feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS MERAMPAS TANAH RAKYAT DENGANMEMILIK NEGERIKAN TANAH FELCRA

PAS KELANTAN MERAMPAS TANAH RAKYAT MELALUI FELCRA.
Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan membuat keputusan untuk dipertanggungjawabkan kawasan itu melalui anak syarikatnya iaitu PMBK Sawit Sdn Bhd di bawah Perbadanan Menteri Besar(PMB).Kenapa tanah rakyat diletakkan di bawah PMB?Ini kerana tanah berkenaan adalah ladang komersil yang dibangunkan Felcra Berhad membabitkan kelapa sawit dan getah seluas 4,249.405 hektar (10,496.03 ekar) atau dalam bentuk 23 ladang-ladang atas tanah milik kerajaan negeri.

Pembangunan ladang oleh Felcra di Kelantan membabitkan keluasan ladang seluas 6,069,085 hektar atau dalam bentuk 34 buah ladang dan telah diusahakan sejak tahun 1978.Majlis penyerahan berlangsung di perkarangan Masjid Felcra Berhad di Panggong Lalat, Gua Musang pada pagi Khamis 19 Januari lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa baru-baru ini, dengan bangganya berkata tanah yang diusahakan Felcra itu adalah milik kerajaan Pas Kelantan.
Penyerahan tanah itu membabitkan empat kawasan iaitu ladang Panggung Lalat 1, 3 dan 4 di sini yang diusahakan dengan tanaman getah dan ladang Gual Tambun di Rantau Panjang yang ditanam dengan kelapa sawit. Rancangan tanah itu sudah dimajukan oleh sebuah agensi kerajaan Pusat tetapi dengan senang kerajaan Pas merampas balik tanah itu tanpa sebab hingga agensi berkenaan kehilangan hasil RM24 juta setahun.
Sebagai rekod , kerajaan Barisan Nasional (BN) pernah menebus semula tanah yang digadai kerajaan Pas seluas 140,000 hektar di Hulu Kelantan, kepada sebuah syarikat asing pada era 70-an. Penebusan semula tanah sejumlah RM3 juta itu, membolehkan kerajaan BN membuka rancangan pembangunan tanah secara besar-besaran seperti Felda dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang memberi faedah besar kepada rakyat Kelantan sekarang ini.