feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS BERTUHANKAN ULAMAK BUKAN ALLAH

ULAMAK MELEBIHI TUHAN DALAM PAS
BARISAN KEPIMPINAN PAS YANG MENIPU TUHAN.
Ar Razi seketika mentafsirkan ayat ini di dalam tafsoirnya "Mafatihul Ghaib" telah membawa penyakit mempertuhan guru dan pendeta yang terdapat dalam Yahudi dan Nasrani itu jadi perbandingan kepada keadaan Umat islam di zaman ini. Ar Razi berkata bahawa guru beliau pernah mengatakan kepdanya, bahawa belaiu menyaksikan suatu golongan dai Fuqaha yang ber TAQLID itu, seketika aku bacakan kepada mereka ayat-ayat banyak dari kitab Allah dari beberapa masalah, padahal mazahab mereka berlainan dari yang tersebut dalam ayat itu, maka tidaklah mereka mau memperdulikan nya, bahkan mereka mamandang kepada ayat itu tercengang-cengang. Iaitu mereka berfikir, bagiaman mungkin beramal menurut maksud ayat ini, padahal riwayat dari ulama-ulama ikutan kita berbeda dengan itu? Maka kalau engkau renungkan dengan sungguh-sungguh, akan engkau ketahui bahawa penyakit itu sudah sangat menular dalam kalangan ahli dunia.


Lalu Ar Razi mengatakan lagi. Pendek kata maksud mempertuhankan guru dan pendeta itu boleh difahamkan bahawa mereka taat setia memegang kata mereka, mestipun bertentangan dengan hukum Allah. Dan boleh juga difahamkan bahawa mereka menerima dari pempinan agama itu berbagai ajaran yang memebawa kufur., sehinggalah kepada Allah. Maka dengan sebab itu jadilah mereka telah tergolong mengambil selain Allah menjadi Tuhan. dan Mungkin juga diartikan bahawa si pengikut itu percaya bahawa Allah telah menjelma kepada diri guru-guru dan pendeta-pendeta itu (Hulul) atau mereka telah bersatu dengan Allah (Ittihad). Dan ke empat-empat macam ini telah dapat disaksikan dan telah bertemu pada umat ini.

Inilah perkataan Ar Razi yang mengarang tafsirnya pada abad-abad pertengahan dalam Islam. Beliau menegaskan bahawa penyakit-penyakit kepercayaan Yahudi dan Nasarani itu telah berjumpa pula dalam kalangan Islam. Lebih memetangkan kata Ulama daripada kata Allah dan Rasul. Taqlid dala soal-soal fiqhi, sehingga tidak mau lagi meninjau fikiran yang baru, sehingga agama menjadi membeku. Sehingga timbullah pertengkaran dan pertentangan dan sampai kepada permusuhan di antara Muqallid suatu mazhab dengan Muqallid mazahab yang lain. Kadang-kadang sampai memusuhi orang yang berlainan mazahab sama dengan memusuhi orang yang berlainan agama.

Gejala mendewa-dewakan guru, baik di waktu hidupnya, ataupun sesudah matinya. Di dalam kalangan Islam tumbuhlah permujaan yang berlebih-lebihan kepada guru-guru yang dikeramatkan, dan setelah si guru mati, kuburnyapun mulai dikeramtkan pula, iaitu diberhalakan. Mereka tidak akan mau mengakui bahawa mereka telah mempertuhankan guru, sebagai juga orang Yahudi dan Nasarani tidak juga mengaku bahawa guru-guru dan pedeta yangmereka puja-puja itu tidak juga akui sebagai Tuhan. Adi B Hatim pun mula membantah ayat ini, kerana dia sebagi orang Nasarni tahu benar, bahawa kaumnya tidak mempertuhankan pendeta. samalah orang Yahudi, orang nasarni dan orang Islam yang menurut jejak mereka dalam satu pengakuan, iaitu bahawa mereka tidak mengaku dengan mulut bahawa pujian itu adalah Tuhan, melainkan melangsungkan dengan perbuatan, memberikan kepada mereka pemujaan-pemujaan dan ibadat yang seharusnya hanya dihadapkan kepada Allah.

Mengkeramatkan guru dan Ulama, sampaipun kepada ajaran Nur Muhammad ini, meyelusup ke dalam kalangan kaum Shufi, pelajaran Tasawauf yang sudah sangat Ghuluw (berlebih-lebihan), sehingga dalam beberapa pelajaran thariqat kita dapati ajaran bahawa hendaklah murid menyerahkan jiwa raganya kepada syaikhnya seumpama menyerahkan mayat ketika hendak dimandikan. Tidak bertanya, tidak bantah dan walaupunkelihatan nyata dengan mata kepala sendiri bahawa syaikh itu telah berbuat maksiat hendaklah diterima saja, dan beliau lebih dekat kepada Allah Taala. Mungkin kepada beliau telah dibuka Kasyaf, telah terbuka jalan yang tertinggi, sehingga apa yang kelihatan oleh kita pada Zahir bahawa dianya haram, mugkin hal itu halal.!!!

Dalam Fiqh pemahaman agama pun demikian pula. penentuan halal dan haram, hanyalah semata-mata hak Mutlak dariapada Allah dan rasul. Malahan hukum Halal dan haram yang dari Rasul pun, tidak pernah keluar dari garis yang ditentukan oleh Allah swt. Sebab itulah maka dikatakan bahawa sunnah adalah tafsir pertama dari kitab. Adapun yang tidak ada Nashnya yang sahih, termasuklah dia ke dalam masalah Ijtihadiyah, masalah Fiqhi dan pemikiran Ulama, yang kadang-kadang tepat mencatat kebenaran atau mendekatinya dan kadang-kadang terdapat kekhilafan. Maka ulama-ulama besar pelopor dari ijtihad, baik sahabat-sahabat Rasulullah saw atau Ta'iín, seumpama Ibrahim An Nasahai ataupun Ulama Muqadimin sebagai Imam Malik, Imam Abu Hanaifah, Asy Syafii, Imam Ahmad bin Hambal, Al Auzai dan lain-lain, tidaklah mereka berani membuat hukum sendiri bahawa ini halal, ini haram, setegas Al-Quran. sebab kalau mereka telah berbuat demikian, mereka telah mengambil hak mutlak Allah Talla. Bila lihat keterangan Asy Syafiie di dalam Al-Umm atau Ar Risalah, maka dalam hal yang pada pendapatnya bahawa sesuatu itu tidak baik dikerjakan, setinggi-tingginya belai berkata Akrihu-hu-(saya benci akan itu). Bukan saja Syafiie bahkan umumnya ulama-ulama yangb besar-besar itu demikian halnya. dalam hal yang ijtihadiyah, beliau hanya mengatakan La yanbaghi (tidak syugianya) atau La Yashluhu (tidak Patut) atau Astaqbihu-hu (saya anggap hal yang buruk) atau beliau berkata La Arahu (saya tidak menganggapnya baik).

BETAPA AHLI-AHLI PAS TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR DARI APA YANG AL-QURAN KISAHKAN TENTANG ORANG-ORANG YAHUDI DAN NASARNI, BAGAIMANA PENDITA-PENDITA MEREKA MENGHALALKAN YANG HARAM DAN MENGHARAM KAN YANG HALAL DAN TELAH MENGAMBIL PERANAN ALLAH TUHAN SEKIAN ALAM (9:34 QURAN), BAGIMANA MEREKA MENGUMPUL KEKAYAAN DAN BAGAIMANA MEREKA MENGUBAH AYAT-AYAT TAURAT DAN INJIL UNTUK KEPENTINGAN MEREKA, SAMA SEPERTI PAS MENAFSIR AYAT-AYAT AL-QURAN.

Kita boleh membuat suatu kesimpulan bagimana pas dengan ayat 9:31 hingga 9:35:-
1.Dato Nik Aziz menghalalkan mencarut adalah sama seperti pendita yahudi mengubah hukum allah, sedangkan allah mengharamkan mencarut. Ini terdapat di dalam al-quran dan Sunnah Rasululllah saw.
2. Bagaimana ustaz-ustaz pas dan pemimpin pemimpin pas mengubah menghalalkan mengadu domba, mengumpat dan lain-lain. Dengan memperkatakan dan mengajar di dalam kitab ada ulama yang memperbolehkan mengumpat. sila rujuk ayat 9:31, 9:32, 9:34. Sila rujuk firman allah swt bagaimana allah berfirman di dalam quran ayat-ayat tersebut.
3. Bagaimana ulama-ulama pas menipu ahli-ahlinya dengan memperkatakan tentang hukum-hukum allah swt.
4. Bagaimana ulama-ulama mengumpul kan kekayaan mereka. Bagaimana zuhudnya hidup Rasulullah saw dan para sahabat, dengan menyedekah kepada golongan-golongan miskin dan fakir miskin. Ini adalah peranan kekayaan yang dimainkan oleh ulama, para ustaz, para orang alim Islam di masa dulu dan bagimana pula dengan hari ini. Kekayaan di kumpul untuk kepentingan sendiri.
5. Tipu daya para ustaz dan para ulama yang menipu orang awam di dalam kehidupan harian mereka.
6. Ulama, para ustaz dan para orang alim tidak lagi mengikut sunnah Rasulullluh dan mengikut hanya yang termampu dan memutarkan untuk kepentingan diri sendiri.
Namun begitu masih ada yang benar dengan hidayah allah swt seperti bagimana pendita-pendita yahudi dan nasarani yang memperkatakan tentang kenabian nabi muhammad kepada abu talib, apabila mereka melihat apa yang di kisahkan oleh pendita mereka tentang kenabian muhammad rasulullah saw.