feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

SIAPA YANG AJAR BLOGGERS SEBAR FITNAH?

BACA KENYATAAN HJ HADI BETUL2.
KUALA LUMPUR, 20 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan para blogger supaya jangan syok menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar.( bloggers mana yang hj hadi maksudkan.bukankah selama ini yang menggerakkan bloggers sebar fitnah ialah blgger pas dan pkr. Siapa yang fitnah gambar nik aziz di badan babi? siapa yang sebar fitnah altantunya bersama najib? siapa yang sebar fitnah mengaibkan pemimpin kerajaan? siapa yang sebar fitnah tentang tun M dan banyak lagi jika nak digariskan.Harakah misalnya yang menjadi media rasmi PAS sehingga ke hari ini takut mengakui kelebihan kerajaan BN sedangkan pada hari ini di ruangan Awang Mingguan Malaysia ( 20/12/09) secara terang terangan Utusan memuji ustaz azizan.bila pula harakah nak puji tok najib. kenyataan nik aziz puji tok najib pun harakah tak berani nak paparkan di muka hadapan? fikirkan siapakah yang menjadi pendorong fitnah?)
Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini, Hadi berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.( ha!!! ini confirm pasal pertemuan perpaduan UMNO dan PAS. Perkara ini benar tetapi tak boleh didedahkan kerana kesannya menimbulkan musibah kepada PAS sendiri.Nik Aziz terus menyerang umno kerana katanya UMNO telah menganiaya PAS. Soalnya betul ker? bersediakah nik aziz tampil dengan sirah umno aniaya PAS sedangkan perang jahanamkan UMNO dikepalai PAS sebagaimana abdullah ubai mengepalai munafik menyerang Rasulullah SAW.)
"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat."Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.( sekali agi nasihat ini ditujukan kepada PAS.tak insaf lagi ke kepimpinan PAS.tak dengar cakap presiden ?)