feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PERLU BACA : ANWAR PENGKHIANAT JUAL DOKUMEN NEGARA

PENGKHIANAT NEGARA.......HANYA BERCAKAP KOSONG.
DARIPADA : SUMBER ARKIB MUTIARA MELAYU PULAU PINANG

Tindakan Anwar mencuri dokumen perbuatan khianat. Pelbagai pihak hari ini menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mencuri dan menyeludup keluar dokumen sulit kerajaan, perbuatan yang mereka sifatkan sebagai mengkhianati negara. Gesaan itu berikutan pendedahan bekas Setiausaha Politiknya, Mohamad Ezam Mohd Nor, dalam satu ceramah Parti Keadilan Nasional (Keadilan) di Kampung Gajah, Perak malam tadi. Pendedahan itu dipandang berat kerana Ezam, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Keadilan, adalah antara orang paling rapat dengan Anwar sebelum dipecat daripada kerajaan dan parti pada 2 September tahun lalu.
Ezam membuat pendedahan itu sebagai menjawab kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad Selasa lalu bahawa Anwar menyimpan dokumen rahsia kerajaan di luar negara, sekali gus mengukuhkan dakwaan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu ialah ejen kuasa asing. Beberapa pemimpin politik dan pakar undang-undang ketika dihubungi hari ini berpendapat, jika pendedahan Ezam itu betul, Anwar melakukan kesalahan mengikut Kanun Kesiksaan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1973. Kanun Kesiksaan memperuntukkan hukuman sekurang-kurangnya penjara seumur hidup, jika tidak hukuman bunuh, ke atas mereka yang disabit melakukan kesalahan-kesalahan terhadap negara.
Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Hussein, berkata jika pendedahan Ezam itu benar, ia adalah satu penderhakaan kepada negara dan rakyat. Katanya, jika betul ada enam kotak dokumen rasmi kerajaan disimpan di luar negara, ia menunjukkan usaha mensabotaj negara sudah lama dirancang Anwar dan penyokongnya. "Sebagai menteri dan timbalan menteri, kita angkat sumpah berikrar dan berjanji menyimpan semua rahsia kerajaan. Prinsip ini diamalkan di seluruh dunia.
"Jika betul dakwaan bahawa dokumen kerajaan sudah dilarikan ke luar negara, kredibiliti dan pengiktirafan kepada ikrar sumpah menyimpan rahsia itu akan hancur. "Lebih-lebih lagi jika seorang bekas Timbalan Perdana Menteri sanggup membuat begitu, ia adalah satu penghinaan kepada ikrar sumpah menyimpan rahsia yang dibacanya," kata beliau.
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu di Seremban petang ini, secara berseloroh berkata, jika tindakan mengikut OSA diambil terhadap Anwar, media dan negara asing akan menuduh kerajaan zalim. "Kalau dia hendak ambil dan dedah (dokumen kerajaan)...dia boleh dedahlah. Kita tengok apa dia boleh buat," katanya berseloroh.
Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia, R R Chelvarajah, berkata keputusan sama ada perbuatan Anwar boleh disifatkan sebagai menderhaka dan menyalahi OSA bergantung kepada kandungan dokumen yang disimpan di luar negara. Katanya, sesuatu dokumen ditakrifkan sebagai dokumen rahsia kerajaan jika diiktiraf begitu oleh menteri yang bertanggungjawab dalam sesuatu kementerian; pegawai yang bertanggungjawab dalam kementerian atau jabatan perkhidmatan awam tertentu; Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri tertentu atau pegawai tertinggi yang bertanggungjawab dalam hal pentadbiran tertentu setiap negeri. Jika betul dokumen yang didakwa disimpan di luar negara itu rahsia, seperti ditetapkan Seksyen 16A OSA, Anwar boleh didakwa mengikut Seksyen 17 akta yang sama, kerana menjadi ejen asing untuk memudaratkan kepentingan dan keselamatan negara. Anwar juga, katanya, boleh didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Kesiksaan jika terbukti beliau melakukan atau bersubahat bagi melakukan kesalahan terhadap negara. Bagaimanapun, beliau menegaskan, semua dakwaan itu masih bergantung kepada status dokumen terbabit, sama ada ia termasuk dalam kategori rahsia kerajaan seperti digariskan OSA.
Setiausaha penaja Parti Demokratik Malaysia (PDM), Wee Choo Keong yang juga bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang, mahu kerajaan mengarahkan satu siasatan dibuat terhadap Ezam kerana pendedahannya itu membabitkan keselamatan negara. Beliau berkata, sudah tentu Ezam yang mendedahkannya tahu bila dokumen itu dibawa keluar dan sama ada ia disifatkan sebagai rahsia mengikut OSA atau tidak.
Pakar undang-undang Perlembagaan, Datuk Dr Rais Yatim berpendapat intipati dokumen itu perlu dipastikan sebelum tindakan diambil. Katanya, pengakuan Ezam bahawa dokumen itu dibawa keluar oleh Anwar adalah satu pengakuan peribadi yang sahih. Oleh itu, Jabatan Peguam Negara dan polis boleh mengambil tindakan susulan. "Anwar juga boleh didakwa mengikut Seksyen 8 OSA bagi kesalahan menyampaikan rahsia rasmi dengan salah," katanya.
Setiausaha Panel Peguam Umno, Mohd Noor Amin Mohd Noor Khan, berkata jika dakwaan Ezam itu boleh ditakrifkan sebagai satu pengakuan, polis wajar mengambil tindakan segera. "Pejabat ini dihujani panggilan menanyakan apa tindakan terhadap pihak yang terbabit dalam kesalahan serius ini," katanya.
Pensyarah ekonomi Universiti Malaya, Prof Jomo K Sundram, berkata soal sama ada dokumen itu disimpan di dalam atau luar negara tidak timbul, asalkan ia ditakrif sebagai rahsia, tindakan boleh diambil. "Itulah soal pokok...benar atau tidak. Apakah nak tipu negara atau tidak (dokumen itu)...bukan soal simpan di luar negara atau dalam selimut," katanya.
Presiden Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung, Datuk Suhaimi Ibrahim, berkata jika benar dakwaan itu, Anwar sudah menjual maruah negara kerana dokumen itu adalah rahsia negara. "Ini memberi gambaran seolah-olah beliau sendiri menjadi pengintip di dalam negara sendiri dan menggunakan rahsia itu untuk mengugut sistem yang pernah didukungnya sendiri," katanya sambil menyifatkan perbuatan itu satu perderhakaan kepada amanah rakyat.
Seorang lagi pensyarah Universiti Malaya, Datuk Mahadzir Mohd Khir, bimbang dokumen rahsia itu diperdagangkan di pasaran gelap untuk mengugut dan menjatuhkan kerajaan. "Dokumen itu boleh diguna anasir asing untuk mengugut seseorang pemimpin tertentu negara supaya bekerjasama dengan mereka jika tidak mahu kegiatan mereka (yang diketahui daripada dokumen rahsia itu) didedahkan," katanya.
Di PEKAN, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata tindakan Anwar itu bertentangan dengan prinsip perkhidmatannya sebagai jemaah menteri yang sering berdepan dengan pelbagai rahsia kerajaan. "Perkara ini serius. Kerajaan mesti siasat dan sesiapa yang terbabit patut menerima padahnya," katanya. Di MARAN, Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob, berkata kenyataan Ezam menunjukkan Anwar awal-awal lagi mempunyai rancangan untuk menyimpan rahsia kerajaan dan membocorkan pada keadaan yang menguntungkannya. "Oleh itu, kita tidak terkejut jika Anwar boleh buat lebih daripada itu bagi menutup masalah peribadinya. "Dengan pengakuan Ezam, kita dapat mengetahui sejauh mana keperibadian Anwar serta sejauh mana kesetiaan mereka pada parti, bangsa dan negara," katanya.
Di KOTA TINGGI, Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata individu atau parti yang membawa keluar dokumen rahsia kerajaan perlu berhadapan dengan risiko atas tindakan mereka. Beliau berkata, pendedahan itu juga membuktikan Anwar dan penyokong-penyokongnya menggunakan kuasa asing bagi mencapai cita-cita politik mereka dan membelakangkan kepentingan negara sendiri. Di JOHOR BAHRU, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata tindakan Anwar menyimpan dokumen kerajaan di luar negara menunjukkan dia tidak mempunyai niat yang baik ketika bertugas dengan kerajaan. Beliau berkata, apa yang difikirkan Anwar ketika bertugas dengan kerajaan hanyalah untuk kepentingan peribadi bagi mendapat kuasa di negara ini.
Di IPOH, Menteri Besar, Tan Sri Ramli Ngah Talib, berkata jika dakwaan Anwar menyimpan dokumen kerajaan itu benar, dengan sendirinya bekas Timbalan Perdana Menteri itu melakukan dua kesalahan di sisi undang-undang negara. "Kalau fail mengandungi dokumen kerajaan itu adalah rahsia, menjadi kesalahan menyimpannya dan jika didedahkan pula, ia menjadi satu lagi kesalahan," katanya.

KESIMPULAN : JIKA ANWAR MENJADI PM MAKA TIDAK MUSTAHIL NEGARA MALAYSIA AKAN DIJUALNYA DENGAN KADAR HARGA LELONG YANG TERENDAH. KETIKA ITU, HJ HADI BOLEH TUMPANG SEKAKI PEGANG LOCENG LELONG MALAYSIA.SEBAGAI BEKAS TPM, ANWAR BOLEH DIGELAR SEBAGAI PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA DAN BOLEH DIHUKUM KERANA MEMPUNYAI MUSLIHAT UNTUK MENJUAL NEGARA.