feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

LEBIH RAMAI YANG GUGUR AKIDAH KERANA PAS

dengan bantuan PAS dan PKR, kristian berjaya dalam misi dakwah mereka merosakan akidah umat Islam. Jangan marahkan anak-anak kita sekiranya mereka murtad kerana perjuangan memurtadkan umat Islam berpaksikan PAS dan PKR

Mahkamah putuskan perkataan 'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly. Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.


Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008. Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Pakiam yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden, pertama dan kedua. Pakiam, antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang beliau menggunakan perkataan 'Allah' dalam He-rald Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan 'Allah' bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam saja.


HUJAH RINGKAS YANG MEROSAKKAN AKIDAH UMAT:


Sumber ALQURAN ~ Terjemahan surah Al Ikhlas :


[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

[2] “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

[3] “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

[4] “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya



lihat pula sumber BIBLE ~


Terjemahan Yohanes 3:16 "Oleh sebab Tuhan amat mengasihi dunia ini, Dia telah memberikan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap manusia yang mempercayai-Nya tidak akan binasa, tetapi beroleh hidup yang kekal.Sekarang kita tukar perkataan Tuhan dalam bible dengan ALLAH. "Oleh sebab ALLAH amat mengasihi dunia ini, Dia telah memberikan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap manusia yang mempercayai-Nya tidak akan binasa, tetapi beroleh hidup yang kekal." Nauzubillah.. ayat ini telah menafikan surah Alikhlas. Nauzubillah..Allah mempunyai anak.


mengapa tok guru pas tak fikir sampai tahap ini.memang Allah Tuhan sekalian alam. Tetapi kafir kristian tu dah menyatakan Allah ada anak. bukankah contoh di atas akan menyebabkan berlaku salah faham yang amat dahsyat pada umat.kenapa pas terlalu bodoh dalam hal ini kerana inginkan undi???????KERANA MARAHKAN UMNO, MUSNAHKAN AGAMA ISLAM!!!!!