feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

MUQABALAH ATAU MUZAKARAH.YANG PENTINGNYA PENYATUAN UMMAH


UMNO Perak telah buktikan keberanian dan keikhlasan untuk bersatu bersama PAS.Namun, madu yang diberi, tuba pula yang PAS balas.Pemuda PAS membuat laporan polisuntuk menyiasat Tajul Rosli atas dakwaan rasuah.Mengapakah ini boleh berlaku?Tidak ramai pemimpin yang sanggup berkorban.UMNO mempunyai 27 kerusi di dalam DUN sanggup memberi 6 jawatan exco kepada PAS yang hanya memenangi 6 kerusi DUN Perak. Dari segi angka, sekalian umat Perak tahu bahawa orang Melayu Perak tidak menerima PAS.Namun atas dasar ukhuwah Islamiah, UMNO berkorban apa sahaja demi Islam dan Melayu.Apakah ini salah dan bertentangan dengan hukum Islam?Mungkin bagi PAS UMNO ialah sebuah parti yang jijik walaupun mereka hidup di bawah pentadbiran UMNO sendiri.Apa yang dibuat oleh MB Nizar selama beliau memerintah?Arak dan pusat pelacuran macam biasa sahaja di Sitiawan.Ini tidak termasuk yang dibuka secara haram selepas PAS menjadi MB.Apakah Islam yang di bawa oleh PAS menentang kemungkaran?Marilah kita semua pergi ke DUN Pasir Panjang yang membuka ruang seluas luasnya kepada kemaksiatan. Kes merempit dan budaya liar remaja di Manjung, tidak dapat dikawal oleh Dewan pemuda PAS Lumut.Dahulu mereka berkokok, sekarang tahi mereka telah terpalit kemuka mereka.Saya tidak pernah dengar Ustaz NorAzli melancarkan perang jihad terhadap pelacuran di Sitiawan.Mengapa?sekarang MB ialah PAS.Mereka takut dengan Ngor dan Ngeh.Itulah muka sebenar PAS yang menjadi kuda tunggangan DAP.