feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

NIK AZIZ : PEROKOK ADALAH HAIWAN

"MU DENGAR SINI.....SEMUA PEROKOK IALAH HAIWE....
Kosmo bertarikh 21 Oktober 2007 melaporkan satu berita bertajuk " Perokok sama seperti haiwan".Di dalam artikel tersebut yang disiarkan di dalam ruangan Semasa melaporkan Nik Aziz mengibaratkan perokok yang tak mahu menggunakan akal untuk menjaga kesihatan mereka seperti haiwan yang tidak berfikiran. Beliau berkata ini kerana orang masih merokok walaupun tahu bahaya merokok kepada kesihatan. Kenyataan itu dikeluarkan kepada pemberita sempena pelancaran kempen kesedaran berhenti merokok di kalangan rakyat Kelantan di Kota Bharu semalam. Tambahnya lagi yang menyoal kenapa perokok tidak mahu menggunakan akal fikiran untuk berhenti merokok sedangkan mereka tahu bahayanya. Beliau mengatakan makhluk yang tidak mahu berfikir adalah sama seperti haiwan, kerana haiwan tidak dianugerahkan pemikiran. Inilah kerja Nik Aziz. Melabelkan orang sesuka hati dan bercakap tanpa berfikir samada kenyataannya itu akan menyinggung perasaan orang lain. Sebagai orang yang kononnya alim, beliau sepatutnya menasihatkan orang dengan cara berhikmah. Bukannya meletakkan label perokok sama dengan haiwan dan lain-lain lagi. Penulis hairan juga kenapa gambar Nik Aziz diletakkan merata-rata di sekitar bandar Kota Bharu. Inilah pemerhatian penulis ketika pulang berhari raya di kampung baru-baru ini. Mengalahkan artis tempatan. Pada hemat penulis, tidak lain dan tidak bukan macam gila 'glamour'. Sedangkan Rasullullah s.a.w. tidak membenarkan wajahnya dilukis. Oleh itu, penyokong PAS haruslah membuka mata dan hati serta bandingkan samada perangai pemimpin PAS itu mengikut Nabi atau macam munafik yang mempergunakan agama untuk kepentingan diri.