feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

MB AZIZAN WA CAYA LU.INI BARU BETUL MELAYU SEJATI




KODIANG: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyokong pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) pulang ke Malaysia kerana dikhuatiri akan menyebabkan perasaan tidak puas hati di kalangan keluarga yang menjadi mangsa kekejaman komunis ketika darurat.Katanya, Ching Peng tidak seharusnya dibenarkan pulang kerana ia akan menimbulkan konflik dan situasi di mana satu pihak akan menganggap bekas komunis itu sebagai wira dan pihak lain mempunyai tafsiran sebaliknya."Pada saya tiada apa-apa sumbangan daripada kegiatan komunis kerana ia banyak menyebabkan kehilangan nyawa selain ideologi perjuangannya yang tidak dapat diterima rakyat."Tetapi mungkin ada segelintir pihak akan menganggapnya sebagai wira berdasarkan pandangan mereka sendiri...


Ini pada saya tidak baik untuk negara."Ramai yang terbunuh ketika komunis mengganas di Tanah Melayu, jadi apa perlu dia dibawa balik."Dia (Chin Peng) sudah lama berada di luar malah selepas negara ini merdeka mereka terus menjalankan kegiatan ganas hingga menyebabkan ramai terkorban. Saya tidak nampak di mana yang dikatakan komunis menyumbang untuk kebaikan penduduk di sini," katanya ketika ditemui selepas majlis Kesedaran Komuniti Perdana 2009 di sini, hari ini.Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, fahaman komunis kini tidak dapat diterima oleh kebanyakan masyarakat dunia dan hanya ada beberapa negara saja yang masih mempertahankannya. ( TAKBIR! WA CAYA LU USTAZ AZIZAN.USTAZ JANGAN JADI MACAM NIZAR NAMRUD ATAU NIZAR KOMUNIS TU).NAK HARAP NIK AZIZ TAK DE LAH.NAK HARAP HJ HADI LAGI TAKDE.BARULAH MELAYU SUKA PADA USTAZ.