NIK AZIZ TOLAK UKHUWAH CARA ISLAM
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata penggabungan antara parti itu dan UMNO adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai kerana percantuman itu ibarat pergaulan lelaki dan wanita yang bukan mahram, sesuatu yang ditegah oleh agama."Macam laki-laki dengan perempuan tak boleh bertemu. Hendak gabung tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan East Computech System Sdn Bhd di Kota Bharu Rabu.Menurut Nik Aziz antara faktor lain yang menyebabkan penggabungan itu sukar adalah UMNO pernah menyingkirkan anggotanya yang kemudian menubuhkan PAS."Boleh jika nak gabung, tapi UMNO perlu ubah dasar dia...daripada kebangsaan kepada Islam," katanya.