feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PRESIDEN PKR MENGHINA RAKYAT PULAU PINANG

Mudah Sangat Wan Azizah Menyerahkan Tangannya Untuk Di Pegang.Entahlahhh.....
Wan Azizah Meniti Hari Tuanya Tanpa DSAI


"50 tahun berjudi undi BN, sudahlah", kata Presiden PKR

Sumber : KL Pos
Monday, 14 January 2008
Oleh Zulkifli Mohamed



PERMATANG PAUH: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa rakyat jangan memperjudikan masa depan negara dengan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
“Sudahlah, telah 50 tahun rakyat memperjudikan masa depan negara, sudahlah,” katanya mengulas kenyataan Abdullah Ahmad Badawi yang meminta rakyat jangan perjudikan nasib kerana mengundi pembangkang.“Mengundi BN, itulah yang bermaksud memperjudikan nasib,” jelasnya.
Menurut Azizah mengundi pembangkang bukan bermaksud perjudikan nasib,tetapi bagi membentuk sebuah kerajaan adil,telus dan saksama untuk semua kaum.Jelas Azizah rakyat mempunyai pilihan untuk memilih sebuah kerajaan baru yang mempunyai hala tuju lebih baik dan cekap.

ULASAN :
Kenyataan Wan Azizah yang tidak adil. Bayangkanlah, seorang Presiden Parti Keadilan yang mengeluarkan kenyataan yang TIDAK ADIL.Inilah perkara pelik yang selalu berlaku di dalam PKR. Oleh kerana pemimpin mereka selalu perasan bahawa mereka sahaja yang memperjuangkan keadilan, maka semua kenyataan mereka adalah adil untuk rakyat Malaysia.Wan Azizah menjual undi bahawa memilih PKR bererti bakal memilih sebuah kerajaan yang mempunyai hala tuju yang baik dan cekap.Inilah pembohongan Wan Azizah. Sewaktu suaminya DSAI menjadi Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan TPM, urusan tadbir negara selalu berada di tahap kacau bilau. Anwar gagal melonjakkan ekonomi negara dan gagal juga menurunkan harga minyak dizamannya ke paras yang lebih rendah.Anwar juga gagal memberikan pendidikan secara percuma .Anwar sendiri tidak pernah berjuang atau menyuarakan kepada PM ketika itu untuk memberikan pendidikan secara percuma.Kita semua boleh menilai bagaimana kebanyakan projek awam tendernya diberikan kepada adik beradik beliau dan bapa Wan Azizah sendiri.Tiba-tiba mereka melaung dan menyalak bahawa mereka adil dan berjuang. Ibarat meludah kelangit.