feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

KERAJAAN CAMPURAN : SATU PENILAIAN BUAT RAKYAT PERAK

SUMBER :BERNAMA
Menteri Besar bertanggungjawab bagi portfolio Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar.Senarai portfolio bagi
10 anggota Exco yang terdiri daripada enam anggota Dewan Undangan Negeri dari DAP, tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang wakil PAS, mengikut kenyataan yang dikeluarkan di sini ialah seperti berikut:
1. Ngeh Koo Ham (Adun Sitiawan): Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam.
2. Nga Kor Ming (Pantai Remis): Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam.
3. A. Sivanesan (Sungkai): Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia.
4. Seah Leong Peng (Pasir Bedamar): Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan.
5. Chen Fook Chye (Keranji): Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna.
6. Su Keong Siong (Pasir Pinji): Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi.
7. Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan.
8. Tai Sing Ng (Kuala Sepetang): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Penerangan.
9.Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering): Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
10. Mohd Zainuddin Mohd Yusof (Lubuk Merbau): Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan.

Kesimpulan : Tahniah buat MB Perak baru yang memberikan kuasa terlalu banyak kepada DAP. Kuasa kewangan, Pendidikan,Infrastruktur Awam dan Pengajian Tinggi diberikan kepada DAP. Tiadakah calon Melayu PAS dan PKR yang layak memegang jawatan Exco Pendidikan?Exco Pengajian Tinggi, Exco Kewangan ?. Terbuktilah sekarang , MB sekarang ialah boneka DAP di Perak kerana semua kuasa dan kepentingan Melayu diberikan kepada DAP.

MENANG SORAK NEGERI MELAYU TERGADAI


Negeri Perak sebuah negeri yang unik dan bersyukurlah rakyat negeri Perak kerana mempunyai sistem beraja yang menjadi simbolik kepada ketuanan Melayu. Jika tidak, Perak yang majoritinya Melayu sudah pasti akan ditadbir oleh kumpulan pemimpin DAP yang jelas tidak menyukai sebuah Negara Islam.Perkara ini diakui sendiri oleh Karpal Singh apabila PAS sendiri mahu menubuhkan sebuah kerajaan Islam. Satu perkara yang pelik, bagaimakah DAP boleh berkiblatkan seorang pemimpin Islam atau pemimpin Islam berkenaan menjadi kuda tunggangan DAP?Yang pastinya, segelintir penyokong PAS seronok keranan MB Perak adalah orang kuat PAS Perak. Tapi, orang PAS lupa mengapakah PAS tidak melantik orang Islam sebagai barisan exconya?Lihat sahajalah gambar di atas, yang mengangkat tangan kemenangan ialah DAP, dan yang menjadi jurucakap DAP di Perak ialah PAS.

KESIMPULANNYA, PAS PERAK REDHA MENJADI JURUCAKAP DAN HAMBA KEPADA DAP IAITU SEBUAH PARTI YANG PERNAH MENGKRITIK DASAR PERJUANGAN PAS SENDIRI.INILAH YANG PAS PERAK MAHUKAN KHUSUSNYA USTAZ AHMAD AWANG.

BILA TOL SG NYIUR AKAN DITUTUP KERAJAAN NEGERI DAP

KERAJAAN NEGERI SEPATUTNYA SELESAIKAN PEMBAYARAN KONSESI SEKIRANYA LIM GUAN ENG BIJAK
Ramai dikalangan rakyat yang menggunakan Tol Sg Nyiur menantikan keputusan kerajaan negeri untuk memansuhkan kutipan tol yang dikenakan pada tahun lepas. Sewaktu kempen pilihanraya yang ke 12 berjalan, boleh dikatakan hampir semua kepimpinan DAP menyuarakan janji untuk menghapuskan kutipan tol berkenaan. Namun, sehingga kini tiada satu pun kertas cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri untuk mengambil alih atau memberhentikan pembayaran tol di Tol Sg Nyiur. Yang Lim Guan Eng tahu hanyalah menyatakan "Kita akan bincang dengan kerajaan pusat atau guna wang Petronas bagi kes jambatan kedua". Seorang pemimpin yang bijak, sepatutnya Lim Guan Eng dan 2 orang TKMnya seharusnya memikirkan cara bagaimana untuk meningkatkan daya pelaburan negeri supaya pendapatan bertambah dan akhirnya lebihan pendapatan boleh digunakan untuk melangsaikan pembayaran konsesi dan bukannya hanya tahu mengeluarkan kenyataan berunsur politik.Kita memberi tempoh kepada Lim Guan Eng dan kepimpinannya untuk menunaikan janji kepada rakyat dan bukannya bercakap kosong dan akhirnya menyalahkan orang lain.

KESIMPULAN : UMAR ABDUL AZIZ TIDAK PERNAH MENYALAHKAN ORANG LAIN SEPERTI LIM GUAN ENG. SEPATUTNYA, SEKIRANYA LIM GUAN ENG MENGIKUT UMAR ABDUL AZIZ, MAKA TAMBAHKAN PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN ISLAM DAN MEMPERINDAHKAN LAGI MASJID DAN INSTITUSI ISLAM DENGAN MENGGUNAKAN WANG KERAJAAN NEGERI.BARULAH ITU NAMANYA UMAR ABDUL AZIZ.

PERCATURAN POLITIK DI PERAK:FIKIRKAN UNTUNGKAH MELAYU?

RAKYAT MELAYU PERAK HANYA BERHARAP KEPADA KESULTANAN MELAYU SAHAJA DAN BUKANNYA KERAJAAN NEGERI.

Seramai tujuh bukan Melayu iaitu enam daripada parti DAP serta satu daripada PKR hari Sabtu mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (Exco). Majlis mengangkat sumpah diadakan dihadapan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Dengan perlantikan itu, ini bermakna suara majoriti di dalam mesyuarat Exco Perak ialah tujuh bukan Melayu manakala Melayu pula hanya empat orang termasuk Menteri Besar. Daripada 10 Exco yang mengangkat sumpah, enam orang adalah daripada DAP, tiga daripada PKR dan satu daripada PAS. Mereka ialah Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan), Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis), Su Keong Siong (DAP-Pasir Pinji), Chen Fook Chye (DAP-Keranji), Seah Leong Peng (DAP-Pasir Bedamar), A. Sivanesan (DAP-Sungkai), Tai Sing Ng (PKR-Kuala Sepetang), Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Mohd Zainudin Mohd Yusof (PAS-Lubuk Merbau).

Sehingga kini MB Perak yang baru belum lagi membuat blue print untuk memajukan dan menyusun semula pembangunan Melayu di Perak. Apa yang merisaukan sekarang, apakah MB akan menjadi kuda tunggangan DAP?Pasti atau tidak kita tunggu dan lihat.

HARI INI DALAM SEJARAH: SUMBER ONLINE ARKIB

TRAGEDI 13 HB. MEI, 1969

Tarikh Siaran: 13.05.1980
Tarikh Peristiwa: 13.05.1969

Pada hari ini dalam tahun 1969, telah berlaku satu peristiwa yang hampir-hampir menghancurkan keutuhan negara yang dikenali sebagai Tragedi 13 Mei. Tragedi yang menggugat keutuhan negara ini adalah ekoran dari pilihanraya kebangsaan yang telah berlangsung pada 10hb Mei 1969 di mana emosi dan sentimen perkauman telah disuarakan dengan begitu lantang. 1 Keadaan ini telah digunakan sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan-tujuan politik mereka. Hasil dari pilihanraya ini Parti Perikatan telah berjaya menubuhkan kerajaan sekali lagi tetapi dengan kelebihan undi yang kurang dari kemenangan-kemenangan yang lampau dan tanpa perwakilan dari MCA.
Akibat dari tragedi ini banyak nyawa yang tidak berdosa telah terkorban dan harta benda musnah. Bagaimanapun, peristiwa malang ini adalah merupakan satu rahmat yang tersembunyi. la adalah merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan sosial dan ekonomi adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia.
Untuk mengawal keadaan tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan mengisytiharkan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkasnya 'MAGERAN' ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah.
Pada 16hb Mei, serentak dengan pengisytiharan Darurat, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. Dengan pembubaran Parlimen oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong, MAGERAN menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada bulan Januari, 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat berbagai kaum. Majlis Perundingan Negara ini mengadakan dialog yang serius di kalangan anggota-anggotanya bagi mencari jalan untuk menguatkan perpaduan negara dan menyediakan satu asas yang kukuh dan kekal untuk kembali kepada demokrasi berparlimen, dan mendapatkan satu panduan yang positif dan praktikal dalam usaha mencapai kedasama antara kaum dan identiti masyarakat Malaysia yang tulin. Daripada perbincangan kesemua wakil dari semua kaum dan golongan ini lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai manifestasi ideologi kebangsaan.
Berdasarkan kepada semangat RUKUN NEGARA, Jawatankuasa Ekonomi Majlis Perundingan Negara telah melahirkan DASAR EKONOMI BARU yang bertujuan untuk menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan, serta memelihara keselamatan negara. Dasar Ekonomi Baru inilah yang menjadi asas dan dasar pembangunan negara dalam semua bidang.

Sumber :
The May 13 Tragedy; A Report of the National Operations Council (Intro); Kuala Lumpur, Government Press, 1969).

Tun Razak: His Life and Times, Kuala Lumpur, Longman Malaysia Sdn. Berhad, 1976, h.205).

William Shaw, Ibid h.212
William Shaw, Opcit, h. 212.
William Shaw, Ibid.
KESIMPULANNYA, DEB ADALAH ASAS KEPADA PEMBENTUKAN PERPADUAN DAN BOLEH DIKATAKAN LIM GUAN ENG, ANWAR IBRAHIM, MAT SABU DAN TOKOH-TOKOH PEMBANGKANG DIBESARKAN ATAS JASA DEB.MENGAPAKAH SEKARANG PKR MENGWAR-WARKAN AGENDA EKONOMI NEGARA?ANWAR TETAP MAHUKAN KUASA DAN TERUS MAHUKAN SEJARAH MENGUKIR NAMANYA SEBAGAI PEJUANG?APAKAH SEJARAH AKAN MENGUKIR ANWAR SEBAGAI PEJUANG, PETUALANG ATAU PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA?ANDA SEBAGAI RAKYAT YANG LAYAK MENILAI.......

UMNO LEBIH BERJASA KEPADA GURU KAFA DI PULAU PINANG

SEKIAN LAMA UMNO BERJUANG UNTUK MELAYU PULAU PINANG


PKR HANYA MELAKUKAN KEBAJIKAN UNTUK MELAYU PULAU PINANG SEPERTI MELEPASKAN BATUK DI TANGGA.

Satu cara yang amat nyata untuk mengaburi mata rakyat bahawa PKR Pulau Pinang membela nasib rakyat khususnya guru-guru agama KAFA dengan mengumumkan kenaikan RM 50.00 kepada guru-guru KAFA.. Persoalannya, benarkah PKR yang membela nasib guru-guru KAFA atau pun UMNO?Mari kita sama-sama menilai artikel di dalam Utusan Online ini :

PULAU PINANG 19 Mac – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan kenaikan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM50 mulai 1 April ini, sebagai tambahan kepada RM500 sebulan yang diperoleh mereka sebelum ini.Timbalan Ketua Menteri, Mohammad Fairus Khairuddin berkata, kenaikan itu akan membabitkan pembayaran tambahan sebanyak RM879,000 kepada 1,465 guru di seluruh negeri ini.Menurutnya, bonus tambahan itu telah dipersetujui oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memudahkan urusan dan tanggungjawab guru-guru berkenaan.‘‘Kita telah bersetuju untuk memberikan pembayaran kepada semua guru KAFA berkenaan secara ex-gratia, namun kita akan menetapkan bila pembayaran itu akan dilakukan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang pertama di sini hari ini.Turut hadir Ketua Menteri, Lim Guan Eng.Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri juga akan menambah bilangan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti.‘‘Buat masa ini, kita akan melakukan perubahan awal di beberapa tempat dan proses berkenaan akan dilakukan dengan cara yang cukup baik dan lancar,” katanya.http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?

FAKTA YANG WAJIB DIPERCAYAI

BAJET 2006 memperuntukan elaun penyelia Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dinaikkan daripada 500 ringgit sebulan kepada 750 ringgit sebulan;

ii. elaun guru KAFA ditetapkan sebanyak 500 ringgit sebulan. Sebelum ini, elaun maksimum bagi Semenanjung Malaysia ialah 288 ringgit sebulan dan bagi Sabah dan Sarawak, 336 ringgit sebulan

iii. JAIPP menambah RM 180.00 sebulan dari jumlah tersebut sewaktu Pulau Pinang di perintah oleh Barisan Nasional.

KESIMPULANNYA, SEWAKTU BARISAN NASIONAL MEMERINTAH PULAU PINANG, ELAUN KAFA TELAH BERTAMBAH SEBANYAK RM 392.00 SEDANGKAN KERAJAAN NEGERI YANG BERADA DI BAWAH DAP MELALUI TIMBALAN KETUA MENTERINYA YANG DATANG DARI PKR HANYA MAMPU MENAMBAH RM 50.00 SAHAJA.MENGAPA TKM MELAYU PKR TIDAK BERANI MENAMBAH RM 200.00?BARU TAMBAH RM 50.00 SEBULAN, KERAJAAN NEGERI DAN TKM DAH MULA HEBOH KONONNYA MENJAGA KEBAJIKAN WARGA KAFA SEDANGKAN BARISAN NASIONAL BERIKAN KEPADA KAFA SEBANYAK 6 KALI GANDA TAMBAHAN YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN NEGERI SEKARANG.MUTIARA MELAYU PULAU PINANG MENCABAR TKM YANG DATANG DARI PKR MENGUMUMKAN KENAIKAN ELAUN KAFA SEBANYAK RM 200.00 SEKURANG-KURANGNYA DEMI MENJAGA KEBAJIKAN GURU KAFA. JANGAN MEMBANTU SEPERTI MELEPASKAN BATUK DI TANGGA.