feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

BRAVO GPMS SUNGAI PINANG

YAACOB DENGAN PENAMPILAN KERAS DAN BERANI.

DISERTAKAN SALINAN REPORT POLIS YANG GPMS EMAILKAN KEPADA BLOGGER.

GPMS Sungai Pinang telah mengadakan satu laporan Polis terhadap DS CHua Soi Lek pada 21 Ogos 2010 jam 4.00 ptg di Balai Polis Jalan Patani, Pulau Pinang di atas kenyataan Rasis beliau yang mempertikaikan 30% ekuiti bumiputera serta DEB. Atas dasar tersebut GPMS Sg Pinang bimbang akan percikan api perkauman yg di lontarkan oleh DS Chua akan menyebabkan huru hara di antara kaum.

GPMS CAWANGAN SUNGAI PINANG


Kenyataan Dr. Chua Soi Lek,

Presiden MCA Berhubung Isu Ekuiti Bumiputera Di Kongres Ekonomi Cina Malaysia

Pada 8 Ogos 2010

Sebagai sebuah NGO Melayu, GPMS berasa sangat kesal di atas Kenyataan Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA berhubung isu ekuiti bumiputera semasa berucap di dalam Kongres Ekonomi Cina pada 8 Ogos 2010. Chua Soi Lek ketika menyampai ucapan beliau telah menuntut agar ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat selain mengkritik golongan kontraktor kelas F yang majoritinya orang Melayu. Kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153.

Kenyataan Chua Soi Lek berhubung ekuiti bumiputera ini adalah "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera". Kenyataan Chua Soi Lek juga adalah sangat tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum. GPMS Sg. Pinang khuatir sekiranya kenyataan Chua Soi Lek yang tidak bertanggungjawab ini kalau terus dimainkan mampu mencetuskan perbalahan kaum di negara ini.

Justeru itu, GPMS Sg. Pinang memohon agar pihak polis membuat penyiasatan menyeluruh mengenai kenyataan Chua Soi Lek di bawah seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 4 akta yang sama.

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh:
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Sungai Pinang
22 Ogos 2010