feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS beri lesen melombong emas kepada CIna.

KEBANGKITAN AGENDA MELAYU
Sumber : Mstar Online


Sazmi: Projek PAS semata-mata demi balak07-11-2007 09:18:15 PM Oleh FATHI ARIS OMAR
KUALA LUMPUR: Perwakilan dari Kelantan, Datuk Sazmi Miah, menuduh PAS merosakkan alam sekitar untuk mendapatkan keuntungan hasil penebangan balak dengan bersembunyi di sebalik projek pertanian dan perlombangan. Menyifatkan usaha-usaha PAS itu sebagai "penyelewengan terancang", wakil Machang itu berkata ribuan hektar diterokai tetapi tidak menghasilkan apa-apa seperti dijanjikan.
"Lima puluh empat sijil melombong emas dikeluarkan, berapa kilogram emas dikeluarkan?" katanya dengan nada bergurindam ketika membahas usul ucapan dasar presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di perhimpunan agung Umno hari ini. Sambil mengangkat dokumen berkaitan hal itu beberapa kali, beliau juga mendedahkan projek-projek itu diserahkan kepada seorang usahawan bukan Melayu dari luar negara, sementara terdapat satu projek lagi diserahkan kepada tiga pemaju berlainan tetapi syarikat tersebut dikuasai oleh orang asing.

Tanpa menyebut nama-nama syarikat terbabit, Sazmi menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan siasatan teliti agar dapat membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Dengan menceritakan kepayahannya mendapatkan maklumat tentang penggondolan kawasan Lojing, beliau berkata secara simbolik dan sinis dua orang terlibat, "seorang ulama dan seorang pendeta."

Sazmi, yang juga setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, awal tahun ini lantang mendedahkan isu kemusnahan hutan simpan Lojing dekat Gua Musang.Sementara wakil dari Selangor, Datuk Ahmad Kuris Mohd Nor pula menggesa kerajaan menggubal peraturan menyekat orang Melayu menjual tanah sewenang-wenangnya, sebaliknya tanah itu diurus dan dimajukan agar terus kekal di tangan orang Melayu.Beliau juga menggesa Umno mengkaji punca-punca terdapat orang Melayu enggan menyokong parti itu dan mengambil tindakan drastik untuk mengatasi masalah tersebut.Wakil dari Perak, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa kerajaan menggubal Akta Pentadbiran Bukan Islam untuk mengurus isu-isu berhubung agama supaya rumah-rumah ibadat, misalnya, tidak dibina sewenang-wenangnya.

Beliau juga menggesa Jabatan Perdana Menteri menubuhkan unit khas yang dapat membantu badan bukan kerajaan (NGO) menyalurkan kepakaran untuk menolong membangunkan masyarakat. Sambil menyifatkan Majlis Peguam sebagai "NGO jalanan" apabila berarak di Putrajaya bulan lalu bagi menuntut reformasi badan kehakiman, Kamilia menggesa ditubuhkan Majlis Tindakan Undang-undang untuk memantapkan sistem perundangan sedia dan juga mengkaji semula peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perwakilan Puteri Umno, Norhamizah Mat Tahir, pula mempertahankan Dasar Ekonomi Baru dengan menyatakan ia tidak meminggirkan kaum-kaum lain seperti diperkatakan oleh parti-parti pembangkang. "Sembilan daripada 10 orang terkaya di Malaysia adalah bukan Melayu. Ini bermakna DEB membawa manfaat kepada semua pihak tanpa mengira kaum," katanya.Beliau juga menyarankan kepada presiden Umno mencalonkan ketua Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad dalam pilihan raya akan datang.Cadangannya itu menyebabkan Noraini ketawa

YDP PAS Pandan Berhimpit Dengan Amoi Cina

Iskandar Abdul Samad bersentuh bahu walaupun berlapik. Tapi Inilah hakikat nafsu PAS.
Apa yang dipandang dari belakang. Pakai baju putih. Semuanya nampak jarang. YDP PAS dok galak tengok tali baju dalam wanita.

Bukan main rapat bila mengambil gambar. Bahu bertemu bahu.Badan bertemu punggung belakang seorang wanita Cina. Inilah PAS


Apabila Islam dijadikan barang dagangan oleh PAS.

Apabila Islam dijadikan sempadan untuk menjaga nama baik PAS.

Maka, PAS menjual Islam Demi nafsu syahwat mereka. Saksikan.........PAS Pandan...

PEMIMPIN PAS MAKAN DUIT HARAM



FAKTA PENYELEWENGAN KOHILAL OLEH PAS.SEHINGGA KINI TIADA PENYUDAHNYA.

1. Ia membabitkan sejumlah RM46.5 juta.

2. Daripada jumlah itu, RM8.9 juta dilaburkan dalam ladang burung unta, RM8.9 juta digunakan untuk membeli saham Penerbangan Malaysia (MAS) manakala RM9 juta dan RM16.2 juta lagi masing-masing dilaburkan dalam sektor pertanian di Indonesia dan Perdana Teknologi Venture.
3.Bakinya dilaburkan dalam 24 anak syarikat KHSB, termasuk Ummah Asset Management yang disiasat oleh SC kerana mengumpul data secara tidak sah daripada ahli-ahli koperasi,” (RUGI)

PAS JUGA MENCURI WANG RAKYAT



PENYELEWENGAN KOHILAL SEPERTI BERIKUT :


1. Kehilangan RM45 juta untuk menggantikan wang pelabur yang telah lesap itu.
Sekiranya PAS tidak mampu, ia harus membersihkan kepimpinannya daripada kesemua mereka yang terlibat dalam isu Kohilal, khasnya mereka yang menjadi ahli lembaga pengarahnya yang terdahulu.Sehingga kini 45 juta wang Kohilal lesap. Itu baru menjaga tabung parti dah mencuri wang rakyat. Kalau jaga negara, habis wang satu negara di curi oleh Hj Hadi dan kuncunya.

ANWAR LEBIH KECAM TERHADAP MAHASISWA SEWAKTU MENJADI TPM

ANWAR LEBIH JIJIK DARI HITLER.KUKU BESI DAN PENGUASA MEMBAHAM HARTA RAKYAT.

Semasa Anwar menjadi Menteri Pelajaran (dahulu Menteri Pendidikan) beliau melantik sahabat dekatnya untuk menjadi pentadbir di Jabatan Penuntut Malaysia dan juga di universiti-universiti tempatan. Mereka ini mengugut pelajar jangan memberi ruang kepada pembangkang. Semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, para lantikannya di Jabatan Penuntut Malaysia bukan sahaja menghalang pelajar daripada menganjur dan menghadiri majlis oleh pihak pembangkang (seperti Fadzil Noor, Hadi Awang, Mustafa Ali, Muhammad Sabu, Lim Guan Eng dan sebagainya) tetapi juga menggantung biasiswa mereka yang engkar. Mungkin Nik Nazmi terlalu muda, tetapi sewaktu Anwar melawat London sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1997, pelajar yang menghadiri majlis beliau di Dewan Malaysia disaring terlebih dahulu oleh Jabatan Penuntut Malaysia dan hanya soalan tertentu (yang tidak begitu kritikal) diizinkasn untuk ditanya kepada beliau. Sekarang apabila Anwar berada di barisan pembangkang, masalah yang sama datang menghantui beliau. Tetapi Anwar jangan lupa bibit-bibit negatif ini disemai oleh dirinya sendiri sewaktu berkuasa dahulu

SIAPAKAH ANWAR ?

SIAPAKAH MELAKUKAN PERLAKUAN SUMBANG DI TIVOLI VILLA?
GAGAH BERCAKAP........GAGAH JUGA MEMPERMAINKAN WANITA.

DULU TIDAK SAKIT PINGGANG SEWAKTU HEBAT BERMESRA....


Berikut ialah sebahagian kandungan empat afidavit jawapan pendakwaan berhubung permohonan Pengarah Eksekutif Perhubungan Awam Magnum Corporation, Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai dari lokap polis Bukit Aman ke Penjara Sungai Buloh.Afidavit Senior Assisten Komisioner II Musa Hassan, Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

SAYA adalah Penyelia Pegawai Penyiasat yang menyelia siasatan berkaitan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM dan telah mengarahkan siasatan dilakukan berkaitan buku itu setelah menerima empat laporan polis yang dibuat oleh penama berikut:
- Abu Bakar Md Ahmad, peniaga.
- Abd Zarin Mohd Yasin, peniaga.
- Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri.
- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri.

Kesemua laporan ini saya kelaskan untuk tujuan siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah jenayah. Afidavit Nallakaruppan a/l Solaimalai yang diikrarkan pada 25 Ogos 1998 telah dirujuk kepada saya dan saya membacanya serta memahami isi kandungan afidavit itu. Saya menafikan bahawa penyiasatan polis dalam kes ini dibuat dengan niat jahat (malice), salah guna proses dan mala fides.

Saya ingin menegaskan bahawa siasatan kes ini dan soal-siasat yang dijalankan terhadap Nallakaruppan melibatkan kepentingan keselamatan serta kesejahteraan negara. Siasatan telah dan sedang dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang negara.
Di dalam menjalankan siasatan kes ini, selain memperolehi keterangan saksi-saksi, keterangan dokumentar, keterangan menyokong dan keterangan forensik, di antara lain, seramai tujuh orang saksi telah memberi pernyataan (bertulis) kepada polis seperti berikut:

* Seorang saksi lelaki telah menyatakan bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar sebanyak 15 kali. Kegiatan homoseksual ini telah dilakukan di beberapa tempat termasuk di sebuah apartmen, Tivoli Villa di Bangsar. Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang mana Nallakaruppan adalah seorang pengarahnya yang mempunyai akses ke atas apartmen tersebut.
* Seorang saksi telah memberi kenyataan bahawa dia mengesyaki kakak iparnya menjalinkan hubungan seks dengan Datuk Seri Anwar dan perbuatan tersebut dilakukan di apartmen Tivoli Villa.
* Bekas pemandu peribadi Nallakaruppan dalam kenyataannya menyatakan bahawa dia pernah membawa Datuk Seri Anwar bersama Nallakaruppan pergi ke tempat tertentu untuk perkhidmatan seks haram. Dia pernah ditugaskan oleh Nallakaruppan untuk pergi mengambil perempuan-perempuan berbangsa Cina, Mexican, Eurasian dan lain-lain bangsa untuk kegiatan seks haram. Pernah pada satu ketika, selepas balik dari apartmen Tivoli Villa, saksi ini memandu kereta yang dinaiki oleh Datuk Seri Anwar bersama Nallakaruppan dan seorang wanita yang mana Datuk Seri Anwar dilihat memakai rambut palsu.

* Seorang saksi yang terlibat dalam pembekalan perempuan-perempuan bagi maksud pelacuran menyatakan bahawa Nallakaruppan pernah menghubunginya untuk mendapatkan khidmat seks haram. Saksi ini menyatakan dia juga beberapa kali telah membekalkan kepada Nallakaruppan perempuan-perempuan tersebut.
* Seorang saksi wanita menyatakan bahawa Nallakaruppan telah memperkenalkannya kepada Datuk Seri Anwar semasa di dalam kereta. Kemudiannya mereka bertiga telah pergi ke apartment Tivoli Villa. Di sebuah bilik di dalam apartmen tersebut saksi ini menyatakan dia telah dicabul kehormatannya dan dia juga menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar telah merayu-rayu kepadanya untuk mengadakan hubungan seks tetapi dia telah menolaknya. Sewaktu kejadian ini berlaku Nallakaruppan berada di apartmen tersebut.

* Seorang lagi saksi wanita menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh Nallakaruppan ke sebuah banglo dan diperkenalkan kepada Datuk Seri Anwar. Saksi ini menyatakan dia diminta masuk ke sebuah bilik dan kemudiannya Datuk Seri Anwar telah masuk ke bilik tersebut lalu mencium dan menghempapnya sambil memeluknya. Namun dia tidak menyerahkan dirinya untuk hubungan seks. Untuk mengelakkan dirinya daripada keadaan tersebut dia telah membuat helah yang dia di dalam keadaan haid.

* Seorang lagi saksi wanita yang bekerja di sebuah syarikat yang mana Nallakaruppan adalah salah seorang Pengarah syarikat tersebut, menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh Nallakaruppan ke apartmen Tivoli Villa dengan kereta yang dipandu sendiri oleh Nallakaruppan. Di apartmen tersebut dia telah terperanjat apabila ditemukan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka telah mengadakan hubungan seks. Setelah selesai mengadakan hubungan seks dengan Datuk Seri Anwar saksi ini menyatakan bahawa mereka telah berbincang tentang hal ehwal politik negara. Nallakaruppan telah memberi saksi ini RM350.00.

* Pihak polis juga mempunyai keterangan bahawa Nallakaruppan ada memberi wang tunai berjumlah RM60 juta kepada Datuk Seri Anwar semasa pilihan raya umum tahun 1995.

* Terdapat juga keterangan yang menunjukkan Nallakaruppan telah mengalihkan aktiviti-aktivitinya ke sebuah apartmen di Impiana Court, Ampang, Selangor selepas siasatan pertama yang dijalankan berkaitan surat layang terhadap Skandal Seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos 1997. Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur di mana dia merupakan seorang dari Pengarahnya. Kegiatan-kegiatan seks haram ini masih berterusan walaupun siasatan polis telah dimulakan.
Sewaktu pihak polis menjalankan siasatan, satu lagi laporan polis telah dibuat oleh seorang ahli koporat yang mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar cuba memikat isterinya ketika beliau dan isterinya mengikuti rombongan Datuk Seri Anwar ke Washington. Dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak polis adalah terbukti Nallakaruappan juga terlibat dalam aduan yang dibuat oleh ahli korporat tersebut.

Wan Azizah Dan Penyembahan Api


Sejak akhir-akhir ini,kepimpinan PKR kerap menggunakan kaedah api di dalam meraikan majlis berbentuk kebebasan. Api kononnya melambangkan kecerahan untuk mengenepikan kegelapan.Wan Azizah bersama-sama dengan kepimpinan PKR akhirnya terjerat dengan amalan Majusi.

NIK AZIZ AKUR DENGAN UMNO

PAK LAH MESRA DAN DITERIMA

NIK AZIZ AKUR DENGAN IDEA PAK LAH

Tidak dapat dinafikan dan dielakkan bahawa lumrah realiti kehidupan berdasarkan hakikat kejadian. Takdir telah menetapkan bahawa UMNO diterima oleh PAS.PAS harus mengikut rentak Nik Aziz yang akhirnya menerima cara pembangunan yang kerajaan bawakan. Nik Aziz berkata: " janganlah kacau Kelantan". Jika ini analoginya, maka untuk Nik Aziz pula : " "Janganlah PAS menyalak dan mengacau negeri-negeri lain milik BN".

Ezam Yang Tiada Hala Tuju

Bad, Ezam dan Mahfuz : Serigala, Kucing atau Anjing Yang Menyalak Bukit?
Ketiga-tiga mereka ialah ayam tambatan pembangkang. Mahfuz ayam tambatan PAS bekas ahli parlimen Pokok Sena yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parlimen. Hanya pandai bercakap, tapi buat kerja langsung tak tahu. Pembangunan Pokok Sena bersinar semula selepas UMNO memenangi kerusi parlimen pada tahun 2004. Bad di anggap serigala demonstrasi PKR. Bad kononnya pejuang. Digelar sebagai cikgu Bad. Hebat, tapi gagal meruntuhkan bukit. Bad mendapat pembiayaan penuh dari negara penggerak aktivis untuk menjatuhkan negara Islam.Mana mungkin Bad boleh bergerak ke luar negara tanpa asa sumber kewangan yang kukuh. Oooo mungkin Bad anak orang kaya?Orang lain Bad boleh bohong, tapi Bad tersilap membohongi orang lain....Ezam dihimpit oleh 2 manusia penipu. Ezam juga kaki penipu.Mana dia kotak kotak yang Ezam Janjikan?Yang diketahui akaun semasa Ezam menjadi Setpol Anwar adalah. Mana Ezam dapat duit kalu tidak melakukan rasuah.Terlalu banyak yang ditambah dan dibohongi dalam invoice dan bil-bil program di bawah pejabat TPM.Bukankah ini rasuah dan salahguna kuasa?

AZMIN MEMAPAH ATAU MELAPAH ANWAR

MEMAPAH ATAU MELAPAH
Tidak dapat dinafikan, laluan Azmin untuk mendapat sebahagian besar daripada peruntukan kewangan pilihanraya ke 12 semakin cerah. Antara mereka yang bakal memperolehi peruntukan bernlai juta ringgit ialah Syed Hussin sendiri selaku Timbalan Presiden. Azmin akan mengemudi jentera PKR secara menyeluruh. Justeru, semua bajet pilihanraya PKR akan tertumpu kepada beliau. Maka tidak hairanlah Azminakan terus kaya. Ingat!!!semua bahawa Azmin ialah manusia yang tamak kuasa sebagaimana yang disebut oleh Ezam.

ANWAR MEMBENCI EZAM


BUKTI KENYATAAN ANWAR KUKU BESI
1. Mengikut Ezam, beliau sudah tidak tahan lagi dengan apa yang berlaku apabila Anwar dikatakan telah mengarah bahagian Permatang Pauh supaya tidak membuat sebarang pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.“Bagi saya, (Dr) Syed Husin (Ali) adalah penyandangnya (timbalan presiden), jika dia (Anwar) meminta bahagian tersebut supaya jangan mencalonkan Syed Husin, itu bermakna Anwar menyokong Azmin.“Mengapa Anwar tidak boleh bertindak tegas dan kata 'tidak' kepada Azmin?” soalnya. Ezam mendakwa, arahan Anwar itu juga merupakan salah satu sebab ketua PKR Permatang Pauh, Anuar Shaari keluar parti.
2. “Memandangkan Anwar telah menghalang Azmin daripada bertanding jawatan timbalan presiden, maka dia (Azmin) kemudiannya menghalang Anwar daripada bertanding jawatan tertinggi parti itu," dakwa Ezam.Beliau merujuk kepada keputusan Anwar menarik diri daripada bertanding jawatan presiden pada saat-saat akhir.Anwar pada mulanya bertegas mahu bertanding jawatan tersebut walaupun dia dilarang aktif dalam politik sehingga April tahun depan, selepas disabitkan dengan kesalahan salahguna kuasa. Bagaimanapun beliau menarik diri selepas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) tidak mahu parti itu berdepan dengan risiko pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
3.Ezam juga menuduh Azmin menghalang Anwar daripada menemui Abdul Rahman
4.Ketika ditanya mengapa membuat keputusan meninggalkan PKR, kata Ezam, "Saya tidak mahu terlibat dalam petty politiking dan juga narrow inner circle poltics in PKR."Beliau enggan mengulas lanjut apakah yang dimaksudkannya itu.Ezam merupakan bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan sebelum dipecat pada 2 September 1998.

PANAS!!!!!!!!!!ANWAR PENGASAS BUDAYA KRONI DAN RASUAH DI MALAYSIA

ANWAR :KAKI LAWAK MENJUAL BANGSA, AGAMA DAN NEGARA
Anwar menasihatkan Umno supaya jangan melakukan sesuatu untuk kepentingan diri. Sukar untuk menerima nasihat ini. Cuba kita ingat kembali, semua kakitangan pejabat Anwar yang berhenti, semuanya kini sudah kaya raya. Mereka ini bukannya pegawai kanan, cuma Setiausaha Sulit, Setiausaha Sulit Kanan dan Setiausaha Politik. Lihatlah Nasaruddin, Sarip Jusoh, Othman, Salamon semua kaya.

Arwah Pak Ibrahim, bapa Anwar pernah bergelar ahli korporat yang terkenal. Pengerusi Syarikat IOI, hingga kereta rasmi Pak Ibrahim pakai nombor ....... Pengerusi Innovest. Anwar bagi pula Pak Ibrahim "exclusive exporter" ubat-ubat dari Malaysia untuk dihantar ke Iraq yang bernilai RM 20 juta setahun. Anwar tuduh banyak syarikat perumahan tidak buat rumah murah untuk rakyat miskin dan susah. Bagaimana projek perumahan Syarikat IOI di Puchong, langsung tiada projek rumah murah.
Rani Ibrahim, abang Anwar, bukan main lagi. Dulu muflis, tapi sekarang pengarah beberapa syarikat termasuk syarikat perjudian Olympia. Rani dahulunya sering kali berada di Golf Course, bergeser dengan ahli-ahli koperat China. (Dua ayat berikutnya terpaksa dipotong untuk mengelakkan sensitiviti individu terbabit - penyunting).
Marzuki adik Anwar sudah kaya raya. Syarikat Innovest, kepunyaan Dato' Wong (Tengku Wong - Pahang) tidak boleh disenaraikan di KLSE. Bila Tengku Wong bagi arwah Pak Ibrahim dan Marzuki jadi Pengarah, Innovest disenaraikan di KLSE. Pak Ibrahim dan Marzuki dapat 30 juta saham dengan harga RM3.00 satu saham. Tidak berapa lama saham ini dijual dengan harga RM6.00 satu saham. Anak beranak dapat untuk lebih kurang RM90 juta.
Adik perempuan Anwar lain ibu pun sudah cukup senang. Selain daripada pengedar kereta Proton, pengarah beberapa syarikat termasuk Pengkalan Security di mana saham bumi akan diberi kepadanya. Dato' Wan Ismail, bapa mertua Anwar, seorang yang cukup setia pada Umno, pegawai yang didikasi, kini diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi SAAG.
Kita tidak akan bercakap jika sebelum Anwar berkuasa semua keluarganya memang sudah aktif dalam dunia perniagaan. Semua mereka hanya aktif dalam dunia perniagaan apabila Anwar berkuasa di Kementerian Kewangan. Dulu Anwar kutuk Daim kerana membina empayar perniagaan diri dan anak buahnya. Bagaimana pula Anwar? Sudahlah bapa dan adik beradik, pegawai-pegawai di sekelilingnya termasuklah Dato' Ishak Ismail, Dato' Sarip Jusoh, Dato' Nazerii Abdullah, Dato' Kamaruddin Jaafar, Dato' Khalid Ahmad juga syarikat gergasi MRCB.
Anwar dan orang-orangnya juga kutuk anak-anak Dr M yang menceburi dalam perniagaan. Tidakkah Anwar tahun bahawa pendidikan dan ijazah mereka adalah bidang perniagaan? Dr M tidak pernah memberi kemudahan apa-apa kepada mereka.
Jadi Anwar jangan cuba tepuk dada yang dia bersih dari membina kekayaan keluarga dan sahabat sendiri. Belum jadi pemimpin nombor satu sudah berlebih-lebihan. Buat majlis hari raya pun mesti setaraf dengan YAB Pernada Menteri. Inilah orang tua-tua kata, bersila dulu sebelum duduk. Ingatlah sedikit apa jadi pada Shah Iran, Marcon dan Suharto. Mereka jatuh dan akan jatuh kerana rakyat. Anwar menggunakan Utusan Malaysia, guna Berita Harian, guna majalah Tamadun, guna Asiaweek, guna Newsweek, guna beberapa pegawai kerajaan, guna beberapa ahli politik, untuk caci maki dan memburuk-buruknya Dr M. Bila Dr M lantik Tun Daim sebagai Pengarah Urusan MITEN, Anwar tidak senang hati. Tapi dia berpura-pura. Depan Dr M setuju, tapi belakang dia kutuk. Peojek Cyberjaya dan MSA, banyak rungtan, Anwar tidak memberi kerjasasa. Seolah-olah nak melengah-lengahkan MSC. Kalau Dr M sudak tidak ada, Anwar ambil alih, Cyber terbengkalai, MSC akan hancur dan mungkin utrajaya tidak akan menjadi kenyataan.

PKR: Retak Menanti Belah

Anwar, Azmin dan Ezam , ketiga-tiganya saudara kroni, nepotisme dan rasuah.Membohongi Rakyat.
Kebenaran terpampang dengan keluarnya Ezam daripada PKR. Bukan kerana kuasa , tetapi kerana agihan kewangan yang tidak adil.Azmin mahukan wang menjadi miliknya dalam pilihanraya akan datang.Seperti pengakuan Lokman( Pemuda PKR) dalam pilihanraya 1999 bahawa , beliau tidak diagihkan dengan seadilnya dalam dana pilihanraya Parti Keadilan yang bernilai hampir 1.2 juta.Benarkah Ezam keluar kerana GERAK. Ezam dan Azmin tak perlu berbohong , bahawa kamu hidup kerana inginkan WANG . Sewaktu kamu menjadi setiausaha sulit Anwar, berapa banyak telah kamu salahgunakan. Kuasa, wang dan tender menjadi milikkamu Kamu Azmin jangan nak berbohong kerana kamu lebih keji daripada Setiausaha Sulit Menteri yang lain.

Kotornya Perhimpunan "BERSIH"

BERSIHKAH MEREKA ?TIAN CHUA DENGAN GEJALA KEWANGAN DI AUSTRALIA, MAT SABU DENGAN GEJALA KHALWAT,KEPIMPINAN DAP DENGAN GEJALA ARAK.BERSIHKAH MEREKA?
Sumber : Isu Politik Terpanas


Pada 10 November 2007 ini, satu perarakan besar-besaran parti pembangkang akan diadakan dari Dataran Merdeka ke Istana Negara bagi menuntut satu pilihan raya yang lebih bersih. Perarakan ini dianjurkan oleh Bersih, satu perikatan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang rapat dengan pembangkang. Antaranya ialah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI). Kumpulan ini diturut didokongi oleh pemimpin parti pembangkang dan juga pemimpin kesatuan sekerja yang mempunyai hubungan rapat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka menuntut agar Yang Di Pertuan Agong dan Majlis raja-raja mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan pembersihan daftar pemilih, memansuhkan undi pos, penggunaan dakwat celup jari dan akses kepada media.


Soal pertama yang mereka gagal perjelaskan ialah kononnya pilihan raya di negara ini tidak bersih atau berlaku penipuan. Setiap kali pilihan raya umum di negara ini akan ada kumpulan pemerhati tidak rasmi dari negara-negara maju dan juga di dalam negeri. Sehingga hari ini belum ada sebarang bukti dan dakwaan serius kononnya berlaku penipuan dalam pilihan raya. Apa yang sering dibangkitkan oleh pemerhati pilihanraya yang tidak berkepentingan politik pembangkang ialah penguasaan media oleh Barisan Nasional. Tiada sebarang bukti mahu pun syak wasangka yang jelas untuk menyatakan berlakunya penipuan. Soal media ialah soal pemilikan. Justeru terserah ekpada pemilik media untuk menentukan tahap liputan terhadap mana-mana parti politik asalkan tidak melakukan fitnah, pembohongan dan hasutan. Motif Apakah motif sebenar mengadakan perarakan rasaksa yang akan menghimpunkan 100 ribu orang di tengah-tengah Kuala Lumpur ini? Tujuannya ialah tidak lain dan tidak bukan untuk mewujudkan ketegangan, kekacauan dan menggugat kestabilan keselamatan negara seperti mana yang dilakukan pada 1988.


Kekalahan besar pembangkang pada 2004 menyebabkan mereka hilang arah dan semangat. Justeru perhimpunan besar seperti ini bertujuan menimbulkan semula semangat anti kerajaan, anti BN seperti yang dilakukan pada 1998 dan 1999. Mereka melihat kacau-bilau dan protes jalanan pada 1998 berjaya meningkatkan dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam pilihan raya. Justeru tidak ada salahnya mengulangi lagi. Pengacau Besar Akan Turun Padang Seperti dijangka perhimpunan 100 ribu ini akan turut disertai oleh Anwar Ibrahim. Kita akan melihat sama ada beliau bersedia berarak ke Istana Negara; atau sekadar berucap di Dataran Merdeka dan kemudiannya menghilangkan diri seperti apa yang beliau lakukan 1998. Kehadiran Anwar Ibrahim dan 100 ribu orang penyokong taksub PKR dan Pas akan memberi implikasi yang serius kepada keselamatan awam. Anwar dan Pas mempunyai rekod yang cemerlang dalam membakar emosi orang dan menimbulkan kekacauan. Pada 1970-an, Anwar menghasut gerakan pelajar melakukan demontrasi, mogok lapar dan keganasan kononnya memperjuangkan kemiskinan di Baling. Anwar mendakwa terdapat petani di Baling mati kebuluran kerana miskin. Malangnya sehingga hari ini, Anwar dan sesiapa sahaja gagal sama sekali membuktikan wujudnya kejadian tersebut. br>Pada 1998, Anwar sekali lagi berjaya mencetuskan kekacauan dan huru hara di Kuala Lumpur. Beliau menjelajah ke serata negara mempertahankan dirinya dan menghasut orang ramai bangun menentang kerajaan. Kemuncaknya di Kuala Lumpur beliau menyampaikan ucapan berapi-api kepada puluhan ribu pengikutnya dan menggesa mereka berarak ke PWTC dan seterusnya ke Seri Perdana. Ruang legar PWTC dimusnahkan oleh penyokongnya, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) menjadi huru hara dan akhir sekali puluhan ribu penyokongnya berkumpul di Seri Perdana untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang diberi mandat oleh jutaan penduduk Malaysia. Dalam keadaan Kuala Lumpur yang penuh kekacauan itu, Anwar tidak pula bersama penyokongnya. Sebaliknya beliau pulang berehat ke rumah. Jika tidak ditangkap oleh Polis malam tersebut, nescaya tiada siapa tahu bahawa Anwar menyusup pulang ke rumah selepas mengarahkan penyokongnya berarak menunjuk perasaan di sekitar Kuala Lumpur. Rapat Umum haram


Umpama Bom Jangka Justeru bayangkan apa yang bakal terjadi bila 100 ribu orang berkumpul di Dataran Merdeka yang hanya sebesar padang bola itu. Apatah lagi perhimpunan ini diwujudkan atas emosi dan persepsi yang negatif. Jika Anwar dan Bersih inginkan keamanan pun mereka tidak mungkin mampu mengawal perlakuan semua orang yang hadir. Tidak mustahil juga akan wujud kumpulan penjenayah, penagih dadah mahu pun individu tertentu yang akan menimbulkan huru hara. Bayangkan pula jika ada mereka yang tidak bertanggungjawab memulakan sengketa atau membaling sesuatu kepada pihak keselamatan yang kemudiannya akan menimbulkan tindak balas pihak berkuasa? Malahan letupan mercun pun boleh mencetuskan panik dan huru hara dalam sekelip mata. Apakah kita mahu Kuala Lumpur sekali lagi menjadi huru hara sehingga menyuramkan perniagaan sekitarnya? Apakah majoriti rakyat Malaysia mahukan keadaan huru hara sebegini? Perhimpunan ini tidak akan menjadi hal jika dilakukan dalam tempat tertutup seperti stadium atau dewan. Tetapi mengadakannya di atas jalan dan berarak di atas jalan raya akan mengundang pelbagai implikasi serius. Jika ini berlaku siapa mahu bertanggungjawab? Anwar? Bersih?

PAK LAH TETAP MEMIMPIN:JIWA ISLAMIK SEORANG PEMIMPIN

Jiwa islamik yang dibawa oleh Presiden UMNO haruslah dicontohi oleh semua saf kepimpinan. Walaupun Pak Lah dan UMNO diserang hebat oleh PAS dan PKR, namun Pak Lah tetap menghormatinya dengan nilai yang begitu tinggi terhadap Nik Aziz. Perkara inilah yang tiada pada pejuang PAS dan kepimpinan PAS apatah lagi kepimpinan PKR yang sombong dan bongkak.