feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

NALAKARUPPAN TUBUH PARTI BARU KERANA KECEWA DENGAN KUKU BESI ANWAR IBRAHIM


penubuhan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) membuktikan wujudnya masalah dalaman dan kepimpinan yang serius di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ini kerana parti itu diasaskan oleh bekas Ketua Bahagian PKR Kepong, Datuk S. Nallakaruppan yang juga merupakan sahabat karib penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.Nallakaruppan yang juga seorang ahli perniagaan mengumumkan penubuhan parti politik baru MIUP yang mewakili kaum India dengan beliau sendiri akan menjadi Presiden parti itu. Nallakaruppan merupakan salah seorang yang ‘penting’ semasa pemecatan Anwar dibuat pada tahun 1998. Nallakaruppan dinilai oleh para pengikut setia Anwar ketika itu sebagai sahabat sejati kerana sanggup berhadapan dengan tindakan undang-undang semata-mata mempertahankan semangat setiakawannya terhadap Anwar. Malah sepanjang tempoh Anwar dipenjara, Nallakaruppan adalah salah seorang yang banyak menghulurkan bantuan kepada pergerakan politik Parti Keadilan Nasional ketika itu. Namun, segala-galanya berubah apabila Anwar bebas dan Nallakaruppan merasakan dirinya dipermainkan kerana kepentingan politik Anwar.
KOMEN : SEMUA KEPIMPINAN PKR TAMAK KUASA NAK MENJADI PEMIMPIN UNTUK MEROMPAK HARTA RAKYAT.