feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Kotornya Perhimpunan "BERSIH"

BERSIHKAH MEREKA ?TIAN CHUA DENGAN GEJALA KEWANGAN DI AUSTRALIA, MAT SABU DENGAN GEJALA KHALWAT,KEPIMPINAN DAP DENGAN GEJALA ARAK.BERSIHKAH MEREKA?
Sumber : Isu Politik Terpanas


Pada 10 November 2007 ini, satu perarakan besar-besaran parti pembangkang akan diadakan dari Dataran Merdeka ke Istana Negara bagi menuntut satu pilihan raya yang lebih bersih. Perarakan ini dianjurkan oleh Bersih, satu perikatan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang rapat dengan pembangkang. Antaranya ialah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI). Kumpulan ini diturut didokongi oleh pemimpin parti pembangkang dan juga pemimpin kesatuan sekerja yang mempunyai hubungan rapat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka menuntut agar Yang Di Pertuan Agong dan Majlis raja-raja mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan pembersihan daftar pemilih, memansuhkan undi pos, penggunaan dakwat celup jari dan akses kepada media.


Soal pertama yang mereka gagal perjelaskan ialah kononnya pilihan raya di negara ini tidak bersih atau berlaku penipuan. Setiap kali pilihan raya umum di negara ini akan ada kumpulan pemerhati tidak rasmi dari negara-negara maju dan juga di dalam negeri. Sehingga hari ini belum ada sebarang bukti dan dakwaan serius kononnya berlaku penipuan dalam pilihan raya. Apa yang sering dibangkitkan oleh pemerhati pilihanraya yang tidak berkepentingan politik pembangkang ialah penguasaan media oleh Barisan Nasional. Tiada sebarang bukti mahu pun syak wasangka yang jelas untuk menyatakan berlakunya penipuan. Soal media ialah soal pemilikan. Justeru terserah ekpada pemilik media untuk menentukan tahap liputan terhadap mana-mana parti politik asalkan tidak melakukan fitnah, pembohongan dan hasutan. Motif Apakah motif sebenar mengadakan perarakan rasaksa yang akan menghimpunkan 100 ribu orang di tengah-tengah Kuala Lumpur ini? Tujuannya ialah tidak lain dan tidak bukan untuk mewujudkan ketegangan, kekacauan dan menggugat kestabilan keselamatan negara seperti mana yang dilakukan pada 1988.


Kekalahan besar pembangkang pada 2004 menyebabkan mereka hilang arah dan semangat. Justeru perhimpunan besar seperti ini bertujuan menimbulkan semula semangat anti kerajaan, anti BN seperti yang dilakukan pada 1998 dan 1999. Mereka melihat kacau-bilau dan protes jalanan pada 1998 berjaya meningkatkan dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam pilihan raya. Justeru tidak ada salahnya mengulangi lagi. Pengacau Besar Akan Turun Padang Seperti dijangka perhimpunan 100 ribu ini akan turut disertai oleh Anwar Ibrahim. Kita akan melihat sama ada beliau bersedia berarak ke Istana Negara; atau sekadar berucap di Dataran Merdeka dan kemudiannya menghilangkan diri seperti apa yang beliau lakukan 1998. Kehadiran Anwar Ibrahim dan 100 ribu orang penyokong taksub PKR dan Pas akan memberi implikasi yang serius kepada keselamatan awam. Anwar dan Pas mempunyai rekod yang cemerlang dalam membakar emosi orang dan menimbulkan kekacauan. Pada 1970-an, Anwar menghasut gerakan pelajar melakukan demontrasi, mogok lapar dan keganasan kononnya memperjuangkan kemiskinan di Baling. Anwar mendakwa terdapat petani di Baling mati kebuluran kerana miskin. Malangnya sehingga hari ini, Anwar dan sesiapa sahaja gagal sama sekali membuktikan wujudnya kejadian tersebut. br>Pada 1998, Anwar sekali lagi berjaya mencetuskan kekacauan dan huru hara di Kuala Lumpur. Beliau menjelajah ke serata negara mempertahankan dirinya dan menghasut orang ramai bangun menentang kerajaan. Kemuncaknya di Kuala Lumpur beliau menyampaikan ucapan berapi-api kepada puluhan ribu pengikutnya dan menggesa mereka berarak ke PWTC dan seterusnya ke Seri Perdana. Ruang legar PWTC dimusnahkan oleh penyokongnya, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) menjadi huru hara dan akhir sekali puluhan ribu penyokongnya berkumpul di Seri Perdana untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang diberi mandat oleh jutaan penduduk Malaysia. Dalam keadaan Kuala Lumpur yang penuh kekacauan itu, Anwar tidak pula bersama penyokongnya. Sebaliknya beliau pulang berehat ke rumah. Jika tidak ditangkap oleh Polis malam tersebut, nescaya tiada siapa tahu bahawa Anwar menyusup pulang ke rumah selepas mengarahkan penyokongnya berarak menunjuk perasaan di sekitar Kuala Lumpur. Rapat Umum haram


Umpama Bom Jangka Justeru bayangkan apa yang bakal terjadi bila 100 ribu orang berkumpul di Dataran Merdeka yang hanya sebesar padang bola itu. Apatah lagi perhimpunan ini diwujudkan atas emosi dan persepsi yang negatif. Jika Anwar dan Bersih inginkan keamanan pun mereka tidak mungkin mampu mengawal perlakuan semua orang yang hadir. Tidak mustahil juga akan wujud kumpulan penjenayah, penagih dadah mahu pun individu tertentu yang akan menimbulkan huru hara. Bayangkan pula jika ada mereka yang tidak bertanggungjawab memulakan sengketa atau membaling sesuatu kepada pihak keselamatan yang kemudiannya akan menimbulkan tindak balas pihak berkuasa? Malahan letupan mercun pun boleh mencetuskan panik dan huru hara dalam sekelip mata. Apakah kita mahu Kuala Lumpur sekali lagi menjadi huru hara sehingga menyuramkan perniagaan sekitarnya? Apakah majoriti rakyat Malaysia mahukan keadaan huru hara sebegini? Perhimpunan ini tidak akan menjadi hal jika dilakukan dalam tempat tertutup seperti stadium atau dewan. Tetapi mengadakannya di atas jalan dan berarak di atas jalan raya akan mengundang pelbagai implikasi serius. Jika ini berlaku siapa mahu bertanggungjawab? Anwar? Bersih?