SEKITAR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO-SAYAP PEMUDA UMNO
DATO' NORZA CONFIRM ORANG KHAIRY, SHAMSUL BAGAIMANA?
REEZAL DENGAN TRADE MARK GPMS DAN SETPOL PAK LAH, RAZALI DENGAN TRADE MARK BEKAS SETIAUSAHA SULIT DATO' HISHAMUDDIN DAN ROZABIL DENGAN TRADE MARK DATO' SHAHIDAN KASSIM....SIAPAKAH YANG MENAMBAT HATI PERWAKILAN TAHUN 2008
BARISAN KEPIMPINAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2007Saturday, November 10, 2007 |
INTIPATI KESIMPULAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2007
"SAYA PANTANG DI CABAR"
‘Saya pantang dicabar’ -- Amaran PM kepada penganjur perhimpunan haram di KL hari ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada penganjur perhimpunan tanpa permit di ibu negara esok supaya jangan berdegil mahu meneruskannya.
Saturday, November 10, 2007 |
ISLAM DIBURUKKAN OLEH PAS
KUALA TERENGGANU, 24 Nov (Bernama) -- Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Abdul Hadi Awang menggunakan sepenuhnya tempoh kempen singkat pilihan raya umum ke-10 ini dengan bergerak setiap malam mengikut kawasan Parlimen. Keadaan hujan yang tidak menentu membuat beliau menukar strategi dengan menumpu perhatian kepada majlis dialog yang jumlah hadirin terhad dan tidak lagi berceramah di kawasan terbuka yang lazimnya dianjurkan PAS. Majlis dialog itu biasanya diadakan di rumah dan kawasan wakaf yang turut disediakan khemah bagi melindungi pendengar yang berjumlah antara 50 dan 60 orang, daripada hujan. Bagi mereka yang berkenderaan mereka duduk di dalam kereta atau van. Seorang pembantu khas Abdul Hadi yang tidak mahu namanya disebut berkata majlis dialog ini dianggap lebih berkesan kerana cara ini akan membolehkan Abdul Hadi menyelam kehendak dan pandangan pendengar.
Dan kebanyakannya ada persamaan, antaranya mengenai kerjasama PAS dan DAP, sejauh mana kerjasama PAS dengan parti-parti pembangkang lain di bawah apa yang digelar Barisan Alternatif dan cara pentadbiran PAS jika memerintah Terengganu. Ada juga yang mengajukan persoalan seperti adakah Islam menggalakkan umatnya memaki hamun sesama sendiri, mengenai dakwaan kekejaman polis terhadap bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembentukan negara Islam dan strategi ekonomi jika PAS memerintah Terengganu dan negara. Waktu yang suntuk tidak mengizinkan lebih banyak soalan diajukan lebih-lebih lagi Abdul Hadi mengambil masa yang panjang untuk memberi jawapan kepada setiap soalan yang dikemukakan. Walaupun jawapan-jawapan Abdul Hadi adalah yang lazim didengar, namun caranya begitu meyakinkan dengan memberikan alasan-alasan tentang dakwaan kezaliman dan penyelewengan yang kononnya dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional termasuk tindakan undang-undang yang dilakukan terhadap Anwar.
-- BERNAMA
Friday, November 09, 2007 |
PAS YANG PENAKUT: HIMPUNANKAN RAKYAT MELAWAN UNDANG-UNDANG
DEMO BERSIH.BERSIH YANG KOTOR DAN PAS DAN KEADILAN CUBA MEMPERKUDAKAN RAJA-RAJA MELAYU. BERSIH MENGAMBIL SIMBOL KUNING UNTUK MENGHARAPKAN KASIH YANG DIPERTUAN AGUNG, SEDANGKAN MEREKA SENDIRI TIDAK DEMOKRASI.PRU KE 11, TERBUKTI PAS DITOLAK DI TERENGGANU.
PROVOKOSI PAS DI DALAM AKHBARNYA.PAS TERPAKSA BERHIMPUN UNTUK MENGHURU HARAKAN NEGARA DAN MEMAKSA YANG DI PERTUAN AGUNG MENGUMUMKAN DARURAT.INILAH TEKTIK KOTOR PAS.
ANWAR YANG TIDAK HABIS-HABIS LAGAKAN NAJIB DAN PAK LAH. INILAH MANUSIA YANG AMAK KUASA , GILA KUASA DAN BERANGAN-ANGAN NAK KAN KUASA PM.Friday, November 09, 2007 |
PAS BERTUHANKAN ULAMAK BUKAN ALLAH
ULAMAK MELEBIHI TUHAN DALAM PAS1.Dato Nik Aziz menghalalkan mencarut adalah sama seperti pendita yahudi mengubah hukum allah, sedangkan allah mengharamkan mencarut. Ini terdapat di dalam al-quran dan Sunnah Rasululllah saw.
2. Bagaimana ustaz-ustaz pas dan pemimpin pemimpin pas mengubah menghalalkan mengadu domba, mengumpat dan lain-lain. Dengan memperkatakan dan mengajar di dalam kitab ada ulama yang memperbolehkan mengumpat. sila rujuk ayat 9:31, 9:32, 9:34. Sila rujuk firman allah swt bagaimana allah berfirman di dalam quran ayat-ayat tersebut.
3. Bagaimana ulama-ulama pas menipu ahli-ahlinya dengan memperkatakan tentang hukum-hukum allah swt.
4. Bagaimana ulama-ulama mengumpul kan kekayaan mereka. Bagaimana zuhudnya hidup Rasulullah saw dan para sahabat, dengan menyedekah kepada golongan-golongan miskin dan fakir miskin. Ini adalah peranan kekayaan yang dimainkan oleh ulama, para ustaz, para orang alim Islam di masa dulu dan bagimana pula dengan hari ini. Kekayaan di kumpul untuk kepentingan sendiri.
5. Tipu daya para ustaz dan para ulama yang menipu orang awam di dalam kehidupan harian mereka.
6. Ulama, para ustaz dan para orang alim tidak lagi mengikut sunnah Rasulullluh dan mengikut hanya yang termampu dan memutarkan untuk kepentingan diri sendiri.
Namun begitu masih ada yang benar dengan hidayah allah swt seperti bagimana pendita-pendita yahudi dan nasarani yang memperkatakan tentang kenabian nabi muhammad kepada abu talib, apabila mereka melihat apa yang di kisahkan oleh pendita mereka tentang kenabian muhammad rasulullah saw.
Friday, November 09, 2007 |
MENUNGGU MAT SABU PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG
Gambar ini I tengah tunggu tok guru pas menghalalkan perzinaan pula, selepas mencarut...boleh......????? Halalkan perzinaan orang pas yang berzina....Ada dia cerita kat saya.......Nampak gaya parti PAS dah kurang berdakyah, maklumlah kini kerajaan dah perketatkan permit atau PAS dah kekeringan modal nak jual idea-idea lapuk dan basi. Maklumlah yang memimpin semuanya orang-orang tua ketinggalan zaman. Lagi pun dah tak berapa lama nak hidup, sebab kecoh sangat. Tapi yang penting mereka ini nak memimpin, maklumlah dah dekat 50 tahun masuk bertanding dalam pilihanraya tapi tak menang-menang. Agak bila PAS nak menang????? .
Lagi satu orang PAS bila kena UMNO dan ahli UMNO, pemimpin UMNO depa heboh satu negara. Tapi bila depa kena tangkap basah seperti sheikh Mat Sabu, depa senyap. Tak cerita pun kat rakyat, rakyat nak tau juga, siapa betul siapa salah. Ingat kat kes dengan NOrmah...buang kes awat kena marah dengan Nik Aziz kot pengawai pencegah maksiat. BAGI MAKLUMAT YANG SALAH PADA MAKAHMAH. Sheikh Mat Sabu sikit puna gila kat siti norhazila, tiap-tiap cermah asyik dok sebut nama siti. I rasa siti norhazilah tak boleh cik siti wau kembang boleh la......Mat Sabu Oooooiiiiii. Suruh Nik Aziz recommen. Di Kelantan banyak.
Friday, November 09, 2007 |
PUTERI MENGINGATKAN PPP
Friday, November 09, 2007 |
SEKILAS PANDANG : PAK LAH DI SEKITAR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2007
Selamat pulang ke destinasi masing-masing bagi seluruh perwakilan UMNO yang menghadiri PAU 2007. Mutiara Melayu Pulau Pinang berharap perwakilan UMNO negeri Pulau Pinang dapat merealisasikan dapatan perhimpunan. Program turun ke cawangan perlu dilaksanakan bagi menceritakan kepada rakyat dan ahli UMNO tentang apa jua yang berlaku di dalam Persidangan Agung UMNO 2007. Banyak yang perlu rakyat tahu. Hangat-hangat tahi ayam dapat memberi faedah kepada manusia kerana tahi ayam baik dijadikan baja.
Friday, November 09, 2007 |
INTIPATI UCAPAN PAK LAH DLM PAU 2007


1.UMNO tidak sekadar berjaya menerajui pemerintahan negara selama lima puluh dua tahun, malah kepimpinan UMNO telah berjaya membangunkan bumi Malaysia menjadi antara negara termaju, mencatatkan selama tempoh lima puluh tahun lalu, kadar pertumbuhan purata ekonomi KDNK 6.3 peratus. Sewaktu mencapai kemerdekaan, negara kita adalah antara yang termiskin di dunia; kini negara kita adalah antara negara terulung di dunia dari segi indeks pembangunan insan. Pendapatan nominal mencecah paras per kapita 20,900 ringgit, meningkat 26 kali ganda sejak merdeka
7.GLC bertambah kukuh hasil dari transformasi yang berjaya dilaksanakan. Amalan korporat yang lebih baik, bukan hanya memberi manfaat kepada GLC, malah para pemegang saham utama GLC, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Haji serta Permodalan Nasional Berhad. Secara tidak langsung, ianya memberikan limpahan kepada rakyat dalam bentuk dividen dan bonus. Sebagai contoh, semenjak usaha transformasi dilaksanakan, dividen Lembaga Tabung Haji meningkat daripada 4.3 peratus pada tahun 2004 kepada 4.75 peratus pada tahun lalu. Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja meningkat dari 4.75 peratus pada tahun 2004 kepada 5.15 peratus pada tahun 2006.
8.Beberapa langkah penambahbaikan yang diperkenalkan telah pun menunjukkan hasil. Berikutan penubuhan skuad pemprosesan khas, 98 peratus dari kes urusan tanah tertunggak sejak tahun 2001 telah dapat diselesaikan. Kini, urusan cukai boleh dijalankan melalui internet dan pulangan kredit kepada pembayar cukai menerusi sistem ‘e-filing’ telah dapat dipendekkan tempohnya, daripada berbulan malah bertahun, ke 30 hari. Pasport dan kad pengenalan kini boleh disiapkan pada hari yang sama berbanding 2 minggu sebelum ini. Pelan bangunan kini dapat diluluskan dalam masa 142 hari, sijil ‘perakuan siap dan pematuhan’ (Certificate of completion and compliance – CCC) dikeluarkan dalam masa 134 hari, berbanding tempoh berbulan dan bertahun di masa dahulu
8.Usaha membangunkan koridor ekonomi ini juga membawa pendekatan baru dalam perancangan pembangunan yang melibatkan sektor swasta berperanan lebih aktif. Sebagai contoh, adalah dilaporkan bahawa 70 peratus dari kawasan industri di kawasan utara tidak digunakan kerana gagal menarik penyertaan swasta. Oleh yang demikian, kita telah memastikan penyertaan langsung sektor swasta di peringkat merangka serta di peringkat melaksana koridor ekonomi. Ini untuk memastikan bahawa pelaburan yang dibuat bersifat komersil dan mampu menjana pulangan yang setimpal, di samping membawa faedah pembangunan yang dijanjikan untuk rakyat.
9. Pelancaran Wilayah Pembangunan Iskandar pada 4 November 2006 telah membawa satu era baru dalam pembangunan negara. Pembangunan yang berkonsepkan hab sektor perkhidmatan - khususnya dalam industri-industri kreatif, pendidikan, kesihatan, kewangan, pelancongan dan logistik – dijangka akan melonjakkan wilayah Selatan Johor sebagai nadi pembangunan yang pesat, dinamik dan disegani di seluruh rantau Asia dan dunia keseluruhannya.
10. Wilayah Ekonomi Koridor Utara – yang meliputi negeri Perlis, Pulau Pinang, Kedah, dan utara Perak – merupakan rancangan yang akan menekankan pembangunan pelbagai sektor, bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat di Wilayah tersebut dan membasmi kemiskinan. Begitu juga dengan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, dan daerah Mersing di Johor. Kita juga akan memastikan bahawa nikmat pembangunan akan melimpah ke seluruh negara, termasuk bagi negeri-negeri di bahagian timur Malaysia. Untuk itu, koridor ekonomi di Sabah dan Sarawak akan turut dibangunkan dengan mengambil kira keperluan dan hasrat pembangunan di negeri-negeri tersebut. Kesemua rancangan pembangunan koridor ini bertujuan untuk mengubah nasib masyarakat di luar bandar supaya lebih sejahtera menikmati hasil kemakmuran.
11.Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara telah dilancarkan pada 27 Ogos lalu. Pelan tersebut menjadi asas kepada pembangunan pengajian tinggi negara sehingga tahun 2020. Pelan tersebut menyuntik pembaharuan kepada program pendidikan tinggi supaya dapat memperlengkapkan usaha pembangunan negara. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk melihat institusi pengajian tinggi negara mewujudkan suasana pembelajaran yang kompetitif berlandaskan prestasi dan meritokrasi. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hendaklah berupaya mengeluarkan graduan berprestasi tinggi hingga menjadi rebutan majikan di pasaran kerja global. IPT negara juga harus berupaya menghasilkan penyelidikan berkualiti yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.
12.Industri Kecil dan Sederhana atau IKS berperanan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. IKS memerlukan modal insan terlatih yang memiliki kemahiran bersesuaian. Latihan teknikal dan vokasional akan terus dikemaskinikan supaya dapat memenuhi keperluan industri. Latihan teknikal dan vokasional akan dirangkaikan dengan keperluan industri dan diberi imej baru, agar mampu memberi keyakinan baru serta memenuhi aspirasi baru. Sekolah-sekolah agama rakyat juga diseru melakukan anjakan pendekatan, mempelbagaikan kandungan dan meluaskan disiplin ilmu. Pelajar-pelajar di sekolah agama rakyat akan dibekalkan dan diperlengkap dengan ilmu, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang membolehkan mereka menghadapi keperluan modal insan dalam era globalisasi dan ekonomi berpaksikan pengetahuan.
Thursday, November 08, 2007 |
NIK AZIZ TOLAK UKHUWAH CARA ISLAM
Thursday, November 08, 2007 |
HARAKAHDAILY MENDEWAKAN WANITA TIDAK BERTUDUNG DI DALAM RUANGAN IKLANNYA
Thursday, November 08, 2007 |
KERIS MELAYU PELINDUNG SEMUA
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam menjelaskan keris bukan saja menjadi lambang kedaulatan orang Melayu, malah menggambarkan simbol kuasa kerajaan yang diterajui Umno yang bertanggungjawab melindungi rakyat semua kaum. Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang bukan Melayu supaya tidak mencipta musuh semata-mata kerana semangat perkauman yang melulu dan takutkan bayang-bayang atau lambang kedaulatan serta pengorbanan Melayu itu. Sambil menegaskan beliau tidak mahu lagi melayan polemik berhubung tindakannya mengucup dan menghunus keris, Hishammuddin berkata, orang bukan Melayu tidak harus bimbang kerana Umno selama ini berjuang untuk mempertahankan kepentingan negara dan semua rakyat.
"Keris tidak dihunus tanpa bertempat. Keris dihunus dengan tekad untuk mempertahankan bangsa dan kepentingan negara, bukan hanya untuk orang Melayu tetapi juga untuk mempertahankan kaum lain yang bernaung di negara ini. "Keris Melayu menjadi pelindung kepada semua orang seperti juga kerajaan yang sentiasa melindungi rakyat pelbagai kaum yang bernaung di bawahnya. "Berteduhlah di bawah perlindungan keris Melayu yang berdaulat ini. Tiada siapa yang harus gementar atau gugup dengan lambang yang abadi itu. Oleh itu jangan dicipta musuh yang tiada dan jangan takut bayang-bayang. Janganlah dikhuatiri sebuah perlambangan. "Janganlah terbawa-bawa dengan semangat perkauman melulu sehingga hilang rasa hormat yang dibina sekian lama dengan pengorbanan orang Melayu. "Saya ingin menyatakan untuk kali terakhir bahawa Pemuda tidak akan melayan lagi polemik melulu ini," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada persidangan pergerakan itu. Mesej beliau dalam ucapan yang bertema 'Pemuda Perjuangan' itu ditujukan kepada pemimpin dan masyarakat bukan Melayu yang mendakwa tindakannya menghunus Keris Panca Warisan pada persidangan Pemuda Umno tahun lalu kononnya sebagai mencabar mereka. Terdahulu, Keris Panca Warisan diarak masuk dan Hishammuddin yang berada atas pentas utama bersama kepemimpinan Pemuda Umno, menghunus, mengucup dan menjulangnya sebagai tanda perjuangan pergerakan itu membela bangsa, agama dan negara.
Hishammuddin yang menjelaskan secara panjang lebar erti keris dari sudut adat dan budaya Melayu, berkata keris dikucup bukan sekadar menerima kuasa malah tanggungjawab yang datang bersamanya serta kesediaan menjunjung tinggi tugas yang diwarisi dengan penuh keinsafan dan kejujuran. "Keris dijulang bermakna menjulang kuasa, kedaulatan dan tanggungjawab yang diserahkan dengan ikrar untuk berlaku adil dan saksama menunaikan amanah yang diterima," katanya. Hishammuddin berkata, tekad yang dibawa melalui Keris Panca Warisan dan semangat panji Sang Saka Bangsa mencerminkan perjuangan Umno bagi mendukung cita-cita kebangsaan demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Katanya, walaupun Umno dituntut mempertahankan agama, bangsa dan kedaulatan negara, Perkara 3 Perlembagaan Umno sentiasa mengingatkan ahli parti supaya mewujudkan kerja sama antara kaum bagi melahirkan rakyat yang kuat dan bersatu. "Pemuda Umno sedar tidak mudah untuk mentadbir sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia tetapi kita sudah mengamalkan konsep perkongsian kuasa secara berkesan. Kita juga sedar jalan ke arah mencapai kesempurnaan dalam soal hubungan kaum sememangnya penuh berliku. "Justeru, usahlah diungkit perkara yang sudah sama-sama dipersetujui di mana teras kekuatannya sudah lama teruji.
Thursday, November 08, 2007 |
GURU KUMPULAN A DIBENARKAN AKTIF DALAM PARTI POLITIK
KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan Pemuda Umno menggesa kerajaan menarik balik larangan kepada pegawai kumpulan A, khususnya guru, daripada bergiat aktif dalam politik, termasuk memegang jawatan dalam parti. "Kalau sekatan ini diteruskan, Umno tidak ada guru-guru lagi," kata wakil dari Pulau Pinang, Mohd Zaidi Mohd Said di perhimpunan pergerakan itu hari ini. "Tunjang kekuatan Umno suatu dulu akan hilang daripada parti."
Thursday, November 08, 2007 |
UMNO :ASPIRASI NEGARA
KUALA LUMPUR: Umno perlu melaksanakan konsep AN ataupun singkatan kepada Aspirasi Negara sebagai rujukan untuk negara menghadapi cabaran dan pembangunan 50 tahun akan datang.Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Othman Aziz berkata singkatan itu juga dirangka berdasarkan gabungan pucuk pimpinan parti antara Presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak."Akronim yang merujuk kepada A (Abdullah) - N (Najib) adalah satu bentuk gabungan kepimpinan yang mencipta kejayaan untuk mencapai aspirasi negara menjelang 2057," katanya ketika menyokong usul terima kasih ucapan dasar Presiden Umno yang dibentangkan oleh Ketua Penerangan Umno Terengganu Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Perhimpunan Agung Umno di sini hari ini.Othman berkata konsep AN merupakan ungkapan yang dirujuk kepada ideaidea Abdullah yang juga Perdana Menteri yang bersifat universal serta memberi kebaikan kepada masyarakat, negara dan dunia.Beliau berkata idea tersebut amat berbeza dengan idea pemimpin terdahulu kerana ia bukan idea yang menjurus kepada sasaran yang bersifat terhad sebaliknya menyasarkan matlamat yang lebih besar dan luas."Idea seperti Islam Hadhari, pembangunan wilayah, pembangunan sektor ekonomi dan pertanian serta pencapaian Malaysia di peringkat antarabangsa adalah satu anjakan idea yang berbeza dengan idea yang diutarakan oleh pemimpin sebelum ini."Ia selaras dengan idea aspirasi bangsa yang diperluaskan kepada aspirasi negara dan dipersembahkan di persada dunia," katanya.Beliau berkata konsep AN juga merupakan satu bentuk gabungan usaha antara dua pemimpin utama yang sentiasa memastikan kejayaan masyarakat dan negara.Othman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah turut meminta Abdullah mempertimbangkan keputusannya melarang Menteri Kabinet memegang jawatan dalam persatuan sukan kerana ia dapat membantu menaikkan martabat sukan negara."Saya lihat penglibatan mereka ini bukan hanya kerana jawatan tetapi lebih kepada minat dan kesungguhan, kadang-kadang pemimpin persatuan sukan tidak mempunyai semangat jati diri maka mereka tidak menghiraukan apa yang berlaku," katanya. BERNAMAThursday, November 08, 2007 |

























