feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PKR BERJUANG MEMBAWA NEGARA ASING KE DALAM NEGARA

PKR SENTIASA MENGASUH AHLINYA UNTUK TERUS BERKELAHI SESAMA BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM
TENTU ANDA MENGENALI DIRINYA.....INILAH WAJAH IDOLA PERJUANGAN PKR

Sejak dari awal lagi saya telah terbayang bahawa PKR sekali lagi akan membuat masalah di dalam melicinkan prosiding perjalanan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kes Pita Lingam.Agak terkejut apabila saya membaca kenyataan Sivarasa selaku Naib Presiden PKR yang mengharap agar keanggotaan Suruhanjaya Di Raja tersebut dianggotai oleh orang dari negara luar. Dengan kata lain, PKR memang dan beria-ia sangat ingin menjemput pengaruh asing dalam mana-mana jua proses siasatan. Sejak dari Anwar menjadi TPM, beliau memang suka menjemput orang luar datang dan mentadbir negara. Anwar adalah tokoh yang beria-ia menjemput IMF datang ke Malaysia.Namun, ketika itu, idea Tun Mahathir dapat menyelesaikan masalah kewangan yang berlaku di dalam negara.Berikut ialah kenyataan Sivarasah di dalam Harakahdaily yang jelas menampakkan PKR ialah agen asing yang bertujuan memusnahkan Islam dan bangsa Melayu secara senyap.

"Selain itu Sivarasa juga menyatakan bahawa kerajaan boleh memanggil keanggotaan dari kalangan bukan hakim dan bekas hakim dari luar negara untuk menyiasat kes tersebut.
Antara yang disebut Sivarasa sebagai yang layak menggangotainya ialah Presiden Tansparency International (TI), Ramon Navaratnam dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Raja Aziz Addruse. "Biarlah lambat sedikit, tetapi pengedali kes ini tidak terbabit dengan soal integriti," tegasnya.(Semua yang disebut oleh Sivarasa ialah mereka yang pro kepada PKR.Jika seseorang hakim membebaskan ahli mereka , maka mereka kata hakim tersebut adil tetapi jika hakim tersebut menjatuhkan hukuman kepada ahli mereka, mereka menyatakan hakim tidak adil. Justeru, di mata PKR, hakim yang adil ialah hakim yang menyokong mereka.Inilah Ketidakadilan dalam Parti Keadilan)