feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS MENUDUH MELAYU PULAU PINANG TIDAK PRIHATIN:SATU PENGHINAAN TERHADAP MELAYU PULAU PINANG

Hj Hadi terus menjadi manusia yang perasan dan tamakkan kuasa pemerintahan. PAS bukan ingin menegakkan Islam, tetapi mereka ini membolot dan merompak harta rakyat jika sepenggal mereka memerintah.

Tulisan Mohd Sabri Said Mon Jan 14, 08 di dalam Harakah Daily(Wartawan Harakah)

"Semuanya ini berpunca daripada ketidakprihatinan terhadap isu berbanding kaum Cina dan India yang lebih terasa walaupun mereka diketogarikan bukan bumiputra"

"Tidak hairanlah kini orang Melayu di Pulau Pinang tidak prihatin sebaliknya lebih rela berpeluk tubuh melihat apa yang akan dan bakal berlaku. "


ULASAN :

Umumnya semua mengenali Mohd Sabri Said yang merupakan soldadu PAS di Pulau Pinang. Beliau telah lama bertugas sebagai wartawan lapangan Harakah dan mempunyai cita-cita besar di dalam mewarnai politik Pulau Pinang. Beliau sentiasa mengharapkan dirinya terpilih untuk mewakili PAS bagi mana-mana kerusi yang ingin dipertandingkan.Kenyataan Mohd Sabri seperti mewakili suara PAS Pulau Pinang. PAS Pulau Pinang secara terbuka menghina Melayu Pulau Pinang secara keseluruhannya. Oleh kerana Melayu Pulau Pinang tidak mahu mengikut kaum Cina dan India yang memasuki aliran politik pembangkang, maka Melayu Pulau Pinang dihina. Sungguh mudah PAS menghina Melayu Pulau Pinang.Orang Melayu Pulau Pinang perlu sedar, bahawa banyak lagi kenyataan kepimpinan PAS yang menghina Melayu seperti Melayu Pulau Pinang Tak Sedar Diri, Kaki Ampu dan sebagainya.Apakah ini nilai sebuah parti Islam yang membuat penilaian secara dangkal terhadap bangsanya sendiri?Masa untuk Melayu berubah memastikan semua kerusi Melayu di Pulau Pinang terus kekal di bawah UMNO.Melayu Pulau Pinang bijak membuat keputusan dan UMNO tidak pernah menghina bangsanya sendiri.