feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PERHIMPUNAN PENYATUAN MELAYU PULAU PINANG

AL QURAN PEMBUKA BICARA DAN BUKANNYA HIBURAN GANAS
ANTARA PEMIMPIN MELAYU YANG HADIR
BERSATU DEMI AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.EZAM TINGGALKAN PKR KERANA PKR BAKAL MENGUBURKAN ISLAM DAN MELAYU
SETIA DAN HORMAT KEPADA RAKAN TAULAN.EZAM MENGENEPIKAN PRINSIP DEMI MELAYU.
EZAM MENJAWAB SOALAN WARTAWAN TENTANG ANWAR
ANTARA RIBUAN YANG HADIR
Oleh : Wartawan Lapangan

3 Ogos, Bukit Mertajam.Kejayaan buat orang Melayu di dalam memartabatkan kesinambungan penyatuan ummah.Walaupun liputan yang dibuat oleh Harakahdaily dan beberapa blog yang pro kepada pembangkang banyak berbentuk kritikan menghentam, namun bagi saya, apa yang dilihat perhimpunan ini berjaya menyatukan umat Melayu Pulau Pinang.Saya amat terpegun dengan cara pelaksanaan sekretariat Perhimpunan Penyatuan Melayu yang membuka majlis dengan bacaan ayat suci Al Quran. Qari yang dijemput pula merupakan seorang al hafiz. Perkara ini amat berbeza dengan dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh PROTES atau Pakatan Rakyat.Mereka lebih mengagungkan artis yang boleh "tonggeng punggung" daripada memperdengarkan bacaan ayat suci Al Quran. Allah Maha berkuasa, kerana tanggal 3 Ogos 2008, cuaca di Padang Politeknik mendung seperti mengizinkan perhimpunan ini berjalan dalam keadaan yang dingin. Hujan selama 5 minit pada jam 12.20 tgh, berjaya menyejukkan keadaan. Inilah yang dinamakan program barakatillah.Intipati pidato yang disampaikan oleh 4 orang pemidato cukup mantap dalam aspek penyatuan Melayu.Berikut ialah kesimpulan yang dapat saya buat :
1. Pemidato Pertama, Saudara Kamal Saidin -mengupas tentang perpaduan yang disuarakan UMNO berlandaskan ayat Al Quran yang dibaca oleh Qari pada pembukaan perhimpunan.Namun, perpaduan yang dipinta, dibalas dengan kesombongan daripada parti PAS.PAS menyatakan UMNO terhimpit dan mereka mengharapkan jasa PAS membantu. Tapi PAS perlu ingat bahawa idelogi politik perlu dikesampingkan demi ummah.

2. Pemidato Kedua, Tan Sri Jins Samsuddin-menceritakan tentang nasib bangsa selepas kaum lain memerintah.Namun, bangsa kita mudah lupa dan mereka rela hilang hak miliknya.

3. Pemidato Ketiga, Dato' Malik Munip mengupas erti sejarah bangsa dan peritnya pengorbanan datuk nenek mencapai kemerdekaan yang akhirnya dikecapi bersama tak kira PAS atau PKR.

4. Pemidato Ke empat , Saudara Ezam Bekas Ketua AMK yang membawa pendedahan tentang bahayanya Anwar Ibrahim dan mencabar Anwar untuk mengkritik beliau secara terbuka.

Apapun yang berlaku, Perhimpunan Penyatuan Melayu telah berjaya mencapai objektifnya.Itulah pandangan yang dikemukakan oleh Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Penyatuan Melayu Saudara Halim (Pengerusi Belia 4B Permatang Pauh)."Biarlah pembangkang nak kata, silakan, kata Saudara Halim...