNO DALAM 3L
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Najib bukan punca
KUALA TERENGGANU - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menganggap krisis dalaman yang melanda komponen parti kerajaan sebagai tidak pernah berlaku dalam sejarah Pengerusi Barisan Nasional (BN) sebelum kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan Najib dan mengatakan ia bukan berpunca daripada kepimpinan Perdana Menteri sekarang. Sebaliknya, beliau mengakui ia berpunca daripada peninggalan atau warisan daripada Pengerusi BN sebelumnya. “Saya dapati seluruh BN hadapi masalah termasuk UMNO, MCA, Gerakan, PPP dan MIC. Ini adalah hasil bukan kerana Datuk Seri Najib, ini ‘warisan’,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, semalam. Menurutnya, BN hanya mempunyai masa dua tahun dari sekarang untuk memperbetulkan pelbagai perkara bagi memperkukuhkan kedudukan politik parti kerajaan di negara ini.
Ditanya pandangan beliau berhubung penyelesaiannya, Tun Mahathir menyerahkan sepenuhnya kepada Najib dengan cara beliau sendiri bagi memastikan BN tetap menang pada pilihan raya umum akan datang. Beliau berkata, kemelut politik turut berlaku pada zaman Tun Abdul Razak Hussein yang juga bapa kepada Najib, namun dapat diselesaikan dengan menyatukan parti kerajaan dan pembangkang dalam BN. “Tahun 1970 yang mana Tun Razak telah menguasai keadaan dengan membuka perikatan menjadi BN. Dengan itu diserap masuk parti lain, itu cara Tun Razak, jadi saya fikir tidak tahulah cara anak dia, Datuk Seri Najib, terpulang pada dialah,” katanya.
Mengenai konsep 1Malaysia, Tun Mahathir mengakui belum memahami sepenuhnya pendekatan yang dibawa Najib dan hakikat tersebut dilihat tidak seiring dengan apa yang berlaku dalam negara ketika ini apabila Malaysia dilihat menggunakan tiga bahasa pengantar ilmu dalam sistem pendidikan. Menurutnya, keadaan itu perlu direalisasikan melalui cara tertentu yang mampu menyatukan semua kaum di Malaysia bagi menjadikan rakyat negara ini benar-benar bersatu dengan 1Malaysia. “Kita hanya laung, tetapi benarkah 1Malaysia? Kalau benar, kita adalah orang Malaysia. Tiadalah Melayu, Cina, India, Melanau dan Iban (semuanya) belajar dalam satu bahasa,” katanya
ULASAN :
DULU, KINI DAN SELAMANYA TUN M AKAN SALAHKAN PAK LAH?KENAPA?
SIAPA AMBIL PEDULI AKAN HAL INI DAN KEMANAKAH HENDAK DI BAWA NEGARA DAN PERPADUAN UMMAH.