feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2007:AGENDA KETUANAN BANGSA

DISUNTING DARI UMNO ONLINE


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad mengesahkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2007 akan meneruskan perjuangan parti yang padat dengan pelbagai agenda yang telah disusun sebagai gerak kerja menjadikan ia lancar dan teratur seperti mana dalam peraturan perlembagaan parti. Beliau memaklumkan bahawa PAU kali ini akan berlangsung bermula hari Isnin (5 November) dan berakhir pada hari Jumaat (9 November). “Sepertimana biasa, PAU akan dimulakan dengan majlis tertutup Taklimat Presiden pada hari pertama persidangan berlangsung dengan dihadiri oleh ahli Majlis Tertinggi (MT), exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta para perwakilan dari Bahagian-bahagian,” jelas beliau. Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2007 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan PAU pada tahun ini tidak akan disiarkan secara langsung sebagaimana tahun lepas yang disiarkan melalui saluran Astro. “Majlis Tertinggi mengambil kira sensitiviti semua kaum untuk membuat keputusan tiada siaran langsung,” jelas beliau lagi. PAU 2007 ini akan dirasmikan oleh Presiden Parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi memulakan persidangan tahunan parti. Manakala ucapan penggulungan dijangka akan bermula selepas solat Jumaat yang dimulai dengan Naib-naib Presiden, kemudian diikuti Timbalan Presiden dan diakhiri dengan Presiden. “Hanya satu Bahagian yang tidak menghantar perwakilan pada PAU kali ini iaitu Bahagian Jelutong kerana digantung disebabkan masalah dalaman,” tambah beliau lagi. Perhimpunan selama lima hari itu akan menyaksikan 190 bahagian menghujahkan usul masing-masing melibatkan seramai 2,500 perwakilan. Dalam masa yang sama beliau turut menjelaskan bahawa terdapat tiga usul yang akan dibahaskan iaitu Ucapan Dasar Presiden, Ekonomi dan Pendidikan serta Agama dan Sosial. Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan kehadiran pihak media sama ada dari dalam negara mahupun antarabangsa untuk menyiarkan berita-berita berkaitan perjalanan PAU. Selama lima hari persidangan tersebut berlangsung, acara PAU akan diisi dengan pelbagai agenda. Jadual perjalanan untuk PAU 2007 adalah seperti berikut:

• Majlis Taklimat Presiden (Tertutup) Tarikh : 5 November 2007 (Isnin) Masa : 3.00 petang Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC .Pada majlis tersebut Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyampaikan amanatnya mengenai Perhimpunan Agung UMNO.

• Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri (yang akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, Timbalan Presiden UMNO) Tarikh : 5 Nov 2007 (Isnin) Masa : 8.00 malam Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

• Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Tarikh : 6 Nov 2007 (Selasa) Masa : 8.30 pagi Tempat : Pergerakan Wanita di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC Pergerakan Pemuda di Dewan Merdeka, PWTC Pergerakan Puteri di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC)

• Perhimpunan Agung UMNO 2007 Tarikh : 7 hingga 9 November 2007 Masa : 8.00 pagi – 6.30 petang Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC • Jamuan Presiden Tarikh : 7 November 2007 (Rabu) Masa : 8.00 malam Tempat : Dewan Tun Razak Satu

• Jamuan Timbalan Presiden Tarikh : 8 November 2007 (Khamis) Masa : 8.00 malam Tempat : Dewan Tun Razak Satu

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 33 parti Luar Negara dari 31 buah negara telah diundang dan setakat ini 12 parti dari 12 buah negara telah mengesahkan kehadiran, melibatkan 34 orang delegasi. Manakala Kelab UMNO Luar Negara pula seramai 57 perwakilan telah mengesahkan kehadiran untuk turut serta dalam PAU ini.