feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

TIADA PEMIMPIN UTAMA PAS DI MAJLIS SOLAT JENAZAH ALLAHYARHAM DATO' ISHAK BAHAROM

HANYA KELIHATAN TAN SRI MUHAMAD TAIB(UMNO) SEBAGAI SEORANG SAHABAT YANG MENGHANTAR SAHABAT HINGGA KE LIANG LAHAD. PAS MELALUI HARAKAHDAILY HANYA MENGAITKAN ARWAH DENGAN CERITA POLITIK DAN MENGAMBIL KESEMPATAN MEMPOLITIKKAN BELIAU.BEGINILAH PAS, INSAN YANG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PUN MEREKA POLITIKAN.MEREKA HANYA BERCAKAP TETAPI TIDAK REALISTIK. MEREKA HANYA BERKAWAN KERANA POLITIK SEMATA-MATA.TETAPI PEMIMPIN UMNO, WALAU APAPUN YANG BERLAKU, SEMUA UMAT ISLAM ADALAH BERSAUDARA DAN TIADA SETERU SEPERTI YANG DIAMALKAN OLEH PAS.

HARON DIN DI DAKWA DI BAWAH HUKUMAN TAKZIR

HARAKAHDAILY MENYIARKAN SURAT JAIS YANG MENGARAHKAN HARON DIN SUPAYA TIDAK BERCERAMAH KERANA BELIAU TIDAK DITAULIAHKAN.PAS MARAH KERANA HARON DIN DI DAKWA DI BAWAH ENAKMEN SYARIAH. MEMANG PATUT LA JAIS DAKWA BAWAH ENAKMEN SYARIAH. NAMA PUN JABATAN AGAMA ISLAM DAN DAH TENTU SEMUA PENDAKWAAN MESTI DIBUAT DI BAWAH ENAKMEN SYARIAH.BUKANNYA MAJLIS PERBANDARAN. KALAU MAJLIS PERBANDARAN LAINLAH.PENDAKWAAN AKAN DIBUAT DIMAHKAMAH SIVIL.

ANWAR YANG GILA DAN MANUSIA YANG DENGKI

Anwar sangggup mengadakan sidang akhbar untuk menunjukkan dirinya sebagai manusia yang tidak senang dengan kejayaan orang lain.

KENYATAAN SEBENAR KECEKAPAN MALAYSIA DI BAWAH PAK LAH

PUTRAJAYA, 28 Jan, Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini adalah yang keenam terbaik di dunia berbanding tempat kelapan pada tahun 2000, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Sambil memetik World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, Perdana Menteri berkata Malaysia yang tergolong dalam negara-negara mempunyai 20 juta penduduk atau lebih, mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis."Di atas kita ialah China, Kanada, USA, India dan Taiwan," katanya ketika berucap kepada ribuan kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) kelapan di sini hari ini.Abdullah berkata kecekapan kerajaan itu dapat dilihat menerusi peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan termasuk dalam sektor perkhidmatan awam di negara ini yang terhasil daripada komitmen kakitangan kerajaan untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.Selain itu, katanya, pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan sepanjang tahun lalu untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam kini menampakkan hasil dan jumlah rungutan daripada masyarakat berhubung perkhidmatan kerajaan semakin berkurangan.

ANWAR SEPERTI CACING KEPANASAN DAN DENGKI DENGAN KEJAYAAN PAK LAH.

Anwar seorang manusia yang paling kuat sifat dengki di dalam dirinya. Bermula dengan tidak senang melihat Allahyarham Tun Ghafar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar mengenepikannya dengan cara yang kotor dalam Pemilihan Agong UMNO. Apabila, negara Malaysia di puji dengan penilaian yang terbaik, maka Anwar sebagai rakyat Malaysia pula yang panas punggung. Sepatutnya Anwar perlu berasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Dia dengki kerana Pak Lah berjaya membawa Malaysia ke tahap ke 6 sedangkan zaman beliau menjadi TPM, nama Malaysia tidaklah seindah sekarang.Inilah sikap seorang bekas pemimpin dalam kerajaan yang hidupnya sentiasa kecewa.

ANTARA 2 GAMBAR BISIKAN ANWAR

" HJ HADI, ANA HARAP ENTA DAPAT BERI ANA LALUAN BERTANDING DAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA ANA UNTUK MENJADI PM , JIKA BA MENANG".HJ HADI ADALAH SEORANG PENGIKUT SETIA ANWAR DAN TIDAK MUSTAHIL HJ HADI AKAN MENJUAL PERJUANGAN PAS KEPADA ANWAR DENGAN NILAIAN SPONSOR DI DALAM ELECTION KE 12
SEORANG LAGI KUDA TUNGGANGAN ANWAR , LIM KIT SIANG MEWAKILI KAFIR HARBI DI MALAYSIA.FORMULA SET MUNAFIQ BARISAN ALTERNATIF. DAP TIDAK SUKAKAN PAS. PAS SUKAKAN PKR. DAP SUKAKAN PKR.SETNYA, PAS DAN PKR IALAH KUMPULAN YANG CAKAP BERPINTAL-PINTAL DAN MEMBOHONGI RAKYAT.

PAS PULAU PINANG BERSYUKUR MAT SABU BUKAN PEMIMPIN MEREKA

" BAGI SAYA MAT SABU TIDAK DIPERLUKAN LAGI OLEH PAS ......."
SUMBER :ARTIKEL DARI TRANUNG KITE


Bagi PAS pula, parti itu seolah-olah dapat suntikan semangat dan kekuatan baru, apabila Pesuruhjaya PAS PP Ustaz Saleh Man dapat regu baru Timbalannya Dr Mujahid Yusof, ADUN Permatang Pasir dan beberapa lagi, terus mengemaskan jentera turun padang membawa gaya politik ‘multiracial approuch’ yang amat sesuai untuk negeri itu.


ULASAN : JELAS TERBUKTI KEHADIRAN MAT SABU SEBAGAI PEMIMPIN PAS DI PULAU PINANG SEMEMANGNYA TIDAK DISENANGI OLEH BARISAN KEPIMPINAN NEGERI ITU. PEMIMPIN PAS SEDIA ADA, SEMEMANGNYA MAHUKAN MAT SABU BERUNDUR DARI PULAU PINANG.BAYANGKANLAH DENGAN TIADANYA MAT SABU, PAS MENDAPAT SEMANGAT BARU. INI BERERTI MAT SABU DALAM PAS IBARAT TIADA PUN TIDAK MENGAPA.PAS TIDAK MEMERLUKAN MAT SABU.

RENUNG KEMBALI 9 PERTUDUHAN KE ATAS HUSAM MUSA


ORANG PAS PERLU TAHU BAHAWA HUSAM JUGA MANUSIA BIASA YANG BERNAFSU UNTUK BERNIKAH LEBIH DARIPADA SATU DAN MENGUMPUL HARTA DUNIAWI UNTUK KEPENTINGAN DIRI.JADI, AHLI PAS PERLU AKUR DAN JANGAN TERLALU EMOSIONAL SEHINGGA MELIHAT SEPERTI PEMIMPIN KANAN PAS TIADA DOSA.

PAS MERAMPAS TANAH RAKYAT DENGANMEMILIK NEGERIKAN TANAH FELCRA

PAS KELANTAN MERAMPAS TANAH RAKYAT MELALUI FELCRA.
Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan membuat keputusan untuk dipertanggungjawabkan kawasan itu melalui anak syarikatnya iaitu PMBK Sawit Sdn Bhd di bawah Perbadanan Menteri Besar(PMB).Kenapa tanah rakyat diletakkan di bawah PMB?Ini kerana tanah berkenaan adalah ladang komersil yang dibangunkan Felcra Berhad membabitkan kelapa sawit dan getah seluas 4,249.405 hektar (10,496.03 ekar) atau dalam bentuk 23 ladang-ladang atas tanah milik kerajaan negeri.

Pembangunan ladang oleh Felcra di Kelantan membabitkan keluasan ladang seluas 6,069,085 hektar atau dalam bentuk 34 buah ladang dan telah diusahakan sejak tahun 1978.Majlis penyerahan berlangsung di perkarangan Masjid Felcra Berhad di Panggong Lalat, Gua Musang pada pagi Khamis 19 Januari lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa baru-baru ini, dengan bangganya berkata tanah yang diusahakan Felcra itu adalah milik kerajaan Pas Kelantan.
Penyerahan tanah itu membabitkan empat kawasan iaitu ladang Panggung Lalat 1, 3 dan 4 di sini yang diusahakan dengan tanaman getah dan ladang Gual Tambun di Rantau Panjang yang ditanam dengan kelapa sawit. Rancangan tanah itu sudah dimajukan oleh sebuah agensi kerajaan Pusat tetapi dengan senang kerajaan Pas merampas balik tanah itu tanpa sebab hingga agensi berkenaan kehilangan hasil RM24 juta setahun.
Sebagai rekod , kerajaan Barisan Nasional (BN) pernah menebus semula tanah yang digadai kerajaan Pas seluas 140,000 hektar di Hulu Kelantan, kepada sebuah syarikat asing pada era 70-an. Penebusan semula tanah sejumlah RM3 juta itu, membolehkan kerajaan BN membuka rancangan pembangunan tanah secara besar-besaran seperti Felda dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang memberi faedah besar kepada rakyat Kelantan sekarang ini.

EKSKLUSIF :LIHAT APABILA HJ HADI MENYANJUNGI ANWAR

PERHATIKAN BETUL-BETUL SIAPAKAH INSAN YANG BERSERBAN PUTIH YANG DOK ASYIK MERENUNG ANWAR ?DIALAH HJ HADI PRESIDEN PAS SEBUAH PARTI PEMBANGKANG YANG MENJADI KUDA TUNGGANGAN ANWAR.MALUNYA PAS, KURANG PEMIMPIN SEHINGGA PRESIDEN PUN MENYEMBAH ANWAR...

ANTARA KEJLIKAN HUSAM MUSA YANG PERLU KITA BONGKARKAN

"MENGAKU SAHAJALAH HUSAM YANG KEJI "
SUMBER : GUANO DEMO

Senarai yang UMNO tak tahu, penyokongnya tak tahu, yang lawannya dalam PAS tahu:

1. Husam bini dua.sembunyi. Cina. Tak tutup aurat. tak pakai tudung. Ini pemimpin Islam?
2.Anak Husam rekod sosial buruk. Ada gambar h/p duduk berdakap dengan pelacur kopek tersembol! Jika dapat pada BN, 2 isu ini pasti jadi macam isu tengkolok Ku Li dulu. Pemimpin anak muda Islam yang baik?
3.Mengkayakan kroninya dengan dahsyat! Lulus balak macam hak 'mak bapak' dia. Lihat Wan Fauzi Pasir Puteh! Nak tutup diri, tuduh Takiyuddin jaga kroninya, Razak Abas.
4.Tokoh perajuk. Husam ada rekod merajuk tak dapat jadi TMB.

5.Rekod nak letak jawatan exco. Semua ini senjata terbaik untuk jaga diri. Lawannya takut lawan terbuka sebab takut Husam merajuk. Hancur negeri. Macam kes Buniamin YB Salor.

KEPIMPINAN TERTINGGI PAS MARAHKAN NIK AZIZ KERANA ANWAR

HJ HADI TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KENYATAAN NIK AZIZ YANG TIDAK MAHUKAN PKR BERTANDING DI KELANTAN.
Nampak nya kata2 nik aziz sudah semakin tawar bagi ahli-ahli PAS. Sejurus sahaja Nik Aziz keluarkan kenytaan bahawa PKR parti bercelaru, tiba-tiba saf kepimpinan pas cuba untuk betulkan kenytaan itu. Bermula dengan ketua Pemuda Pas keluarkan kenyataan bahawa hubungan antara PAS dan PKR berada dlm situasi terbaik."Bukan sahaja kerjasama kita berada pada tahap terbaik, malah perpaduan semakin kukuh dan sokongan rakyat pula semakin bertambah," kata ketua pemuda pas itu. Tidak lama selepas itu Presiden Pas pula keluarkan kenyataan yg menyanggah terus apa yg Nik Aziz dakwa tentang PKR. Abdul Hadi yang mengadakan sidang medianya di Seremban selepas Himpunan Bersama Rakyat di Ampangan, Seremban semalam menafikan laporan akhbar bahawa PAS dan PKR berhadapan dengan masalah.
ULASAN :
JELAS ANWAR MEMPENGARUHI HJ HADI DAN SALAHUDDIN AYOB SEHINGGA MURSYIDUL AM PUN MEREKA PERTIKAIKAN.

PAS DAN PKR DI AMBANG PERPECAHAN

TIADA RUANG UNTUK PKR BERTANDING DIKELANTAN:NIK AZIZ NIK MAT
Kuala Lumpur: PAS Wilayah Persekutuan memutuskan akan tetap dengan keputusan untuk bertanding di enam kawasan parlimen termasuk Labuan, dalam pilihan raya umum ke 12 tidak lama lagi. Selain Labuan, lima kawasan tersebut termasuklah Titiwangsa, Setiawangsa, Putrajaya, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak. Demikian ditegaskan oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), Haji Ishak Surin dalam satu kenyataannya kepada media. Keputusan ini dipertegaskan setelah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah enggan berunding isu pembahagian kerusi. Menurut Haji Ishak, atas nama semangat musyawarah dan pakatan bersama, pihaknya telah berkali-kali menuntut agar PKR bersama PAS duduk semeja membincangkan isu pembahagian kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan tetapi sehingga kini, mereka tidak berminat membincangkan perkara ini.

ANWAR PENGKHIANAT AGAMA :TAPAK MASJID DAERAH DI BANDAR BUKIT MERTAJAM DIGADAIKAN

APABILA ANWAR MENGGADAIKAN ISLAM DEMI SEBUAH NILAI KOMERSIL


TAPAK ASAL MASJID DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH DI TAPAK SUMMIT HARI INI.

SUMBER : ORANG POLITIK BUKIT MERTAJAM

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Masjid Daerah Seberang Perai Tengah sebenarnya akan di bina di tapak bangunan Summit yang sedia ada sekarang. Tanah pembinaan masjid berkenaan telah pun digazetkan oleh agensi yang bertanggungjawab. Namun, oleh kerana Anwar ketika itu berkuasa, maka beliau telah menggunakan kuasanya untuk memindahkan masjid berkenaan ke Tapak Masjid Seberang Jaya yang terletak di sebelah Lebuh Raya Utara Selatan.Bentuk masjid yang bakal di bina di tapak bangunan Summit sama seperti dengan bentuk Masjid Seberang Jaya sekarang. Perjuangan untuk membina sebuah masjid daerah, dibawa oleh kepimpinan tempatan dan berjaya. Namun, Anwar Ibrahim ketika itu dengan bongkaknya menggunakan kuasanya mengalihkan pembinaan masjid tersebut.Anwar lebih mementingkan keuntungan daripada Islam.Inilah Anwar yang PKR banggakan sebagai syeikh yang memperjuangkan Islam.

APAKAH INI NILAI SUAMI YANG SOLEH

DIHADAPAN MEMELUK ISTERI
DIBELAKANG, MENARI DENGAN ORANG LAIN.INILAH SIKAP ANWAR YANG MEMPERMAINKAN WAN AZIZAH SEJAK DARI DULU LAGI."SAMPAI HATI BANG NUAR....."

KENYATAAN BERCANGGAH PAS DAN PKR BUKTI ANWAR PEMBOHONG

WAJAH SEORANG PEMBOHONG RAKYAT.
SUMBER KLPOST
Manifesto PAS janji "Malaysia negara kebajikan"
Monday, 21 January 2008

KUANTAN: Pas mula menyebarkan manifesto pilihan raya, antaranya mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara kebajikan’ sekiranya menang dalam pilihan raya umum ke-12.Antara yang dijanjikan parti itu ke arah ‘negara kebajikan’ ialah mengurangkan harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada harga semasa dan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Selain itu, Pas juga berjanji menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran, serta memastikan perkhidmatan kesihatan percuma di hospital kerajaan.Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, menerusi konsep negara kebajikan, rakyat miskin terutama warga emas juga akan diberi elaun sara hidup bagi menampung kehidupan mereka setiap bulan.

ULASAN :

SEMAKIN LAMA KENYATAAN ANTARA KEPIMPINAN PAS DAN PKR SEMAKIN BERCANGGAH.PERCANGGAHAN INI TELAH MULA MENAMPAKKAN PERPECAHAN ANTARA MEREKA.DAHULU PAS MEREDHAI KENYATAAN ANWAR INGIN MENURUNKAN HARGA PETROL KEPADA RM 1.10.NAMUN KENYATAAN ANWAR INI MUNGKIN DIRASAI OLEH PAS SEBAGAI KENYATAAN GILA DAN TIDAK WARAS. INI BERERTI ANWAR SEKALI LAGI BERBOHONG DAN MENUNJUKKAN PERANGAI GILANYA DI DALAM MENGELUARKAN KENYATAAN.BAYANGKANLAH PRESIDEN PAS SENDIRI MENYATAKAN HANYA MAMPU MENURUNKAN RM 0.30 SEN SAHAJA KADAR MINYAK SEKIRANYA MEREKA BERKUASA SEDANGKAN PKR AKAN MENJADIKAN HARGA MINYAK RM 1.10.SEBENARNYA, TELAH LAMA RAKYAT NAMPAK BAHAWA PKR DAN ANWAR BERBOHONG.SEKARANG INI SEKUTU MEREKA PAS PUN TELAH NAMPAK MEREKA BERBOHONG.MENGAPAKAH PAS TIDAK BERANI MENURUNKAN HARGA MINYAK SEPERTI PKR?JAWAPANNYA MUDAH SAHAJA IAITU KENYATAAN ANWAR TIDAK MASUK AKAL....

ANWAR PULA MENGKRITIK PAS SECARA TERBUKA

DAP IALAH SAHABAT BAIK PKR


SUMBER : MALAYSIAKINI 14 JANUARI 2008

Benarkah penubuhan negara Islam tidak lagi menjadi isu? Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa PAS tidak berhasrat menubuhkan negara Islam. Malahan mengikut Anwar, PAS - dalam tiga tahun kebelakangan ini - tidak bercakap ataupun membangkitkan isu ini lagi. Kenyataan Anwar adalah reaksi kepada kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini yang mengatakan bahawa DAP hanya bersedia bekerjasama dengan PKR sekiranya parti itu memisahkan diri dari PAS.

ULASAN :

UNTUK BERSAMA DENGAN DAP, PKR AKHIRNYA PERLU AKUR DENGAN KEHENDAK DAP IAITU MEMISAHKAN DIRI DENGAN PAS.PKR MEMILIH DAP SEBAGAI RAKAN SEPERJUANGAN BERBANDING PAS YANG KONONNYA MEMBAWA MESEJ ISLAM.MUTIARA MELAYU TIDAK TERKEJUT KERANA PKR JUGA SEBUAH PARTI CINA YANG TIDAK MENYUKAI MCA DAN GERAKAN.MUSLIHAT ANWAR SELAMA INI BERBAIK DENGAN PAS HANYALAH SANDIWARA SEMASA BAGI MENAMBAT HATI PENGIKUT PAS SUPAYA MENYOKONG PKR.SANDIWARA BERCORAK YAHUDI YANG MENJADIKAN SIFAT MUNAFIK ITU SEBAGAI HALAL. INILAH PEMBAWAAN ANWAR DI DALAM PRU KE 12 KALI INI.

SELAMAT TINGGAL PARTI KEADILAN



EZAM ADALAH ANAK DIDIK YANG MERANGKAP BALACI ANWAR IBRAHIM.BELIAU AKHIRNYA KECEWA DENGAN TINDAKAN BOSNYA YANG TIDAK MENGAGIHKAN HASIL KUTIPAN SECARA SAMA RATA.EZAM PERLU MEMIKIRKAN DARI MANA PKR MEMPEROLEHI PERBELANJAAN BERJUMLAH LEBIH RM 30 KE RM 50 JUTA DI DALAM KEMPEN MENGEDAR POSTER DAN BAJU BERLOGOKAN ANWAR MENJELANG PRU KE 12. DARI MANAKAH MEREKA MEMPEROLEHI WANG INI?EZAM PERLU MENGERAKKAN GERAK UNTUK MENYIASAT KES KEWANGAN INI ?

DASAR PAS GAGAL MENGAWAL JENAYAH DI KELANTAN

Kenyataan Husam Musa di dalam Harakah Daily bertarikh 23 Jan 2008. "Antara penjelasan yang perlu dibuat ialah mengenai isu kadar jenayah yang meningkat yang sebahagiannya disebabkan tekanan hidup yang membebankan.Husam mencabar Pak Lah tentang peningkatan kadar jenayah, tetapi bagaimana pula dengan peningkatan kadar jenayah di Kelantan(dicelah kelangkang Husam sendiri?)
" KATA DULANG PAKU SERPIH, KATA ORANG PAS YANG LEBIH"

HANYA MEREKA YANG MAMPU MENILAI

ANWAR DISAYANGI WANITA MUDA. DATO' SERI NAJIB DISAYANGI OLEH GOLONGAN AGAMA
YANG MANA PILIHAN KITA?PEMIMPIN BERJIWA AGAMA ATAU PEMIMPIN BERJIWA HIBURAN?

KERAJAAN PAS MENGGADAI TANAH DIKELANTAN

NIK AZIZ KEMUNGKINAN BESAR TERUS MENINGGAL DUN KELANTAN MULAI PRU KE 12.INILAH HARAPAN KEPIMPINAN MUDA PAS.

Sumber : Al-Haq
Saturday, 06 October 2007

GUA MUSANG: Rakyat Kelantan perlu menganggap pemerintahan Kerajaan Pas sebagai sejarah hitam apabila pernah mengadai tanah seluas 350,000 hektar di Hulu Kelantan kepada sebuah syarikat asing, Timber Mine yang beribu pejabat di Singapura. Bagaimanapun, tanah itu ditebus kembali oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ketika itu berjaya mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri daripada tangan Pas dan mengembalikan tanah berkenaan kepada rakyat dengan cara pembukaan rancangan tanah.
Tengku Razaleigh Hamzah, berkata walaupun perkara itu berlaku sebelum pemerintahan kerajaan Pas yang ada sekarang, tetapi sejarah hitam itu boleh berulang jika rakyat tidak berwaspada dan lupa peristiwa yang hampir merugikan orang Melayu itu. Beliau berkata, kerajaan BN mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri selepas itu terpaksa menghabiskan peruntukan besar untuk menebus semula tanah berkenaan kerana perancangannya untuk membuka rancangan tanah yang menjadi kenyataan sekarang. “Jika tidak kerana kerajaan BN ketika itu menebus semula tanah yang digadai kerajaan Pas tidak mungkin rakyat Kelantan boleh tinggal di Rancangan Tanah Felda dan Kesedar. Itulah pengorbanan pemimpin kerajaan pusat.

MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU GAGAL MENJAGA KEBERSIHAN

TAKIYYUDIN HASSAN YDP MPKB GAGAL MEMELIHARA KEBERSIHAN KOTA BHARU.INILAH KEPIMPINAN PAS.

Sumber : Sinar Harian
Tuesday, 09 October 2007
KOTA BHARU - Kira-kira 1,000 keluarga di Bandar Baru Kubang Kerian bagaikan hidup dalam taman sampah, apabila penduduk terpaksa melonggokkan sampah di simpang-simpang jalan berikutan tiada tong sampah disediakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
Penduduk mendakwa sejak `rumah sampah’ yang dibina MPKB-BRI berhampiran jalan masuk utama ke taman perumahan itu ditutup mulai awal September, mereka tiada pilihan menjadikan pinggir jalan sebagai tempat pembuangan kerana pihak terbabit tidak menyediakan tong sampah besar sebagai alternatif.

EZAM :PERJUANGAN GERAK YANG MENGELIRUKAN


MUTIARA MELAYU PULAU PINANG INGIN MENGEMUKAKAN SOALAN MENGAPAKAH EZAM TIDAK PERNAH BERJUANG DAN MEMBONGKAR RASUAH DI DALAM PAS?KENYATAAN NIK AZIZ BAHAWA BELIAU PERNAH DITAWARKAN SUAPAN TIDAK DIHIRAUKAN EZAM?RASUAH AZMIN ALI SENDIRI?RASUAH ANWAR ?RASUAH DIRINYA SENDIRI?

SIRI TIGA : WAYANG ANWAR BERCORAK YAHUDI

Anwar sendiri bersahabat dengan musuh PAS dan UMNO.PAS dikritik hebat oleh DAP.
Anwar mula tersilap langkah apabila cara dan tindak tanduknya yang berbekalkan cara Yahudi mula dihidu oleh Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS. Anwar memang jelas menyerang PAS sewaktu menjadi TPM dan sebenarnya sehingga sekarang Anwar masih lagi menyerang PAS. Politik Anwar cukup licik. Beliau kononnya bersama-sama menyerang kerajaan dan UMNO sebagai lambang bahawa beliau menjiwai cara pembangkang. Namun, yang tersiratnya beliau sendiri mengeluarkan kenyataan untuk menjadi PM. Tindakan ini tidak disenangi oleh PAS sendiri. Sikap bongkak Anwar menyebabkan tergurisnya hati kumpulan ortodoks dalam PAS. Anwar secara berterus terang memperkecilkan kewibawaan kepimpinan PAS sebagai saf terkuat menyerang kerajaan. Anwar nampak, bahawa kaedah matlamat menghalalkan cara boleh diserapkan ke dalam PAS. Akhirnya, kepimpinan muda PAS seperti Nasaruddin sendiri mengakui kehebatan Anwar dan mereka bersetuju menyerahkan kuasa kepada Anwar. Inilah nilai kebodohan melampau PAS. Apapun, permainan Anwar untuk menjual maruah Melayu dan Islam semakin terbongkar. Bermula dengan kenyataan beliau bahawa tuntutan Hindraf itu perlu demi menjaga maruah kaum India sehinggalah tindak tanduk beliau yang menyokong IFC secara tersirat.Mutiara Melayu Pulau Pinang akan terus membongkar siapakah Anwar?

SIRI 2 :TEMBELANG ANWAR MENJUAL PAS TERBONGKAR

Tembelang Anwar jelas sejak beliau di dalam penjara lagi.Tapi banyangkan, juak-juak PAS sendiri yang memuja Anwar.
PAS lebih rela menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 nanti tanpa mengharapkan kerjasama daripada PKR itulah kata-kata yang di luahkan oleh Tok Guru Nik Aziz. Sudah jelas lagi bersuluh, Penasihat Parti Keadilan Sdra Anwar bermain "Wayang Kulit" dalam memimpin watak-watak cerita Sri Rama dan Arjuna. Permainan Tok Dalang semakin hampir ke penghujung cerita. Sasaran bercita tinggi semakin hampir dan dekat amat untuk Sdra Anwar pegang erat.
ULASAN : NIK AZIZ SAHAJA YANG MENENTANG ANWAR.TETAPI HJ HADI, HUSAM MUSA, SALEHUDDIN AYOB, KAMARUDDIN JAAFAR, HASAN ALI SEMUANYA SECARA TERBUKA MENYOKONG ANWAR.HUSAM SENDIRI SEWAKTU BERCERAMAH DI PONGSU SERIBU, PULAU PINANG MENYATAKAN BAHAWA ANWAR ADALAH PERDANA MENTERI JIKA BA MENANG.BAYANGKANLAH NAIB PRESIDEN PAS SENDIRI TIDAK YAKIN DENGAN PRESIDEN MEREKA HJ HADI.

SIRI 1 : NIK AZIZ TIDAK MERESTUI PKR

"Ya Tuhan, Jauhkanlah hati-hati hambamu dari menyertai dan menyokong PKR...."
Sumber : Bernama

KOTA BAHARU, 18 Jan (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata keyakinannya terhadap kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis sambil menyifatkan parti itu "mencelarukan". Malahan, katanya, PAS lebih rela menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 nanti tanpa mengharapkan kerjasama daripada PKR.
Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguannya di Pejabat PAS di sini hari ini, ketika diminta mengulas kenyataan PKR dalam sebuah akhbar baru-baru ini bahawa parti itu tidak mahu bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum nanti.Beliau berkata kerjasama dengan PKR sama seperti pengalaman PAS menjalin kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (SM46) pada akhir 1980-an dan awal tahun 90-an."Kita sudah ada pengalaman bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, kemudian parti itu berpecah dengan PAS dan dia masuk semula Umno," kata Nik Aziz.

PAS HALALKAN PENJUALAN BABI SECARA TERBUKA

PAS...OH! PAS............
JUMLAH TERNAKAN BABI DI KELANTAN SEMAKIN ARI SEMAKIN BERTAMBAH.

Menurut Malaysiakini.com, Nasharudin "Di Kelantan, katanya, orang Cina boleh menjual daging babi secara terbuka di pasar yang letaknya berhampiran pasar orang Melayu tanpa sebarang masalah. PAS memberi jaminan bahawa hak-hak orang bukan Islam, khususnya orang Cina, akan dikekalkan dan dibela, termasuk keperluan menternak dan menjual daging babi kepada kaum itu seperti di Kelantan."

PAS INGIN JUAL MARUAH ISLAM DI PULAU PINANG

"Saya yang mendidik ahli PAS untuk berbohong demi kepentingan kuasa dan politik sempit "


Parti Islam Semalaysia ( PAS ) Pulau Pinang akan bertanding Pilihanraya ke 12 di Pulau Pinang berdasarkan perkara berikut :

Parlimen = 2 kerusi
P41 Kepala Batas
P42 Tasek Gelugor



Dewan Undangan Negeri = 6 kerusi
N1 Penaga
N4 Permatang Berangan
N5 Sungai Dua
N11 Permatang Pasir
N38 Bayan Lepas
N20 Sungai Bakap
N21 Sungai Acheh



N20 dan N21 belum mendapat keputusan lagi samada PAS atau Keadilan akan bertanding disitu


ULASAN :
DENGAN KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH PAS UNTUK BERTANDING HANYA 7 BUAH KERUSI DUN, BERMAKNA PAS SEBENARNYA MEMANG MENIPU RAKYAT.BAGAIMANA DENGAN 7 KERUSI DUN PAS MAMPU MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM DI PULAU PINANG.SEKIRANYA PKR MENANG SEMUA KERUSI DUN, PAS MASIH LAGI TIDAK MAMPU MENEGAKkAN SYARIAH ISLAM DI PULAU PINANG KERANA DAP JELAS MEMBENCI HUKUM ISLAM.SELAMA INI PAS BERCAKAP DI DALAM SETIAP CERAMAH UMUMNYA, HANYALAH UNTUK MEMBOHONGI RAKYAT.APA LAGI YANG DITUNGGU, KITA PERLU TOLAK PAS UNTUK SELAMATKAN ISLAM DARI TERUS DIPERMAINKAN DAN DIPERGULAKAN OLEH PAS PULAU PINANG.

SEJARAH KEGATALAN ANWAR TIDAK MUDAH DILUPAKAN

DIALAH ANWAR IBRAHIM BEKAS PEJUANG MAHASISWA KONONNYA.
DIALAH ANWAR IBRAHIM BEKAS MENTERI PENDIDIKAN YANG TIDAK PERNAH BERJUANG MENGHAPUSKAN YURAN SEKOLAH.
DIALAH ANWAR IBRAHIM YANG TIDAK PERNAH MENURUNKAN HARGA PETROL DIZAMAN DIA MENJADI MENTERI KEWANGAN
DIALAH ANWAR IBRAHIM YANG MENGAGIHKAN SAHAM KEPADA KRONI SEWAKTU MENJADI TPM
DIALAH ANWAR YANG MENGANUGERAHKAN KEKAYAAN KEPADA ADIK BERADIKNYA DAN BAPA MERTUANYA.
DIALAH ANWAR YANG MENAIKI MIMBAR DAN MEMBOHONGI RAKYAT.
DIALAH ANWAR YANG SEWAKTU MENJADI TPM TERSANGAT SUKAKAN HEDONISME DAN MENARI DENGAN ANAK GADIS YANG COMEL DAN TANPA SEGAN SILU MENYENTUH BUKAN MAHRAMNYA.
DIALAH ANWAR YANG MENYATAKAN BAHAWA UMNO MEMFITNAHNYA,SEDANGKAN DIA MEMANG BENAR BERKELAKUAN TIDAK SENONOH.
YANG PASTINYA,DIALAH ANWAR YANG MUNAFIQQUN...

SIAPA YANG MENAJA PKR

SATU KENYATAAN BENAR
Eksklusif: 10 juta poster Anwar diagihkan hujung bulan ini


Monday, 07 January 2008
Oleh Wartawan KLpos.com

PULAU PINANG: 10 juta. Itulah jumlah poster pilihanraya gambar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan disebarkan di seluruh Malaysia hujung bulan ini. Bukan hanya poster, bahkan PKR siap untuk mengagihkan banners, T shirt, buttons, pelekat kereta dan air mineral kepada semua bahagian-bahagian tumpuan parti itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat PKR, Azmin Ali.
ULASAN :
BAYANGKANLAH KOS UNTUK POSTER 10 JUTA, T SHIRT, BUTTONS DAN PELBAGAI LAGI.SEMUANYA BERNILAI LEBIH DARIPADA RM 10 JUTA. BANYAK WANG PKR.PERSOALANNYA DARI MANA MEREKA MEMPEROLEHI WANG SEBANYAK ITU?APAKAH WANG INI SIMPANAN DSAI HASIL MEROMPAK WANG RAKYAT SEWAKTU MENJADI TPM? ATAU PKR MENERIMA PEMBIAYAAN LUAR KHUSUSNYA DARI AMERIKA SEBAGAIMANA DIDEDAHKAN OLEH LOKMAN ADAM.SAH PKR DALANG AMERIKA.

PRESIDEN PKR MENGHINA RAKYAT PULAU PINANG

Mudah Sangat Wan Azizah Menyerahkan Tangannya Untuk Di Pegang.Entahlahhh.....
Wan Azizah Meniti Hari Tuanya Tanpa DSAI


"50 tahun berjudi undi BN, sudahlah", kata Presiden PKR

Sumber : KL Pos
Monday, 14 January 2008
Oleh Zulkifli Mohamed



PERMATANG PAUH: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa rakyat jangan memperjudikan masa depan negara dengan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
“Sudahlah, telah 50 tahun rakyat memperjudikan masa depan negara, sudahlah,” katanya mengulas kenyataan Abdullah Ahmad Badawi yang meminta rakyat jangan perjudikan nasib kerana mengundi pembangkang.“Mengundi BN, itulah yang bermaksud memperjudikan nasib,” jelasnya.
Menurut Azizah mengundi pembangkang bukan bermaksud perjudikan nasib,tetapi bagi membentuk sebuah kerajaan adil,telus dan saksama untuk semua kaum.Jelas Azizah rakyat mempunyai pilihan untuk memilih sebuah kerajaan baru yang mempunyai hala tuju lebih baik dan cekap.

ULASAN :
Kenyataan Wan Azizah yang tidak adil. Bayangkanlah, seorang Presiden Parti Keadilan yang mengeluarkan kenyataan yang TIDAK ADIL.Inilah perkara pelik yang selalu berlaku di dalam PKR. Oleh kerana pemimpin mereka selalu perasan bahawa mereka sahaja yang memperjuangkan keadilan, maka semua kenyataan mereka adalah adil untuk rakyat Malaysia.Wan Azizah menjual undi bahawa memilih PKR bererti bakal memilih sebuah kerajaan yang mempunyai hala tuju yang baik dan cekap.Inilah pembohongan Wan Azizah. Sewaktu suaminya DSAI menjadi Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan TPM, urusan tadbir negara selalu berada di tahap kacau bilau. Anwar gagal melonjakkan ekonomi negara dan gagal juga menurunkan harga minyak dizamannya ke paras yang lebih rendah.Anwar juga gagal memberikan pendidikan secara percuma .Anwar sendiri tidak pernah berjuang atau menyuarakan kepada PM ketika itu untuk memberikan pendidikan secara percuma.Kita semua boleh menilai bagaimana kebanyakan projek awam tendernya diberikan kepada adik beradik beliau dan bapa Wan Azizah sendiri.Tiba-tiba mereka melaung dan menyalak bahawa mereka adil dan berjuang. Ibarat meludah kelangit.

PAS MENUDUH MELAYU PULAU PINANG TIDAK PRIHATIN:SATU PENGHINAAN TERHADAP MELAYU PULAU PINANG

Hj Hadi terus menjadi manusia yang perasan dan tamakkan kuasa pemerintahan. PAS bukan ingin menegakkan Islam, tetapi mereka ini membolot dan merompak harta rakyat jika sepenggal mereka memerintah.

Tulisan Mohd Sabri Said Mon Jan 14, 08 di dalam Harakah Daily(Wartawan Harakah)

"Semuanya ini berpunca daripada ketidakprihatinan terhadap isu berbanding kaum Cina dan India yang lebih terasa walaupun mereka diketogarikan bukan bumiputra"

"Tidak hairanlah kini orang Melayu di Pulau Pinang tidak prihatin sebaliknya lebih rela berpeluk tubuh melihat apa yang akan dan bakal berlaku. "


ULASAN :

Umumnya semua mengenali Mohd Sabri Said yang merupakan soldadu PAS di Pulau Pinang. Beliau telah lama bertugas sebagai wartawan lapangan Harakah dan mempunyai cita-cita besar di dalam mewarnai politik Pulau Pinang. Beliau sentiasa mengharapkan dirinya terpilih untuk mewakili PAS bagi mana-mana kerusi yang ingin dipertandingkan.Kenyataan Mohd Sabri seperti mewakili suara PAS Pulau Pinang. PAS Pulau Pinang secara terbuka menghina Melayu Pulau Pinang secara keseluruhannya. Oleh kerana Melayu Pulau Pinang tidak mahu mengikut kaum Cina dan India yang memasuki aliran politik pembangkang, maka Melayu Pulau Pinang dihina. Sungguh mudah PAS menghina Melayu Pulau Pinang.Orang Melayu Pulau Pinang perlu sedar, bahawa banyak lagi kenyataan kepimpinan PAS yang menghina Melayu seperti Melayu Pulau Pinang Tak Sedar Diri, Kaki Ampu dan sebagainya.Apakah ini nilai sebuah parti Islam yang membuat penilaian secara dangkal terhadap bangsanya sendiri?Masa untuk Melayu berubah memastikan semua kerusi Melayu di Pulau Pinang terus kekal di bawah UMNO.Melayu Pulau Pinang bijak membuat keputusan dan UMNO tidak pernah menghina bangsanya sendiri.

PKR BERJUANG MEMBAWA NEGARA ASING KE DALAM NEGARA

PKR SENTIASA MENGASUH AHLINYA UNTUK TERUS BERKELAHI SESAMA BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM
TENTU ANDA MENGENALI DIRINYA.....INILAH WAJAH IDOLA PERJUANGAN PKR

Sejak dari awal lagi saya telah terbayang bahawa PKR sekali lagi akan membuat masalah di dalam melicinkan prosiding perjalanan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kes Pita Lingam.Agak terkejut apabila saya membaca kenyataan Sivarasa selaku Naib Presiden PKR yang mengharap agar keanggotaan Suruhanjaya Di Raja tersebut dianggotai oleh orang dari negara luar. Dengan kata lain, PKR memang dan beria-ia sangat ingin menjemput pengaruh asing dalam mana-mana jua proses siasatan. Sejak dari Anwar menjadi TPM, beliau memang suka menjemput orang luar datang dan mentadbir negara. Anwar adalah tokoh yang beria-ia menjemput IMF datang ke Malaysia.Namun, ketika itu, idea Tun Mahathir dapat menyelesaikan masalah kewangan yang berlaku di dalam negara.Berikut ialah kenyataan Sivarasah di dalam Harakahdaily yang jelas menampakkan PKR ialah agen asing yang bertujuan memusnahkan Islam dan bangsa Melayu secara senyap.

"Selain itu Sivarasa juga menyatakan bahawa kerajaan boleh memanggil keanggotaan dari kalangan bukan hakim dan bekas hakim dari luar negara untuk menyiasat kes tersebut.
Antara yang disebut Sivarasa sebagai yang layak menggangotainya ialah Presiden Tansparency International (TI), Ramon Navaratnam dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Raja Aziz Addruse. "Biarlah lambat sedikit, tetapi pengedali kes ini tidak terbabit dengan soal integriti," tegasnya.(Semua yang disebut oleh Sivarasa ialah mereka yang pro kepada PKR.Jika seseorang hakim membebaskan ahli mereka , maka mereka kata hakim tersebut adil tetapi jika hakim tersebut menjatuhkan hukuman kepada ahli mereka, mereka menyatakan hakim tidak adil. Justeru, di mata PKR, hakim yang adil ialah hakim yang menyokong mereka.Inilah Ketidakadilan dalam Parti Keadilan)

BADAN PERHUBUNGAN UMNO PULAU PINANG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AWAL TAHUN ISLAM 1429H



FIRMAN ALLAH :
"If ye help not (your leader), (it is no matter): for Allah did indeed help him, when the Unbelievers drove him out: he had no more than one companion; they two were in the cave, and he said to his companion, "Have no fear, for Allah is with us": then Allah sent down His peace upon him, and strengthened him with forces which ye saw not, and humbled to the depths the word of the Unbelievers. But the word of Allah is exalted to the heights: for Allah is Exalted in might, Wise" (Surah Al-Taubah: 40)

TAZKIRAH HIJRAH 1429H

Sejak bermulanya penghijrahan dari Mekah ke Madinah, Rasulullah s.a.w. memang sudah yakin bahawa Allah akan melindunginya. Namun, demikian Baginda tidak pernah berasa terkecuali daripada kewajipan berikhtiar merencanakan perancangan hijrah dengan sebaik-baiknya. Antara perencanaan penting yang telah diperlihatkan oleh Baginda dalam menjayakan rencana penghijrahan ini termasuklah:

Pertama, perancangan yang rapi dan teliti. Baginda tidak tidur di biliknya pada malam itu. Sebaliknya diperintahkan Ali Abi Talib mengambil tempatnya tidur di kamar Baginda untuk mengelirukan musuh yang menyangka Baginda masih berada di biliknya.
Begitu juga Baginda tidak terus berangkat ke Madinah yang berada di sebelah utara selepas keluar dari Mekah, tetapi sebaliknya Baginda menghala ke selatan dan berhenti di Gua Thur selama tiga hari. Selepas tempoh tersebut barulah Baginda meneruskan perjalanannya ke Madinah, iaitu ketika gerakan pihak Quraisy sudah mulai mengendur.
Kedua, sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkenaan pergerakan pihak musuh menerusi Abdullah Abu Bakar yang telah ditugaskan untuk mengumpul maklumat di Mekah pada waktu siang dan pada malamnya melaporkan kepada Baginda di Gua Thur. Memang maklumat terkini adalah merupakan suatu yang amat bernilai sehingga kadang-kadang maklumat-maklumat penting sanggup dijual beli dengan harga yang sangat mahal. Hari ini kita dapat menyaksikan semakin canggihnya perancangan perisikan yang tujuannya tidak lain hanya untuk mendapatkan maklumat.
Ketiga, kerahsiaan adalah satu perancangan Baginda yang sangat berkesan. Lihat saja bagaimana tidak seorang pun yang tahu termasuk teman karibnya seperti Abu Bakar r.a. hinggalah ke saat perlaksanaannya. Menjaga kerahsiaan dalam hal-hal penting dan bahaya seperti itu memang merupakan suatu keperluan yang dirancang rapi. Kebocoran maklumat-maklumat penting hingga diketahui oleh pihak musuh akan mengakibatkan musnahnya seluruh perencanaan.
Keempat, menggunakan sepenuhnya kepakaran yang ada walau daripada orang kafir sekalipun. Dalam peristiwa hijrah, Baginda telah mendapatkan khidmat seorang pemandu bukan Islam untuk menunjukkan jalan sulit yang tidak diketahui oleh orang ramai untuk ke Madinah. Hal ini dilakukan oleh Baginda setelah berpuas hati bahawa pemandu bukan Islam itu tidak akan mengkhianatinya.
Daripada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku nyatalah bahawa hijrah bukan hanya satu rentetan peristiwa tidak sengaja atau kebetulan yang terjadi dalam kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w. Perjalanan hijrah dengan segala liku dan simpang-siurnya itu jelas mengandungi hikmah budaya kerja yang berencana. Sesuatu cita-cita tidak mungkin dapat dijayakan cuma dengan doa dan penyerahan semata-mata, tetapi harus dilaksanakan dengan perencanaan yang cukup rapi. Yang dimaksudkan dengan perencanaan ialah suatu aliran menentukan matlamat, menggariskan kaedah-kaedah dan tindakan-tindakan untuk mencapai matlamat tersebut. Sementara yang dimaksudkan dengan perancangan pula ialah penggabungan dan penyepaduan pelbagai sumber yang dimiliki untuk menghadapi persekitaran dengan sebaik-baiknya.
Perencanaan juga disebut sebagai jambatan antara masa kini dengan masa depan yang membawa erti persiapan masa kini untuk menghadapi apa yang akan terjadi di masa depan. Ketika Allah memerintahkan kita agar bersiap sepenuhnya untuk menghadapi musuh dengan segala rupa kekuatan seperti mana firman Allah dalam surah al-Anfal ayat ke-60. Ayat tersebut memerintahkan kita umat Islam membuat perancangan pertahanan jangka panjang dengan mengambil kira perubahan-perubahan dan kemajuan-kemajuan yang sedang berlaku dan akan berlaku dalam bidang ketenteraan dan juga teknologi persenjataan.
Lebih-lebih lagi di saat umat Islam menghadapi ancaman yang datangnya bukan sahaja dalam bidang ketenteraan, malah telah meningkat kepada ancaman-ancaman bentuk lain termasuk budaya, pendidikan dan ekonomi, maka perintah Tuhan, “…waa’iddu lahum…” (bersiaplah menghadapi mereka…) itu harus pula difahami dari sudut semangatnya dengan membuat perancangan yang bernas lagi rapi dalam bidang-bidang lain seperti ilmu, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.
Lebih jauh daripada itu al-Quran juga telah menampilkan peribadi Nabi Yusuf a.s. sebagai tokoh misali perancang ekonomi sebagaimana yang diterangkan kepada kita dalam surah Yusuf, ayat yang ke-47 hingga ke-49. Di mana dalam ayat tersebut, Nabi Yusuf a.s. telah menyarankan suatu perancangan ekonomi pertanian untuk jangka waktu empat belas tahun dengan membuat perimbangan di antara jumlah penghasilan, penggunaan, penyimpanan dan pelaburan semula. Dengan perencanaan bersifat melihat ke hadapan ini, krisis ekonomi yang dikhuatiri akan menimpa negara dapat dihindarkan.
Dalam zaman yang penuh persaingan seperti sekarang ini, kecemerlangan dan keunggulan hanya akan dapat dicapai dengan penyuburan budaya kerja berencana dan pemikiran bernas. Sehubungan dengan itu budaya ad hoc seharusnya dihindari kerana ia bukan budaya yang terpancar daripada ajaran Islam. Memang manusia hanya boleh merencana, tetapi Allah jua yang menentukan jaya atau tidaknya. Namun manusia tetap diwajibkan merencana dan melaksanakan rencananya dengan setepat-tepatnya. Rencana yang rapi tetapi tidak dilaksanakan sebagaimana semestinya akan berakhir dengan kegagalan. Demikianlah apa yang telah terjadi dalam Perang Uhud. Perancangannya sudah cukup rapi. Tetapi ada pasukan yang kurang berdisiplin lalu mengabaikan perlaksanaan yang telah direncanakan, maka akibatnya pasukan Islam mengalami pukulan teruk.
Mudah-mudahan apa yang telah diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w. menerusi peristiwa hijrah yang telah melakar sejarah yang cukup besar itu mampu untuk kita mengambil pengajaran daripadanya, dan berupaya menjadi umat yang peka dengan hikmah- hikmah yang terkandung di sebalik setiap peristiwa-peristiwa besar sebagai panduan kepada kita umat akhir zaman yang semakin terpinggir ini.
Sumber :Institut Kefahaman Islam Malaysia

CAKAP TAK SERUPA BIKIN


PAS MENYATAKAN BAHAWA MEREKA TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN DAP.BEGITU JUGA DENGAN DAP YANG TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN PAS.BUKTINYA URUSAN AGIHAN KERUSI PILIHANRAYA DI PULAU PINANG YANG MELIBATKAN PAS HANYA AKAN DISERTAI OLEH PKR SAHAJA.NAMUN, REALITI TIDAK SEPERTI YANG DICAKAPKAN.HUSAM CONTOHNYA, SENTIASA MENJALINKAN HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN DAP.BEGITU JUGA KEPIMPINAN PAS YANG LAIN.BUKANKAH INI NAMANYA MEMBOHONGI RAKYAT?

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT TETAP DISAYANGI

Ustaz Omar Khalid – bukanlah nama besar dalam politik negara. Beliau Cuma tokoh sederhana dalam Pas di era 70-an dan 80-an. Pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Paling cekal, katanya, ‘menikmati’ ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang kononnya selari dengan Islam. Ustaz Omar – dulunya berjanggut, berjubah dan berserban tetapi kini menukar gaya hidup lebih ‘moden’. Tetapi tetap mempunyai sifat tawaduknya kepada perjuangan Islam. Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis. Perjuangannya tetap satu – menegakkan kalimah ALLAH dan perjuangan Islam melalui UMNO pula.
RAKYAT YANG MENILAI DAN BUKANNYA PAS

KENYATAAN KHALID IBRAHIM BERTENTANGAN DENGAN KENYATAAN ANWAR

MANUSIA YANG TELAH MEMBAHAM WANG RAKYAT SEWAKTU BERADA DI ZAMAN ANWAR DAN MENERAJUI PNB
KENYATAAN DI DALAM HARAKAHDAILY :

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab 'teriakkan' PM dan Timbalannya itu dengan memberi jaminan jika BA dimandatkan rakyat, pastinya harga minyak akan diturunkan ke satu tahap munasabah yang tidak akan membebankan rakyat.

( KHALID MEMBAWA NADA YANG TIDAK SELARI DENGAN ANWAR.BELUM LAGI MENANG PILIHANRAYA, SUDAH MEMBOHONG RAKYAT.ANWAR KATA JIKA BA MENANG, HARGA PETROL AKAN DITURUNKAN KEPADA RM 1.10.KHALID PULA KATA HARGA PETROL AKAN DITURUNKAN PADA HARGA YANG MUNASABAH.INILAH AYAT YANG AKAN MEMUSNAHKAN RAKYAT.MUNASABAH ITU BERAPA?JIKA MEREKA MENANG MAKA MUNASABAHNYA IALAH MELEBIHI HARGA YANG DITETAPKAN KERAJAAN.KETIKA ITU MEREKA SUDAH PASTI AKAN BERTERIAK KEPADA RAKYAT BAHAWA RAKYAT PERLU BERSATU BERSAMA KERAJAAN DAN SEBAGAINYA.....)

LAGI PEMBOHONGAN ANWAR

ANWAR DAN HITLER SAMA TAPI WAJAH SAHAJA YANG BERBEZA.
Berikut ialah kenyataan Anwar sewaktu berceramah di Linggi.Inilah kenyataan yang paling bodoh yang pernah di buat oleh seorang bekas TPM di Malaysia:


Tawaran BA berasaskan kepada beban rakyat selepas kenaikan harga minyak pada tahun 2006 yang mengakibatkan harga pelbagai barangan keperluan meningkat berkali ganda.
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan tawaran tambahan dengan hasil keuntungan Petronas, rakyat akan diberikan pendidikan percuma bermula dari pendidikan rendah hingga pengajian tinggi.

(PERSOALAN: MENGAPAKAH ZAMAN ANWAR MENJADI MENTERI PENDIDIKAN TIADA PENDIDIKAN SECARA PERCUMA DAN TIADA KERTAS CADANGAN UNTUK PENDIDIKAN DIPERCUMAKAN SERTA ANWAR TIDAK BERANI MENGHAPUSKAN YURAN SEKOLAH?JAWAPANNYA MUDAH SAHAJA KERANA KETIKA ITU ANWAR MENGGUNAKAN WANG NEGARA UNTUK DIAGIHKAN KEPADA KRONINYA DALAM SEMUA PROJEK DI KEMENTERIAN KEWANGAN DAN PENDIDIKAN?ANWAR BERCAKAP SEPERTI SEORANG YANG SEDANG MEMPERBODOHKAN RAKYAT)
"RM10 billion akan diambil dari keuntungan Petronas untuk kita turunkan harga minyak, ia tidak menjejaskan lagi, dan jika ambil RM10 billion lagi untuk belanjakan kepada rakyat mendapat pendidikan percuma, keuntungan masih banyak.Saya ada pengalaman tadbir kerajaan dan sebagai Menteri Kewangan, kita tahu nak buat macam mana," kata Anwar semasa berceramah di Linggi, Negeri Sembilan pada 28 Disember lalu.

( BARU SEKARANG ANWAR MEMBAWA ANALOGI PERKIRAAN EKONOMI YANG LAPUK.DAHULU KENAPA TAK BUAT?SEBAB DAHULU WANG PETRONAS ANWAR KAUT SEORANG.ANWAR RANCANG BANYAK PROJEK, KEMUDIAN PROJEK BERKENAAN DIBERIKAN KEPADA JUAK-JUAK POLITIKNYA.)

DAP HANYA BERTANDING KAWASAN MAJORITI CINA DI PULAU PINANG :BUKTI DAP TIDAK DITERIMA MELAYU

TANDA SEPAKAT MEMBAWA REBAH YANG DI BAWA ANWAR BUAT BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM DI PULAU PINANG.
DATO ZAHRIN, BALACI ANWAR DI PULAU PINANG YANG TELAH BANYAK MEMBAHAM WANG RAKYAT.
BERIKUT IALAH AGIHAN KERUSI DAP DI PULAU PINANG BAGI PILIHANRAYA KE 12
Di Pulau Pinang DAP bertanding tujuh kerusi dari tiga belas kerusi parlimen manakala 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 40 kerusi yang ada.
Parlimen yang menjadi sasaran DAP ialah P43 Bagan, P45 Bukit Mertajam, P46 Batu Kawan, P48 Bukit Bendera, P49 Tanjung, P50 Jelutong dan P51 Bukit Gelugor.
Dun pula di N7 Sungai Puyu, N8 Bagan Jermal, N9 Bagan Dalam, N13 Berapit, N15 Padang Lalang, N16 Perai, N19 Jawi, N22 Tanjung Bungah, N23 Air Putih, N25 Pulau Tikus, N26 Padang Kota,N27 Pengkalan Kota, N28 Komtar, N29 Dato' Keramat, N30 Sungai Pinang, N31 Batu Lanchang, N32 Air Itam dan N34 Paya Terubong.
Sejurus selepas sidang akhbar Pengerusi KeADILan Pulau Pinang, Dato' Zahrin Hashim dan Presiden DAP, Lim Kit Siang menandatangan permaufakatan bersama untuk menghadapi BN dengan disaksikan Dato' Seri Anwar.
ULASAN :
Berdasarkan kepada agihan kerusi DUN terbukti DAP hanya berani meletakkan calon di kawasan yang mereka jamin akan mendapat sokongan masyarakat Cina.Jika ini menjadi realiti, bermakna yang bakal menjadi Ketua Menteri ialah calon DAP dan ketika itu, kita semua boleh menyaksikan bahawa bangsa Melayu akan terus dihimpit, dihina dan dihambakan oleh DAP. Cara DAP yang agak ekstrim membezakan pembawakan yang terdapat di dalam MCA dan Gerakan.PKR dan PAS pula akan bertanding di semua kerusi milik UMNO.PKR berazam merampas dan meletakkan isu nasional sebagai wadah manifeso yang mereka bawa.Tetapi, perlu diingat PKR ialah dalang yang bakal menghakis kuasa Islam di Pulau Pinang. Lihat sahajalah siapakah yang menganggotai PKR?Mereka ialah kumpulan yang kecewa dalam UMNO dan mereka ialah manusia rakus yang pernah merompak wang rakyat.Mereka ialah penerima syer terbesar sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan. Mereka ialah pemegang lesen kelas A dan mendapat tender daripada Anwar sewaktu Anwar menjadi TPM.Pemimpin PKR akan terus mengganas untuk merompak wang rakyat.Jika tidak percaya lihatlah sejarah Anwar di dalam Kerajaan. Anwar manusia yang bakal menjual negara kepada penjajah.

PUKULAN MAUT BUAT ANWAR DI PARLIMEN KUALA KANGSAR

Selepas DSAI mengeluarkan kenyataan ingin bertanding di Kuala Kangsar, ianya seakan-akan cuba membawa satu polemik baru ke dalam suasana pilihanraya di negeri Perak. Pembohongan Anwar dengan misi Madani yang gagal dilaksanakan di zamannya , membuktikan Anwar seorang manusia yang suka beretorik.Blogger menerima banyak komen daripada segelintir pemimpin di Kuala Kangsar. Ternyata apa yang boleh dirumuskan, Anwar akan terus "DIBOGELKAN" jika beliau sudi bertanding di Kuala Kangsar.Siapakah Anwar?Sewaktu menjadi ahli parlimen Permatang Pauh, satu pun pembangunan tidak di bawa melainkan sebuah gereja besar hasil usaha kepimpinan Anwar untuk memartabatkan Kristian di kawasannya.Bertanding di Kuala Kangsar bererti Anwar memang sudah tahu kekalahannya. Penduduk Kuala Kangsar tidak perlukan Anwar. Tanpa Anwar pun orang Kuala boleh menikmati pembangunan yang berterusan. Kuala Kangsar bandar Di Raja. Anwar bakal memecahkan perpaduan Islam di Kuala Kangsar. Inilah mesej Madani anwar iaitu perpecahan kaum adalah teras kejayaan dalam Islam Bandar.Orang Kuala mencabar Anwar untuk bertanding dan jangan hanya bercakap. Jika Anwar tidak bertanding di Kuala kangsar bermakna Anwar pengecut dan 'TIDAK BERTELUR"(TIDAK JANTAN).Silakan Wahai Anwar bertanding di Kuala Kangsar!!!!

ANTARA 2 BACAAN WAJAH

ANWAR BERHASRAT UNTUK MENJATUHKAN AIR MUKA PAK LAH, INSAN YANG PERNAH BELIAU PERCATURKAN SEWAKTU BELIAU BERADA DI DALAM UMNO. ANWAR TAHU BAHAWA PAK LAH AKAN MENGANGGU KARIER BELIAU KE JAWATAN PERDANA MENTERI KETIKA ITU.NAMUN PAK LAH TIDAK PERNAH BERDENDAM DENGAN ANWAR.NAMUN ANWAR PULA TIDAK HABIS-HABIS INGIN MENYERANG PAK LAH.MENGAPA?INILAH POLEMIK ANWAR SEJAK BERADA DI MCKK DAN UM LAGI IAITU SUKA KEPADA DAYA TARIKAN DAN INGINKAN DIRINYA DIBERI PERHATIAN.DENGAN KATA LAINNYA ANWAR INGIN MENJADI MANUSIA YANG GILA GLAMOUR DAN BUKANNYA SUKA KEPADA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB.SENYUM PAK LAH TERSIMPAN DAN SENYUM ANWAR TERBUKA.FIRASAT YANG MEMBUKTIKAN BAHAWA ANWAR SEORANG YANG HIPOKRIT DAN SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN DI ATAS KELEMAHAN ORANG LAIN SERTA SUKA BERPURA-PURA.

NALLAKARUPPAN TUDUH ANWAR PEMBOHONG

DAHULU NALLA MERUPAKAN SAHABAT ANWAR.BAYANGKANLAH NALLA PUN DIBOHONGI ANWAR.NALLA BERJUANG KERANA ANWAR SEHINGGA BELIAU SANGGUP DIPENJARAKAN.APATAH LAGI KAUM INDIA LAIN YANG BUKAN SAHABAT ANWAR.ANWAR BERBOHONG KEPADA KAUM INDIA DAN KAUM INDIA RELA DIRI MEREKA DIBOHONGI.....
Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) Datuk KS Nallakarupan hari ini mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan apa yang telah dilakukannya untuk kebaikan masyarakat India sewaktu beliau berada dalam kerajaan dahulu.Beliau berkata, Anwar perlu menyatakan apakah sumbangannya kepada masyarakat India terutama ketika beliau memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.
Nalla berkata, berdasarkan kepada hubungan akrabnya dengan Anwar selama lebih 30 tahun, "saya tahu benar bahawa beliau hanya berbohong kepada masyarakat India sekarang, semata-mata untuk mendapatkan undi mereka sahaja"."Saya berharap beliau akan berhenti dengan segera permainan politiknya untuk menipu masyarakat India.

"Dan kepada masyarakat India, saya berharap mereka akan menyedari bahawa Anwar - yang tidak berbuat apa-apa untuk mereka ketika beliau (Anwar) sepatutnya berbuat demikian - tidak akan berbuat apa-apa untuk mereka sekarang," tambahnya.
ULASAN :SUDAH TERANG DAN TIDAK PERLU BERSULUH BAHAWA ANWAR PEMBOHONG.TAK LAMA LAGI ANWAR AKAN MEMBOHONGI KAUM CINA PULA.TUNGGU.....

RAMAI RUPANYA PEMIMPIN KANAN PKR YANG TINGGALKAN ANWAR

PKR YANG SEMAKIN MALAP DENGAN KEPIMPINAN YANG MENGASASKANNYA
EZAM KECEWA DENGAN DSAI DAN AZMIN YANG TAMAKKAN KUASA DAN HARTA

SAIFUDIN BEKAS SETIAUSAHA PEMUDA UMNO, YANG PERNAH MENJAGA DANA YAYASAN GERAK BAKTI KEBANGSAAN.SEWAKTU BELIAU MENJAGA YAYASAN BERKENAAN, BELIAULAH YANG PALING KEDEKUT MENGELUARKAN WANG YAYASAN UNTUK PEMBANGUNAN MELAYU DAN GENERASI MUDA MELAYU.TIBA-TIBA DILANTIK SEBAGAI ORANG KUAT YAYASAN MILIK KERAJAAN PAS.TAK LAMA LAGI KERINGLAH WANG YAYASAN PAS DIBAHAM OLEH SAIFUDDIN.

Berikut saya paparkan 3 orang pemimpin kanan PKR yang sudah tidak nampak hala tuju PKR dan kecewa dengan DSAI. Mereka mengambil langkah untuk menolak kepimpinan DSAI.Mereka ialah :

1. Orang kuat PKR Saifuddin Nasution yang kini berkhidmat dengan sebuah yayasan kerajaan negeri Kelantan rupanya sudah lama jadi ahli PAS.

2.Bekas Bendahari PKR yang tidak jadi bertanding jawatan Presiden PKR baru-baru ini,Abdul Rahman Osman mengumumkan keputusannya untuk menyertai PAS.

3.Bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor yang mengesahkan kepada sebuah laman web,KL Pos.com beliau sebenarnya sudah keluar dari PKR sejak 4 April 2007 lalu. Menurut Ezam, beliau kini tidak menganggotai mana-mana parti politik sebaliknya menumpukan perhatian kepada NGO yang diasaskan beliau Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK). "Perjuangan tulen untuk rakyat tidak harus disempitkan hanya dalam wadah satu parti sahaja," katanya yang baru tiba dari Thailand itu. Ezam merupakan Ketua Pemuda pertama parti yang dilancarkan di sebuah hotel terkemuka pada 4 April 1999 itu. Ketika ditanya mengapa membuat keputusan meninggalkan PKR, laman itu memetik Ezam sebagai berkata , "Saya tidak mahu terlibat dalam petty politiking dan juga narrow inner circle poltics in PKR ."