feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

SIRI 1 : NIK AZIZ TIDAK MERESTUI PKR

"Ya Tuhan, Jauhkanlah hati-hati hambamu dari menyertai dan menyokong PKR...."
Sumber : Bernama

KOTA BAHARU, 18 Jan (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata keyakinannya terhadap kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis sambil menyifatkan parti itu "mencelarukan". Malahan, katanya, PAS lebih rela menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 nanti tanpa mengharapkan kerjasama daripada PKR.
Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguannya di Pejabat PAS di sini hari ini, ketika diminta mengulas kenyataan PKR dalam sebuah akhbar baru-baru ini bahawa parti itu tidak mahu bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum nanti.Beliau berkata kerjasama dengan PKR sama seperti pengalaman PAS menjalin kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (SM46) pada akhir 1980-an dan awal tahun 90-an."Kita sudah ada pengalaman bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, kemudian parti itu berpecah dengan PAS dan dia masuk semula Umno," kata Nik Aziz.